fbpx

Permohonan UPU 2026 Dibuka Mulai 29 Januari, Ini Panduan & Langkah-langkah Untuk Apply

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan permohonan UPU bagi sesi 2026/2027 akan dibuka mulai 29 Januari hingga 23 Mac bagi lepasan SPM, dan fasa pertama SPTM/Setaraf.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (22 Januari), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa permohonan kemasukan program Sijil, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti (KK) dan dua (2) institusi dari MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) akan dibuka mulai 29 Januari hingga 23 Mac.

Permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2026/2027 yang dibuka mulai tarikh tersebut adalah khusus buat calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan fasa pertama lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Setaraf.

2 Fasa Permohonan UPU

Untuk info, permohonan ini terbahagi kepada dua fasa iaitu:

  1. Fasa pertama untuk lepasan SPM & STPM atau Setaraf: 29 Januari (12 tengahari) – 23 Mac 2026 (5 petang)
  2. Fasa kedua untuk lepasan STPM atau Setaraf: 13 April (12 tengahari) – 15 Mei 2026 (5 petang)

NOTA: Permohonan fasa kedua ini adalah untuk program pengajian bertemu duga dan/atau ujian sahaja.

Permohonan UPU 2026 boleh dilakukan [DI SINI].

Siapa Yang Layak Mohon UPU 2026?

Berikut kami kongsikan individu-individu yang layak dan disarankan untuk membuat permohonan UPU bagi sesi 2026/2027:

  • Pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf jika ingin lanjutkan pelajaran ke pengajian awam
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024 & 2025
  • Pelajar TVET yang ingin beralih ke pengajian lebih tinggi
  • Calon yang sudah bekerja tetapi ingin menyambung pengajian sepenuh masa atau separuh masa

Perlu diingatkan juga bahawa permohonan ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon UPU 2026

Sebelum kita pergi jauh, pastikan anda lengkapkan segala dokumen yang penting terlelbih dahulu. Jadi untuk memudahkan anda, di sini kami sertakan info dokumen yang diperlukan oleh setiap pemohon bagi melakukan permohonan UPU ini:

#1 Dokumen Peribadi & Akademik

  • Salinan kad pengenalan (IC)
  • Keputusan peperiksaan dan sijil berkaitan
  • Turut sediakan dokumen di atas dalam bentuk digital (softcopy)

#2 Sijil Kokurikulum & Aktiviti

  • Sijil penyertaan kokurikulum
  • Pencapaian dan anugerah yang sah
  • Aktiviti sukan, persatuan atau khidmat masyarakat

NOTA: Semakin banyak penglibatan anda, semakin tinggi markah merit yang diperoleh sekaligus meningkatkan peluang bagi mendapatkan program yang dimohon.

#3 Kelayakan MUET

  • MUET (Malaysian University English Test) diperlukan untuk permohonan ke program ijazah di UA
  • Keputusan MUET menentukan sama ada anda layak memohon program tertentu
  • Sesetengah kursus mewajibkan band minimum seperti Kejuruteraan, Pendidikan dan Undang-undang
  • Guna slip pendaftaran sebagai rujukan jika keputusan MUET belum keluar

Dokumen yang tidak lengkap atau jelas boleh menyebabkan permohonan ditolak.

Format & Saiz Fail Untuk Dimuat Naik Dalam Sistem UPU

Harus diingatkan, portal UPU hanya menerima format seperti PDF dan JPEG (JPG). Saiz fail pula kebiasaannya dihadkan supaya sistem lebih lancar.

Jika fail terlampau besar, anda perlu mengecilkan saiznya tanpa mengurangkan kualiti. Pastikan juga semua dokumen mengikut format yang ditetapkan pihak UPU. Jikalau format selain format JPEG dan PDF, pastikan anda convert terlebih dahulu.

Hal ini kerana kesilapan format boleh menghalang proses memuat naik dokumen dengan lancar.

Langkah-langkah Mohon UPUOnline 2026

#1 Beli No Pin Dari BSN

Yang pertama, anda perlu membeli no pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN). Tanpanya, pemohon tidak boleh mengakses sistem permohonan UPUOnline 2026.

Anda boleh mendapatkannya bermula 28 Januari sehingga 15 Mei 2026 di:

  • 387 Kaunter cawangan BSN atau;
  • 843 Automatic Teller Machine (ATM) BSN atau;
  • Perbankan internet MyBSN

💵 Harga bagi nombor pin ini adalah RM10.60.

Untuk info, BSN akan membekalkan no pin berserta salinan resit pembayaran. Anda juga diminta untuk menyimpan slip pembayaran sebagai bukti sah (rujukan) pembelian nombor pin.

Sumber: Malaysian Institute of Accounts

#2 Daftar & Isi Maklumat Permohonan

Layari laman web htttps://upu.mohe.gov.my untuk mula membuat permohonan program pengajian yang anda mahu.

  1. Log masuk: Gunakan no pin BSN yang sudah dibeli dan daftar akaun bagi mengisi maklumat peribadi serta akademik.
  2. Pemilihan program: Semak syarat kelayakan mengikut kategori (Lepasan SPM atau STPM/Setaraf) saluran pengajian yang anda mahu mohon.

Layari [DI SINI] untuk semak syarat kelayakan bagi setiap kategori calon.

#3 Pengesahan Permohonan

Selepas mengisi butiran yang diminta, periksa semula setiap maklumat dan tekan butang hantar untuk merekodkan permohonan dalam sistem.

Antara kesilapan yang selalu dilakukan pemohon adalah menangguh bahagian ini dan terlupa untuk menekan butang hantar sebelum tarikh permohonan ditutup.

Peringatan kepada pemohon, anda tidak boleh lagi menukar pilihan program selepas permohonan dihantar.

Sistem kemudiannya akan mengeluarkan slip pengesahan selepas permohonan dihantar. Anda diminta untuk simpan slip permohonan tersebut dalam bentuk PDF sebagai rujukan penting. Slip yang sama juga akan digunakan untuk semakan status dan sekiranya anda melakukan proses rayuan.

Jangan lupa check permohonan anda berulang kali sebelum hantar. Good luck! 😁

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.