Pantyliner Boleh Sebabkan Jangkitan Kulat? Ini Penjelasan Doktor
Menurut Dr Raja Juhaidah, kulat sukakan kelembapan atau kawasan yang lembap serta membiak dengan cepat dan banyak dalam keadaan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap wanita yang sudah mencapai usia akil baligh pastinya akan didatangi haid dan ia adalah perkara normal.
Bukan hanya itu ada juga segelintir wanita yang mengalami isu lain di bahagian alat sulit mereka seperti keputihan dan sebagainya.
Oleh itu, terdapat segelintir yang menggunakan pantyliner atau pelapik seluar dalam untuk haid yang hampir tamat atau keputihan agar seluar dalam sentiasa dalam keadaan bersih.
Namun mungkin ada yang bimbang adakah penggunaan pantyliner ini boleh mengundang kepada masalah lain pada bahagian faraj dan sebagainya.
Doktor jelaskan boleh ke kulat berlaku pada faraj jika pakai pantyliner
Baru-baru ini Pakar Sakit Puan di Hospital Columbia Asia Puchong, Dr Raja Juhaidah Abdullah telah tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Dr Raja Juhaidah telah mengemukakan satu soalan yang dipercayai dari pengikut atau pesakitnya mengenai adakah pantyliner boleh menyebabkan jangkitan kulat atau tidak?
Jelasnya, jika mengikut kajian penggunaan pantyliner boleh menyebabkan berlakunya kulat namun ia secara ‘indirectly’.
“Macam ni, bila anda pakai pantyliner tu kan? Anda akan membina kelembapan, anda akan menyerap kelembapan pada faraj anda tu. Apabila anda menyerap, anda akan kumpulkan peluh tadi dalam pantyliner.
“Seterusnya akan create kelembapan yang berterusan dekat kawasan tu dan ini akan menyebabkan anda terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman termasuk fungus,” jelasnya.

Elakkan guna pantyliner untuk elakkan jangkitan kuman
Oleh itu, sekiranya seseorang wanita itu selalu mempunyai masalah jangkitan kulat elakkan daripada memakai pantyliner.
Ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kulat itu menjadi lebih teruk kerana ia sukakan tempat yang lembap.
Bukan hanya itu, kulat juga mudah untuk hidup kerana dia memerlukan air dan memudahkan ia membiak dengan banyak di bahagian vulva atau faraj.
Namun sekiranya ada yang masih mahu memakainya, mereka disarankan untuk memakai pelapik tersebut ketika perlu sahaja.
“Pakai sekejap dan lepas tu kena buanglah, faham tak? Sebab pantyliner itu dahlah menyerap kelembapan, dia mengurangkan pengudaraan lagi.”
@rjuhaidahrabdullah anda tahu tak pantiliner boleh menuebabkan kangkitan kulat #drjuhaidah #jangkitankulat #yeastinfections
♬ A Touching Story – Kim Sung Hwan
Penggunaan pantyliner untuk keputihan akan menyebabkan ia mempunyai jangkitan
Sebelum Dr Aen Ramli juga tidak menyarankan penggunaan pantyliner digunakan terlalu kerap khususnya kepada mereka yang mempunyai masalah keputihan.
Ini kerana bakteria yang wujud disebabkan kelembapan itu juga boleh mula menghasilkan keputihan yang mempunyai jangkitan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kaum Wanita Elak Kerap Pakai Pantyliner, Terutama Jika Ada Keputihan – Pakar
Risiko yang boleh berlaku jika guna pantyliner
Memetik laporan Hello Sehat, seorang pakar kandungan dan kebidanan, Dr Jessica Shepherd pula mengatakan pemakaian pantyliner pada setiap hari tidak bahaya namun perlu diganti dan paling lama penggunaannya adalah 4 jam (bagi satu pantyliner).
Namun penggunaan yang terlalu lama dan jarang diganti boleh mendatangkan risiko kesihatan seperti:
- Iritasi pada faraj – kerana faraj bersentuhan dengan produk berkenaan.
- Alahan pada pewangi dan pemutih – kebanyakan produk pantyliner ketika ini dicampur dengan beberapa bahan pewangi yang mengandungi volatile organic compounds (VOCs). Oleh itu, bagi segelintir yang mempunyai kulit sensitif ia mungkin boleh menyebabkan alahan pada bahagian faraj seperti gatal, rasa terbakar atau kulit menjadi merah.
- Jangkitan kuman pada faraj – faraj yang sihat boleh ‘bernafas’ dan mendapat pengudaraan yang cukup. Pori pada seluar dalam sebenarnya berfungsi untuk membantu bahagian faraj mendapatkan udara. Penggunaan pantyliner akan menutupi pori-pori tebabit. Oleh itu ia menjadi lembap dan menyebabkan jangkitan kuman.
Tips untuk elakkan masalah ketika menggunakan pantyliner:
- Kerap menukar pantyliner maksimum 4 jam sekali.
- Pastikan faraj sentiasa kering supaya tidak lembap sewaktu menggunakan pantyliner.
- Elakkan penggunaan pantyliner pada setiap hari, kerana perlu memberikan ruang faraj untuk ‘bernafas’.
- Pilih pantyliner yang tidak mengandungi pewangi atau bahan kimia bahaya.
- Gunakan seluar dalam cotton untuk mencegah lembap di bahagian faraj.
- Tidak menggunakan seluar dalam sewaktu tidur atau gunakan seluar dalam yang longgar agar faraj lebih mudah terkena udara.
- Bagi mencegah jangkitan, gunakan pembersih khusus wanita yang mengandungi povidone-iodine supaya kuman tidak berada di kawasan faraj.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



