fbpx
Now Reading
Ini Hukum Muslim Guna Produk & Ambil Suplemen Whitening

Ini Hukum Muslim Guna Produk & Ambil Suplemen Whitening

Ada kaum wanita dan lelaki yang mengambil suplemen atau produk pemutih untuk mendapatkan tona kulit sekata sekaligus meningkatkan keyakinan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Secara fitrahnya, individu terutamanya kaum Hawa memang secara semula jadi sukakan kecantikan. Ini termasuklah dengan memastikan keadaan kulit wajah sentiasa terjaga, berseri tanpa sebarang masalah muka sebagai contoh jerawat atau jeragat.

Seperti yang kita tahu juga, kulit penduduk Asia adalah pelbagai. Ada yang sawo matang, cerah, coklat gelap dan lain-lain yang dipengaruhi genetik atau faktor geografi. Kita seharusnya meraikan semua golongan tidak kiralah apa jenis warna kulit sekalipun.

Pun begitu, sejak dahulu sudah wujud tekanan sosial tentang penerimaan kulit yang sedikit gelap. Sebagai contoh, mungkin ada di antara kita yang diejek sewaktu kecil kerana warna kulit. Oleh disebabkan itu, segelintir golongan ini bertekad untuk menggunakan produk kecantikan atau suplemen pemutih (whitening) yang boleh mencerahkan kulit seseorang.

Untuk info, produk pemutih mempunyai pelbagai bentuk sama ada sapuan luaran (krim, losyen, serum) atau suplemen yang dimakan untuk mencerahkan kulit dari dalaman.

Baca Artikel Berkaitan: Skintific Perkenal Vitamin C Serum Pencerah Kulit

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Betul Pakai Toner Pad, Barulah Kulit Muka Flawless & Cantik! [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kulit Orang Korea Jenis ‘Glass Skin’ & Mulus! Ini Rupanya Rahsia Mereka

Hukum Muslim Pakai Suplemen Whitening

Bagaimanapun, bukanlah semua jenis produk pemutih ini selamat diambil. Justeru, penting untuk menyemak sama ada sesuatu produk pemutih mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau sebaliknya.

Tetapi apakah hukum menggunakan produk dan mengambil suplemen pemutih ini dari sudut syariat? Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Islam meraikan fitrah manusia yang cenderung untuk sentiasa kelihatan cantik, kemas dan menarik atau sukakan perhiasan.

Perkara tersebut turut diiktiraf oleh syarak melalui dalil berikut. Firman Allah SWT:

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”

Surah al-A’raf (3)

Hiperpigmentasi pada wajah yang menampakkan tompok-tompok gelap akibat penuaan, pendedahan langsung cahaya matahari yang berpanjangan, kehamilan atau faktor genetik bukan sahaja merupakan masalah estetik, malah boleh menyebabkan keyakinan diri seseorang merudum.

Sumber: Freepik

Allah Cintai Hamba Yang Jaga Penampilan & Kecantikan Diri

Justeru, syarak tidak mengharamkan perhiasan bagi kesempurnaan kualiti kehidupan individu.

Allah mencintai manusia yang memperindahkan diri dari sudut pakaian, alas kaki, tubuh badan dan seluruh urusannya. Perhiasan dan kecantikan mampu menarik perhatian serta menjadikan seseorang disukai dan disenangi orang lain.

Namun perlu diingatkan bahawa kecantikan yang dituntut adalah kecantikan yang patuh syariah, nilai adab dan tidak membawa kepada sebarang jenis fitnah.

Berbalik kepada konteks asal, hukum pengambilan suplemen pemutih untuk tujuan memiliki anggota badan yang cerah sekaligus mengembalikan warna tona kulit asal wajah yang tidak sekata akibat pendedahan langsung cahaya matahari adalah diharuskan.

Perkara tersebut termasuk dalam aspek tahsiniyyah (kehidupan yang sempurna).

Sumber: Freepik

Haram Ambil Suplemen Yang Ubah Ciptaan Allah Dari Bentuk Asal Hanya Semata Untuk Kecantikan

Meskipun begitu, produk kosmetik mahupun suplemen makan yang terdedah kepada risiko bahaya terutamanya untuk tujuan kecantikan semata-mata adalah dilarang.

Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan Allah SWT dari bentuk asalnya semata-mata untuk tujuan kecantikan pula adalah haram. Ia hanya boleh diterima dalam situasi darurat.

“Kecantikan yang sebenarnya tidak seharusnya bergantung semata-mata produk vitamin putih, malah perlu ada gabungan dengan gaya hidup sihat dan rutin penjagaan kulit.”

Sebelum ini, perkara sama turut diulas oleh pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus yang menyifatkan sebarang perubahan dari bentuk asal adalah haram manakala pengambilan produk yang mengembalikan tona asal adalah diharuskan.

PS: Semua jenis kulit tidak kira cerah, sawo matang atau gelap adalah cantik. Jangan pernah menilai seseorang berdasarkan warna kulit mereka okay? 🙂

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.