Betul Ke Kimchi Punca Kanser Perut? Ini Penjelasan Doktor [Video]
Menurut doktor perubatan Dr Sam, ramai penyelidik di Korea Selatan pada awal tahun 2000 pernah mengaitkan kimchi dengan peningkatan risiko kanser perut dalam kalangan rakyat di negara itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
K-Drama sudah menjadi satu fenomena dalam masyarakat Malaysia khususnya di kalangan anak muda. Bukan sahaja terikut dengan pemakaian oppa dan unnie yang aesthethic, malah makanan Korea yang mengiurkan juga menjadi kegilaan ramai.
Antara makanan wajib orang Korea adalah kimchi. Buat anda yang tidak tahu, kimchi adalah makanan tradisional yang berupa sayur diperam menggunakan bahan seperti serbuk cili, sos ikan, bawang putih dan lain-lain.
Kebiasaannya, penduduk Korea akan makan kimchi sebagai ‘banchan’ iaitu hidangan sampingan bagi setiap menu tidak kira waktu sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam.
Baca Artikel Berkaitan: Selalu Nampak Dalam K-Drama, Ini Manfaat Bibimbap Yang Anda Mungkin Tak Tahu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Korea Dedah Resepi Kimchi Sebenar. Senang Je Katanya!
Apa Kaitan Kimchi & Kanser Perut?
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang doktor perubatan dari Singapura dikenali sebagai Dr Samuel (@drsamuelgp) berkongsi fakta mengenai kimchi dari sudut kesihatan.
Menerusi video itu, doktor yang lebih mesra dipanggil sebagai Dr Sam telah memaparkan satu tangkap layar dari satu kajian dengan tajuk utama yang bertulis, “Kimchi dan pes kacang soya merupakan faktor risiko kanser gastrik.”
Difahamkan kajian itu diterbitkan di laman National Library of Medicine pada 7 Jun 2005.

Jelasnya, kanser perut merupakan antara lima kanser paling popular seluruh dunia dan ramai di kalangan penghidap penyakit tersebut merupakan warga Korea Selatan.
Oleh disebabkan jumlah yang penghidap kanser perut yang tinggi di negara itu, penyelidik percaya bahawa ia berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka iaitu pengambilan kimchi dalam kehidupan seharian.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kulit Orang Korea Jenis ‘Glass Skin’ & Mulus! Ini Rupanya Rahsia Mereka
Penyelidik Ramal Kimchi Punca Utama Orang Korea Hidap Kanser Perut
Jelas Dr Sam, penyelidik pada waktu itu mengaitkan kandungan garam yang tinggi dalam kimchi terbabit menjurus kepada kanser itu.
“Hipotesis dia adalah kimchi ni tinggi dengan kandungan garam dan kompaun N-nitros yang boleh merosakkan dinding menyelaputi kawasan perut.
“Jika bakteria dikenali sebagai H. Pylori ada dalam perut, ia membenarkan bakteria tu membawa kemudaratan yang lebih besar. Ia akhirnya membawa kepada kanser perut. Diorang (penyelidik) sangat yakin hingga terbitkan kajian pada awal tahun 2000-an,” dedahnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Makan Dah” – Doktor Kesihatan Dakwa Kubis Goreng Hangus Boleh Cetus Kanser
Garam Tinggi Punca Utama Kanser Perut Bukan Kimchi
Bagaimanapun menurut Dr Sam, fakta tersebut tidak tepat 100%.
Secara umumnya, kimchi bukanlah penyebab utama tetapi garam tinggi yang terkandung di dalamnya dan ditambah pula dengan kebanyakan penduduk Korea yang mempunyai bakteria H. Pylori di dalam perut mereka.
“Pada zaman dulu, kimchi disediakan dengan garam yang banyak tetapi sekarang bila adanya kaedah penyejukan, penyediaan kimchi moden menggunakan garam yang kurang.”

Tiada Masalah Jika Makan Kimchi Dalam Secara Terkawal
Jadi secara kesimpulannya, makan kimchi dalam kadar terkawal tidak menjadi satu masalah dan tidak mengundang kepada kanser perut.
“Pengajarannya di sini pertama, kena kenal pasti di peringkat awal sama ada mempunyai bakteri H. Pylori atau tidak. Kedua, pilih diet kurang garam dari semua sumber makanan, bukan sahaja kimchi,” ujar Dr Sam di akhir perkongsian.
@drsamuelgp This is a lot to stomach #kimchi #stomach #cancer #medicine #learnontiktok ♬ Mozart/Requiem "Lacrimosa"(1394506) – Mint
Tonton video penuh [DI SINI].
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹




