Suka Makan Taugeh Crunchy Dalam Kuetiau Goreng? Hati-hati Risiko Salmonella!
Sesetengah individu lebih suka taugeh yang rangup dan tidak masak sepenuhnya dalam hidangan mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kalau anda perasan ketika makan di sesebuah restoran, pasti ada pelanggan yang request mahukan taugeh rangup yang banyak dalam hidangan dipesan. Kebiasaannya dalam kuetiau atau mi goreng. Katanya lagi rangup dan lagi surr~ 😋
Malah siap pesan pinggan extra lagi untuk menikmati taugeh tersebut. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu taugeh crunchy ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan seseorang.
Baca Artikel Berkaitan: Telur Boleh Sebabkan Keracunan Makanan? Ini Penjelasan Pakar [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Kena Keracunan” – Longgokan Ayam Mentah Dibiar Tanpa Penutup Di Belakang Pikap Buat Ramai Bimbang
Baca Artikel Berkaitan: Kes Keracunan Makanan: JKN Selangor Kesan Bakteria Salmonella Dalam Sampel Najis
Betul Ke Taugeh Mentah Ada Salmonella?
Baru-baru ini tular satu hantaran di laman Public Health Malaysia (PHM) mengenai fakta tentang pengambilan taugeh rangup yang belum dimasak sepenuhnya. Dengan erti kata lain, separuh masak atau dimakan mentah.
Meskipun kerangupan dan rasa manis taugeh itu menjadi kegemaran ramai orang, namun harus diingatkan ia boleh membawa kepada keracunan makanan.
Taugeh Ditanam Di Persekitaran Lembap & Hangat
Kenapa ia berlaku? Menurut PHM, taugeh ditanam di persekitaran yang sangat lembap dan hangat. Ia merupakan keadaan suhu yang paling ideal untuk bakteria jahat seperti Salmonella dan E. Coli membiak dengan pantas.
Ia menjadi satu masalah apabila kebanyakan peniaga akan memasukkan taugeh sewaktu di akhir fasa menggoreng. Kebanyakan daripada mereka pula akan membilas taugeh berkenaan dengan air dan tidak mencucinya berulang kali. Tujuannya supaya ia kekal rangup dan tidak lembik.
Bagaimanapun, teknik celur sekejap atau flash fry (goreng kilas) ini selalunya tidak cukup panas untuk membunuh bakteria yang terdapat pada taugeh, sekaligus menyebabkan bakteria jahat masih hidup.
Golongan Berisiko Alami Keracunan Makanan
Jelas PHM, bagi orang muda yang sihat mungkin tidak mengalami masalah serius jika menjamah taugeh mentah atau separa masak namun ianya agak berisiko tinggi untuk golongan-golongan di bawah:
- Ibu mengandung
- Kanak-kanak kecil
- Warga emas
- Pesakit dengan imun badan yang rendah
Tambah PHM, bagi golongan di atas, jangkitan Salmonella dari taugeh mentah boleh membawa maut atau keguguran.

4 Daripada 554 Sampel Taugeh Mentah Ada Salmonella – Kajian
Menerusi semakan kami, satu kajian di England dan Northern Ireland yang diterbitkan di laman Oxford Academics mendapati sebanyak empat daripada 554 sampel taugeh mentah atau sedia makan yang diperiksa di pasaran, dikesan mempunyai bakteria Salmonella.
Kajian tersebut menunjukkan bahawa taugeh mentah berpotensi tercemar dengan kuman dan berbahaya kepada manusia. Oleh disebabkan itu, penting agar setiap individu mempertimbangkan cara pengambilan dan penyediaannya.

Simptom Bakteria Salmonella
Memetik Heath Pulse oleh Pantai Hospital, berikut adalah antara simptom-simptom Salmonella yang perlu diperhatikan:
- Cirit-birit
- Dehidrasi
- Demam berterusan selama beberapa hari
- Sakit
- Muntah
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Jadi Punca Keracunan! Doktor Kongsi Makanan Yang Bahaya Disimpan Dalam Peti Sejuk [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Keracunan Makanan, Rupanya Tiram Mentah Juga Boleh Bawa Wabak Hepatitis A
Makan Taugeh Lembik Lebih Selamat
PHM dalam masa sama mengingatkan orang ramai agar makan taugeh yang masak sepenuhnya bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.
“Jadi kalau pesan mi goreng, pesan pada mamak tu, ‘Boss, taugeh kasi masak lebih ya. Tak mahu mentah’. Biar taugeh tu layu dan lembik sikit, asalkan kuman mati. Hilang sikit rangup tak apa, jangan hilang nyawa.”
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Cicak Juga Pembawa Bakteria Salmonella?



