Now Reading
Bukan Setakat Tunggu Ikan! Ini Kebaikan Memancing Yang Ramai Tak Tahu

Bukan Setakat Tunggu Ikan! Ini Kebaikan Memancing Yang Ramai Tak Tahu

Antara kelebihan memancing yang ramai tidak sedar adalah aktiviti ini mampu meningkatkan kecergasan badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap daripada kita mesti ada hobi tersendiri yang suka dilakukan tidak kira waktu. Segelintir lebih menyukai aktiviti lasak yang boleh dilakukan bersama komuniti, tetapi ada juga yang mencari ketenangan dalam melakukan hobi kegemaran masing-masing.

Antara aktiviti yang popular di kalangan kaum lelaki adalah memancing termasuklah di sungai, tasik ataupun laut dalam. Tetapi antara alasan yang menyebabkan mereka tangguhkan melakukan aktiviti itu adalah, “Isteri tak kasi.” 😂

Katanya barang-barangan untuk hobi ini mahal atau mengambil masa yang lama. Mana tidaknya, alatan memancing seperti joran sahaja boleh mencecah ratusan atau ribuan ringgit, padahal aktivitinya cuma duduk sahaja dan tunggu hingga ikan makan umpan.

Namun ramai yang tidak sedar, memancing ini sebenarnya bukan sekadar tunggu ikan terpancing pada mata kail, tetapi banyak kebaikannya juga.

Manfaat Memancing Kepada Anda, Take Note!

Buat anda yang tidak tahu, di sini kami kongsikan tujuh kebaikan aktiviti memancing sebagai hobi. Antaranya:

#1 Tingkatkan Kecergasan Badan

Mengumpan seekor ikan bukan sesuatu yang mudah ya, lebih-lebih lagi ia melibatkan ikan yang bersaiz besar dan lincah.

Oleh disebabkan itu, mereka yang memancing ini perlu merangsang kekuatan pada bahagian lengan, bahu, belakang badan, dan juga kaki untuk menarik ikan dari air yang dalam ke kawasan darat.

Selain itu, dalam sesetengah situasi port memancing ini terletak jauh daripada kawasan awam. Justeru, seseorang itu perlu mendaki atau berjalan jauh untuk tiba ke destinasi. Mungkin berjalan 10 ke 15 minit?

Tambah pula perlu memasang khemah atau peralatan memancing, semuanya memerlukan kekuatan fizikal.

Sumber: Pexels

#2 Serap Vitamin D Dalam Badan

Seperti ramai tahu, vitamin D yang terkadung dalam sinaran matahari sangat diperlukan oleh badan seseorang untuk kekal bertenaga.

Secara logiknya, individu yang banyak habiskan masa di luar (outdoor) pastinya akan menerima lebih banyak vitamin D berbanding mereka yang terperap di dalam rumah.

Untuk info, antara kebaikan vitamin D adalah:

  • Penyerapan kalsium
  • Phosphorus (mineral)
  • Sistem imun badan yang baik
  • Rendahkan risiko seseorang untuk menghidap depresi
Sumber: Pexels

#3 Tingkatkan Tahap Fokus

Selain itu, seseorang yang menghabiskan masa banyak bersama alam sekitar dan tumbuhan semula jadi mempunyai keupayaan untuk fokus dalam jangka masa lama.

Jelas Hello Doktor dipetik jurnal British of Sports Medicine, individu yang suka duduk di bawah pohon yang rendang dan menghabiskan masa di tepi sungai juga mempunyai keupayaan untuk fokus dalam jangka masa panjang.

Sumber: Pexels

#4 Kurangkan Stres

Kebaikan seterusnya yang mungkin dipersetujui ramai kaki pancing di luar sana adalah ia melegakan stres yang banyak tersimpan di dalam minda. Kajian mendapati bahawa seseorang yang menghabiskan banyak masa memancing boleh mengurangkan risiko alami kemurungan.

Jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai hobi, komuniti memancing ini lebih terdiri daripada mood dan emosi yang baik. Udara segar di port memancing membolehkan anda untuk rasa lebih tenang dan bahagia.

Aktiviti ini juga boleh dicuba buat mereka yang mempunyai masalah tidur (insomnia). Memetik Hello Doktor lagi, 40% orang dewasa mendapati mereka lebih tenang ketika berada di sekeliling air.

Sumber: Pexels

#5 Eratkan Hubungan Keluarga & Rakan

Dalam masa sama, hobi memancing juga membantu anda mengeratkan hubungan persabahatan atau kekeluargaan. Bagi sesetengah individu, aktviti memancinglah menjadi faktor mereka membuat kenalan baru yang boleh bercerita dengan minat yang sama.

Jangan pelik ya kalau rakan sama di tempat memancing yang menjadi sandaran anda untuk meluahkan perasaan selepas ini.

#6 Tingkatkan Keyakinan Diri

Buat mereka yang baru bermula menceburi hobi ini, mungkin ada masanya anda akan patah semangat selepas membawa tangan kosong ke rumah. Dah habiskan masa dari pagi ke petang di sungai atau tasik yang luas, tetapi masih tidak dapat tangkapan.

Apabila anda bergaul dengan komuniti memancing, golongan itu boleh berkongsi pengalamannya. Daripada situ, ia mampu meningkatkan keyakinan diri selain mengelakkan diri daripada mahu berputus asa dalam tempoh masa yang singkat.

Sumber: Pexels

#7 Alih Minda & Perhatian Daripada Kesibukan Dunia

Selepas bekerja dan menjalankan tanggungjawab hakiki di rumah khususnya golongan ibu ayah, sudah tentu anda memerlukan masa ‘me-time’ anda sendiri. Mana tidaknya, kalau asyik menghadap tugasan yang sama, anda boleh cepat berasa bosan dan moody sepanjang masa.

Hobi memancing ini boleh membantu mengalihkan minda daripada kesibukan tersebut. Kepala juga akan terasa lebih ringan selepas ditiup angin sejuk di luar bandar. Badan yang sebelum ini rasa lelah terus jadi bersemangat ketika memancing!

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Selamba Memancing Dalam Pusat Beli Belah The Mines Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Yang Ni Jenis Ganas” – Pemancing Diganggu Entiti, Siap Kena Ikut! [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Keliru Jenis Kolam Pancing, Keluarga Tangkap & Lepas Semula Ikan Raih Pelbagai Reaksi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.