Doktor Jelaskan Apa Berlaku Kepada Badan Jika Suka Makan Masam Terlalu Banyak [Video]
Menurut Dr Jon, makanan yang masam akan menurunkan pH dalam badan dari paras normal (7.35-7.45) dan memerlukan kalsium untuk menormalkan semula bacaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu pastinya mempunyai ‘preference’ tersendiri terhadap rasa makanan sebagai contoh ada yang sukakan makanan yang pedas, manis, masin, pahit atau masam.
Yelah setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza, namun kita sering mendengar pakar kesihatan menasihatkan untuk mengurangkan makanan tinggi gula dan garam untuk kesihatan yang lebih baik.
Namun sebenarnya kita perlu mengambil semua makanan secara tidak berlebihan termasuklah yang mempunyai rasa masam. Ini kerana ia juga boleh memberi kesan kepada tubuh badan.
Doktor terangkan kesan yang berlaku pada badan jika suka makan makanan masam
Baru-baru ini seorang pengamal perubatan, Dr Azri Aizat Ruhaizan atau dikenali sebagai Dr Jon telah berkongsi perkara yang boleh berlaku kepada badan sekirannya seseorang suka makan makanan yang masam.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, mereka yang gemar makanan masam seperti jeruk dan sebagainya boleh berdepan dua perkara yang tidak bagus pada tubuh badan.
“Nombor satu tulang akan menjadi rapuh ataupun osteoporosis. Nombor dua adalah salurah darah akan mengeras dan akhirnya akan menyebabkan hypertension (darah tinggi),” katanya.

Paras pH normal badan adalah 7.35 hingga 7.45
Jelas beliau secara asasnya jika mengikut fisiologi badan manusia, pH (skala) normal adalah antara 7.35 sampai 7.45.
“Apabila kita makan makanan yang masam ini, pH akan turun daripada 7.35 menjadi 7.2 misalannya.
“Apabila saluran darah menjadi pH 7.2, badan akan secara automatik untuk menormalisasikannya balik kepada lingkungan 7.35 ke 7.45. Macam mana cara badan nak tingkatkan balik daripada 7.2 ni?
“Itulah dengan kalsium, daripada mana datangnya kalsium ni? Kebanyakan kalsium dalam badan kita ni duduk dalam tulang kan? Jadi dia (badan) akan ambillah kalsium daripada tulang anda, dibawa ke saluran darah untuk meningkatkan semula pH.”

Boleh berlaku kerosakan pada dinding saluran darah
Menurutnya lagi, yang akan menyebabkan kalsifikasi ini adalah disebabkan apabila kalsium dari tulang banyak berpindah ke dalam saluran darah, manakala saluran darah pula tinggi dengan keradangan ia menyebabkan kalsium menyertainya seterusnya mengakibatkan kerosakan pada dinding saluran darah.
“Apabila inflamasi tinggi dalam saluran darah kita ni, dia akan menyebabkan kerosakan dekat saluran dinding saluran darah.”

Kalsium berlebihan akan berkumpul di kawasan radang dan kemudian menyebabkan saluran menjadi keras
Oleh itu apabila berlakunya kerosakan pada bahagian terbabit, badan akan meminta imun respon di mana imun sistem akan berkumpul pada bahagian yang cedera.
Dalam masa yang sama, kalsium yang berlebihan dalam darah juga akan menyertainya dengan duduk pada bahagian mengalami keradangan.
Sekiranya perkara ini terus berlaku, ada masa ia akan menyebabkan kalsifikasi saluran dah menjadi keras lalu berlakunya darah tinggi.
“Jadi kepada anda yang masih lagi, suka makan makanan yang masam, baik anda ubah. Supaya anda boleh jaga kesihatan anda sampai ke tua nanti,” katanya lagi.
@azriaizatruhaizan Blood ph kena 7.35-7.45
♬ original sound – DR JON – DR JON
Terdapat kesan lain yang berlaku jika ambil makanan berasid berlebihan
Memetik laporan Hello doktor, makanan berasid adalah baik untuk kesihatan sekiranya diambil pada jumlah yang sesuai setiap hari. Namun pengambilan yang terlalu banyak boleh mendatangkan masalah kesihatan.
“Makan makanan berasid mewujudkan persekitaran berasid yang sesuai untuk perkembangan virus dan bakteria, menyebabkn badan anda lebih terdedah kepada jangkitan bakteria dan virus,” katanya.
Ujarnya lagi sekiranya seseorang mengambil makanan berasid yang berlebihan ia boleh mendatangkan beberapa kesan kepada badan seperti:
- Kemurungan
- Kelesuan
- Kulit kering
- Sakit kepala
- Perubahan mood
- Jerawat
- Gusi sensitif
- Rambut dan kuku rapuh
- Masalah penghadaman
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



