fbpx
Now Reading
Hampir 10% Individu Alami Sedih Melampau Selepas Kehilangan Kucing – Pakar Psikologi [Video]

Hampir 10% Individu Alami Sedih Melampau Selepas Kehilangan Kucing – Pakar Psikologi [Video]

Menurut Pengasas Mental Kuat Centre Amirul Ramli, sesetengah individu lebih sedih apabila kehilangan haiwan peliharaan berbanding manusia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kalau anda tanya orang ramai luar sana, pasti rata-rata daripada mereka akan bersetuju bahawa kucing merupakan antara haiwan peliharaan paling comel yang boleh dibela di rumah.

Pun begitu, ramai juga yang mengelak untuk menjaganya atas pelbagai faktor sebagai contoh takut dicakar, trauma kanak-kanak, alahan, tiada masa untuk mengurus keperluan si bulus, komitmen kewangan, dan juga ada yang berasa takut untuk melalui fasa kehilangan kucing mereka.

Bagi sesetengah individu khususnya bagi mereka yang pernah membela kucing dan ‘kehilangannya’, pasti boleh mengganggu emosi. Ada juga yang tidak mahu makan dan berkurung dalam bilik kerana terlampau sedih.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Meraung 2 Kucing Kesayangan Mati Dibelit Ular, Buat Ramai Sedih [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Rasa Sedih Macam Ni”- Nabila Huda Menangis, Kongsi Detik Kehilangan Kucing Belaannya

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Selamat Dari Banjir, Sempat Jumpa Tuan Sehari Sebelum Dijemput Ajal

Apa Yang Manusia Lalui Selepas Kehilangan Kucing?

Baru-baru ini, pakar psikologi dan Pengasas Mental Kuat Centre Amirul Ramli menerusi akaun TikTok miliknya ada berkongsi sebab kenapa seorang pemilik kucing susah untuk melepaskan haiwan peliharaannya itu meskipun ia sudah lama mati.

Malah dia juga berkongsi bahawa perkara sama turut dilalui oleh isterinya selepas kucing berwarna hitamnya sudah pergi sebelum ini.

“Saya dulu ada seekor kucing berwarna hitam. Lepas tu dia mati, tak pasti sebab apa. Sampai sekarang bila sekali sekala cakap dengan isteri, dia sebut, ‘Mana pergi si citam ni?’. Padahal dah lama tak ada,” kongsinya.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Menurut Amirul, hampir 10% daripada individu akan mengalami ‘prolonged grief disorder (PGD)’ selepas kehilangan kucing mereka. Untuk info, PGD bermaksud rasa duka yang lama akibat kematian.

Ia bukan setakat perasaan sedih biasa, tetapi kesedihan yang berpanjangan. Hal ini kerana emosi masih ‘melekat’ dengan si bulus dan susah untuk melepaskan walaupun banyak masa dah berlalu. Seperti istilah yang selalu digunakan orang ramai, susah nak move on.

Baca Artikel Berkaitan: Tidur Merata-Rata, Ekor Tinggi & 4 Lagi Tanda Si Bulus Bahagia

Kucing Selalu Ada Ketika Sunyi, Membuatkan Susah Untuk Lepaskannya

Jelas Amirul lagi, sesetengah individu lebih sedih apabila kehilangan kucing daripada manusia kerana hubungan yang kuat dan rapat. Oleh disebabkan itu, tidak pelik sekiranya seseorang tidak mahu lagi memelihara kucing selepas kehilangan si bulus kesayangannya.

Mungkin kerana tidak sanggup lagi berduka.

“Menurut kajian, ada individu yang rasa kehilangan haiwan peliharaan itu lebih menyakitkan berbanding kehilangan manusia lain. Bukan sebab haiwan tu lagi penting tapi hubungan emosi harian yang sangat rapat.

“Haiwan peliharaan kan setiap hari dengar anda bercakap. Ada waktu anda sunyi, sumber rutin anda dan anda rasa selamat. Sudut biologi dan psikologi otak, dia tak bezakan sangat antara kehilangan manusia ataupun haiwan yang penting ikatan emosi tu kuat,” katanya.

@amirul.ramli

♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Tonton video penuh [DI SINI].

Cara Proses Perasaan Selepas Kehilangan Haiwan Peliharaan

Menerusi semakan kami, Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook juga ada berkongsi tentang keadaan ini.

Menurut PHM, cara untuk mengatasi perasaan itu bukannya dengan cuba melupakan dengan cepat, tetapi dengan memproses kehilangan itu secara sihat. Antara kaedahnya adalah seperti berikut:

  • Benarkan diri untuk berasa sedih. Perasaan sedih, rindu dan kosong adalah normal selepas kehilangan sesuatu yang amat disayangi.
  • Akui pada diri sendiri bahawa kehilangan itu bermakna. Seperti yang selalu diperkatakan ramai, kucing ini bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi seperti ahli keluarga sendiri.
  • Simpan gambar kegemaran, tulis sepucuk nota, atau buat satu ruang kecil untuk mengingati haiwan peliharaan.
  • Bercerita tentang perasaan yang dipendam bersama dengan orang yang anda percaya.
  • Jangan terburu-buru mencari pengganti tetapi proses dahulu perasaan duka dialami.

Ramai Kongsi Perasaan Selepas Kehilangan Kucing

Menjengah ke ruangan komen TikTok, rata-rata orang ramai turut berkongsi perasaan dan pengalaman mereka kehilangan haiwan peliharaan.

“Citam (kucing) saya pun hilang tak tahu ke mana. Itulah ayat yang saya selalu cakap dekat suami. Dah dua tahun lebih. Tapi rasa sedih tu sentiasa ada. Sebab dia punya manja dan baik tu tak terganti,” kata seorang wanita.

“Kenapa setiap ayat tu sangat relate? Memang susah nak move on walaupun ada pengganti,” ujar seorang netizen.

Malah ada yang berkata mereka susah untuk melepaskan disebabkan perangai kucing yang baik.

“Sebab dia baik. Tak kencing dan berak bersepah. Bangun Subuh solat dia kejut pijak-pijak perut macam kita tengok macam urut tu, sebab nak suruh buka pintu nak keluar kencing. I love you cocoruddin,” kata seorang pengguna TikTok.

“My Benji yang ada ketika waktu susah dan senang. Walaupun sudah tiga tahun, tapi bila teringat memang boleh keluar air mata,” luah seorang individu.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Sedih! 2 Minggu Oyen Kemurungan Lepas Tuannya Meninggal Dunia, Bawa Ziarah Pusara Untuk Lepas Rindu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Beri Makan Sedikit” – Dr Zulkifli Perjelas Isu Kucing Mati Dikurung Oleh Owner

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.