Now Reading
Betul Ke Harta Yang Tak Diguna Akan Dihisab? Ini Penjelasan UAI [Video]

Betul Ke Harta Yang Tak Diguna Akan Dihisab? Ini Penjelasan UAI [Video]

Segelintir golongan Muslim percaya bahawa barangan yang dikumpul dan tidak terpakai akan dihisab di akhirat kelak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat mereka yang beragama Islam, segala amalan, perbuatan dan pertuturan sepanjang berada di dunia akan dihisab di akhirat kelak. Oleh disebabkan itu, penting bagi setiap Muslim menjaga tingkah laku dan adab masing-masing.

Pun begitu, ada juga segelintir yang percaya dengan tanggapan seseorang individu turut dihisab sekiranya menyimpan barang-barang atau harta yang tidak digunakan lagi sebagai contoh barang yang dibeli tetapi terbiar lama di rumah.

Baca Artikel Berkaitan: Rasa Rimas Lihat Barang Menimbun? Ini Kepentingan ‘Declutter’ Untuk Emosi Anda

Baca Artikel Berkaitan: Didik Diri Tak FOMO Beli Barang Baru, Ramai Kagum Doktor Sudah 8 Tahun Amal Gaya Hidup Minimalis

UAI Perjelas Adakah Barang Tidak Terpakai Akan Dihisab

Semalam (27 Januari), pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu sesi tazkirah ada merungkaikan sama ada kenyataan itu benar atau pun tidak.

Soalan: Adakah semua barangan akan dihisab termasuk yang tidak dipakai? Nak bagi ke orang rasa sayang. Nak buang takut bazir.

Menurut UAI, ramai telah salah faham mengenai perkara ini dan menurut beliau adalah tidak benar yang barang atau harta yang tidak dipakai akan dihisab di akhirat nanti.

Perkara yang betul adalah segala harta dimiliki seseorang akan dihisab, tidak kira ia sentiasa digunakan atau yang sudah berhabuk dalam almari anda tu.

“Mu guna ke, tak guna ke, hisab belaka (semua dihisab). Kita ada 10 helai baju, lima kita pakai, lima kita simpan, 10 (semua) kena hisab. Apa yang orang selalu faham, benda yang tak pakai dihisab, benda yang pakai bereh (terlepas dari dihisab). Jadi kamu curi barang orang, dan pakai motosikal orang, tak kena hisab (contoh).

“Nanti malaikat tanya, ‘Motor curi?’ Lepas tu mu jawab, ‘Pakai boh’. Jadi apa yang kamu pakai dihisab, yang tak pakai pun dihisab,” kata beliau.

Baca Artikel Berkaitan: “Ambil Sahaja” – Lelaki Raih Pujian, Buka ‘Free Market’ & Sediakan Baju Melayu Percuma Untuk Yang Memerlukan [Video]

Sebaiknya Derma Barang Atau Harta Sendiri Yang Tidak Digunakan

Namun jelas UAI, daripada menyimpan barang yang tidak digunakan dan menyebabkan berlakunya pembaziran, adalah lebih baik untuk mendermanya kepada orang yang lebih memerlukan.

Bukan sahaja memberi manfaat kepada individu lain tetapi penderma juga akan mendapat ganjaran pahala.

“Daripada tidak pakai, baik kamu sedekah. Sebab kalau duduk saja-saja dihisab tak dapat pahala, kalau dijadikan sedekah kan jadi pahala. Faham tak? Jangan sayang. Bagi kepada orang. Ada motor-motor yang tak pakai tu, bagi orang. Ada kereta bagi dekat orang,” kata pendakwah itu.

Sekiranya rasa sayang untuk memberi barangan anda kepada orang luar, maka sedekahkanlah kepada ahli keluarga atau kenalan terdekat yang dipercayai.

Sumber: Pexels

Dapat Pahala Jika Penerima Sedekah Gunakan Barang Untuk Tujuan Manfaat

Tambah UAI, sekiranya anda memberikan barang tersebut dan penerima menggunakannya untuk perkara yang menjerumus ke arah dosa, pemberi tidak akan menanggung dosa terbabit.

Namun jika penerima menggunakannya ke jalan pahala, maka pemberi sedekah juga akan mendapat pahala. Kata UAI, itulah rahmat yang dilimpahkan kepada mereka yang menderma.

“Kita bagi kereta ke dia, dia buat maksiat kita tak ada dosa. Kalau dia buat pahala (gunakan kereta tu), kita boleh share (kongsi pahala).”

Baca Artikel Berkaitan: Orang Dah Bagi Barang Tapi Kemudian Tak Halalkan Pula, Boleh Ke Guna Lagi? Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: “Makin Berusia, Makin Perlu Doa” – Aksi Lelaki Wakaf Barang Keperluan Di Masjid Buat Ramai Kagum [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Sekolah Sedia Ampaian Baju Uniform Terpakai Untuk Golongan Memerlukan Raih Pujian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.