fbpx
Now Reading
Ganggu Hormon Dalaman, Ini Sebab Kenapa Perlu ‘Padam’ Lipstick Sebelum Makan [Video]

Ganggu Hormon Dalaman, Ini Sebab Kenapa Perlu ‘Padam’ Lipstick Sebelum Makan [Video]

Kebanyakan wanita berasa leceh untuk membersihkan gincu menggunakan cleansing balm atau wipes sebelum makan dan minum.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Wanita dan dunia kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Tidak kiralah penggunaan kosmetik atau produk penjagaan muka (skincare).

Kalau anda perasan ramai di kalangan gadis dan wanita akan memakai makeup ketika keluar rumah berjalan-jalan, ini termasuklah memakai gincu di bibir.

Namun, perkara yang ramai terlepas pandang adalah kepentingan menanggalkan lipstick itu ketika mahu makan atau minum. Kebanyakan individu berasa leceh untuk membersihkan gincu menggunakan pembersih solekan seperti balm atau wipes.

Baca Artikel Berkaitan: Disangkakan Lipstick Viral Rupanya Pewarna Uban, Aksi Wanita Ini Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Pakai Di Bibir” – Doktor Kongsi Bahaya Guna Lipstick ‘Tester’, Boleh Sebabkan Oral Herpes [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Bagi Ibu Pakai Lipstick, Aksi Kanak-Kanak Ini Undang Perhatian Ramai [Video]

Bersihkan Dulu Gincu Sebelum Makan!

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Nora menerusi laman Threads berkata bahawa dia baru sahaja mengetahui bahawa gincu perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum makan.

“Baru tahu lipstick kena padam sebelum makan. Nanti akan ganggu keseimbangan hormon wanita,” katanya.

View on Threads

Bahan Terkandung Dalam Gincu Boleh Ganggu Hormon Wanita

Menerusi carian kami, seorang ahli farmasi dan content creator Syahril Izwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Syah Farmasi ada berkongsi tentang sebab di sebalik mengapa wanita tidak digalakkan untuk memakai gincu semasa makan.

Jelasnya, ramai tidak sedar bahawa gincu yang dipakai itu boleh memasuki badan semasa anda sedang menjamah makanan. Ia adalah berbahaya kerana kebanyakan kandungan lipstick terdiri daripada:

  • Paraben
  • Phthalates
  • Wangian sintetik

Menurut Syah, ketiga-tiga bahan itu dikenali sebagai ‘pengganggu endokrin’ yang mengganggu keseimbangan hormon wanita.

Sumber: Freepik

Besarkan Tumor Kanser Antara Bahaya Pakai Gincu Ketika Makan

Antara kesan buruk terhadap kesihatan badan yang anda akan lihat sekiranya mengamalkan tabiat tersebut adalah seperti:

  • Haid tidak teratur
  • Muka berjerawat
  • Emosi tidak terkawal (mood swing)
  • Cepat penat
  • Besarkan tumor kanser

Tambah ahli farmasi itu, anda tidak akan nampak perubahan tersebut secara terus tetapi dalam jangka masa yang lama.

Bukan sahaja terhad kepada gincu, mereka yang menggunakan pelembap bibir (lipbalm) juga disarankan untuk membersihkannya terlebih dahulu sebelum makan dan minum.

@syahfarmasi Ramai lagi ka wanita kat luar sana yang makan tanpa remove lipstick? Cuba Komen. #lipstick #hormoneimbalance #wanita #tipskesihatan #mitosataufakta ♬ nhạc nền – LuxArts

Tonton video penuh [DI SINI].

Menurut penjelasan pempengaruh, yang juga bekas pegawai perubatan, Dr Muhammad Hazwan pula, sesetengah paraben mempunyai bahan yang menghalang pembentukan kulat pada lipstik.

Bahan itu dikatakan mampu mengundang kepada risiko kanser sebagai contoh kanser leukemia.

Baca Artikel Berkaitan: Pakai Lipstick Ketika Berpuasa: Sah Atau Batal? Ini Penjelasan Pendakwah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.