“Ramai Yang Mula Pakai Gincu, Blusher” – UAI Perjelas Hukum Lelaki Pakai Makeup [Video]
Menurut pendakwah Ustaz Azhar Idrus, semakin ramai lelaki tanpa segan silu memakai makeup sambil berjalan di ibu kota, Kuala Lumpur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, lumrah wanita sukakan kecantikan. Dalam rutin harian seseorang, ramai di kalangan kaum Hawa akan memakai alat solek pada muka tidak kira untuk keluar berjalan atau demi urusan kerja.
Malah ada yang perlu pakai makeup hampir setiap hari. Bagaimanapun lain pula trend yang dilihat pada hari ini, apabila segelintir golongan lelaki selesa keluar di kawasan umum sambil memakai makeup tebal di muka, sama seperti wanita.
Lebih parah lagi apabila segelintir golongan itu merupakan Muslim. Walaupun kerap ditegur oleh orang ramai khususnya di platform media sosial, namun masih ramai yang tidak mempedulikannya.
Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Ini Boleh Bantu Anda Pilih Produk Mekap Yang Sesuai Ikut Tona Warna Kulit [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Seram Tapi Menjadi!” – Telatah Influencer Makeup Ala Labubu Bikin Ramai Geli Hati
Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Contoh Make-Up Hari Raya Yang Win, Teknik Kena Betul!
Hukum Para Lelaki Pakai Makeup
Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus menerusi satu sesi soal jawab ada mengulas tentang isu hukum seorang lelaki memakai solekan.
Soalan: “Apa hukum lelaki pakai makeup? Tolong bagi teguran sebab semakin ramai lelaki pakai watak (perwatakan) perempuan sekarang.”
Menurut UAI, secara amnya Allah SWT melaknat lelaki yang memakai perhiasan perempuan, ini termasuklah memakai makeup.
Namun, hukum lelaki memakai makeup ada yang harus dan ada yang haram kerana ia bergantung kepada situasi.
Bila diharuskan? Apabila lelaki itu tidak memakai makeup atau perhiasan yang dikhususkan oleh wanita sebagai contoh gincu, blusher, eyeshadow dan sebagainya.

Tidak Ada Masalah Jika Lelaki Pakai Bedak Atau Lipbalm Tak Berwarna
Namun jika lelaki hanya memakai bedak, pelembap bibir (tidak berwarna sama seperti gincu wanita), atau celak adalah maka ia dibolehkan kerana hukumnya adalah harus.
Jelas pendakwah itu, seperti mana yang disebutkan di dalam hadis, celak adalah unisex iaitu boleh dipakai oleh lelaki dan wanita.
Malah memetik Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, memakai celak adalah sunnah bagi lelaki dan wanita kerana Nabi Muhammad SAW juga memakainya.
Dalam konteks ini, hukumnya harus sekiranya solekan dipakai oleh seseorang lelaki adalah untuk tujuan peribadi semata-mata dan bukannya untuk menyerupai wanita sebagai contoh, demi melindungi kulit daripada sinaran UV.
“Orang jenis masuk hutan, dia lumur losyen pada muka dia sebab tak nak serangga datang dekat. Kalau serangga datang, ia akan lari. Tidak gigit dia dan boleh tidur dalam hutan (dengan selesa), harus hukumnya.
“Itu bukan perhiasan. Walaupun cara pakai dia macam perempuan. Tapi sekarang ramai (lelaki) yang sudah bermekap. Tak percaya boleh pergi ke bandar Kuala Lumpur. Dia akan pakai gincu yang berwarna lembut. Kalau lelaki pakai, haram,” tegas UAI.
Allah SWT Laknat Lelaki Berpakaian Wanita
Dalam masa sama, UAI juga mengambil kesempatan untuk menegur para Adam yang berpakaian seperti wanita sebagai bentuk perhiasan harian. Sama seperti memakai mekap, Allah SWT juga melaknat lelaki yang meniru serta menyerupai wanita.
“Contoh dia nak mandi, kalau dia telanjang makruh. Jadi dia ambil pakai baju kelawar bini dia, lepas tu pakai buat mandi. Itu bukan perhiasan, hukumnya tidak haram.
“(Tapi jika) pakai dekat luar (tontonan umum), lelaki berpakaian macam wanita, wanita berpakaian macam lelaki, haram kena laknat. Golongan ini fasik.
“Tapi golongan ni payah (faham). Kalau kita beritahu tahu tentang halal dan haram, mereka tidak endahkan. Mereka sudah tidak percaya dengan janji Allah di akhirat nanti. Iman sudah tidak ada,” ujar beliau di akhir perkongsian.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Berpakaian Seperti Wanita, TV3 Mohon Maaf Akui Kesal
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Normalize!” – MUA Tegur Lelaki Pakai Baju Kebaya Ketika Hari Raya
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Raikan Mereka” – Individu Tegur Makin Ramai Influencer Lelaki Makeup Seperti Wanita



