fbpx

Pakar Kongsi 3 Jenis Makanan Boleh Bantu Tingkatkan Kesihatan Jantung [Video]

Menurut Dr Rahim, omega adalah bahan yang digunakan untuk melindungi dan bantu kesihatan khususnya yang ada masalah lemah jantung atau jantung tersumbat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui kesihatan adalah amat penting dan perlu dijaga melalui gaya hidup yang sihat.

Gaya hidup sihat yang dimaksudkan ini termasuklah dari segi senaman, tidur yang cukup dan juga pemakanan.

Setiap jenis pemakanan sebenarnya mempunyai khasiat kepada organ badan tertentu.

Pakar jantung kongsi 3 jenis makanan boleh bantu jantung

Baru-baru ini Pakar Jantung, Dr Rahim dari Klinik Pakar Jantung Dr Rahim, Alor Setar, Kedah telah menjelaskan tiga jenis makanan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, antara perkara utama yang boleh diamalkan khususnya pesakit jantung adalah buah-buahan.

Antara buah-buahan yang perlu diamalkan dan boleh bantu dalam menguatkan jantung adalah buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti:

  • Epal hijau
  • Jambu batu
  • Buah-buahan beri seperti raspberi, mulberi, dan sebagainya

Buah-buahan mengandungi vitamin C untuk beri tenaga

Katanya, secara umumnya buah-buahan ni pertama ada tiga khasiat baik seperti serat.

“Serat ni bagus untuk penghadaman dan yang kedua buah-buahan mengandungi vitamin C untuk beri tenaga badan bagi membaiki badan kita,” ujarnya.

Menurutnya lagi banyak buah-buahan, yang mengandungi antioksidan dan juga omega. Walau bagaimanapun, omega buah-buahan tak sebanyak ikan.

Amalkan sayur-sayuran

Tapi ia masih penting, sebab ia untuk kuatkan jantung kita. Tambah Dr Rahim, selain buah sayur-sayuran hijau dan berwarna juga penting antaranya seperti:

  • Bayam
  • Kangkung
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Ubi bit merah

Ulasnya yang kedua, minyak zaitun juga penting atau anda juga boleh menggunakan minyak Medium Chain Triglycerides (MCT) yang kebiasaannya diekstrak daripda minyak kelapa atau minyak sawit.

Ikan bagus untuk amalkan kerana berikan protein dan omega

Makanan yang ketiga adalah ikan, kata Dr Rahim ikan adalah penting dan bukan hanya memberi protein tetapi turut memberikan omega.

“Omega adalah bahan kita gunakan untuk melindungi dan bantu kesihatan khususnya yang ada masalah lemah jantung atau jantung tersumbat.”

@pakarjantungdrrahim

Ramai TAK TAHU 3 jenis makanan ini boleh BANTU JANTUNG. Para isteri, dah pernah memasak menu ni utk suami? Tapi, yg paling penting, bila kali terakhir anda check kesihatan jantung sebelum nak jaga makan? Tekan beg biru utk kami bantu hari ini. #jantung #pakarjantung #fyp #trending #myheartcentre

♬ original sound – Pakar Jantung Dr Rahim – Pakar Jantung Dr Rahim

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.