Rupanya Ini Kesan Pada Otak Sekiranya Tidur & Bangun Lewat [Video]
Menurut Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli mereka yang bangun lewat mempunyai jam biologi yang lemah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui tidur merupakan satu perkara yang sangat penting untuk setiap individu.
Ini kerana, tidur memberikan ruang untuk organ atau sistem badan berehat daripada terus bekerja keras.
Oleh itu, setiap individu perlu mendapatkan tidur bukan sahaja untuk merehatkan badan dan minda tetapi bagi memberikan kesegaran untuk memulakan hari seterusnya.
Mereka yang mempunyai gangguan tidur pastinya akan terkesan kerana kualiti tidur yang kurang.
Kesan kurang baik boleh berlaku kepada otak jika bangun lewat
Baru-baru ini Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli menjelaskan terdapat kesan yang kurang baik boleh berlaku kepada otak seseorang sekiranya tidur atau bangun lewat.
Menerusi video dikongsikan oleh Amirul, kebiasaannya individu yang tidur dan bangun awal akan memulakan hari seawal 6 pagi. Namun bagi mereka yang bangun lambat mungkin akan mulakan hari lebih lambat dari itu sebagai contoh 2.15 petang.
“Menurut kajian, kalau waktu puncak aktiviti yang terlalu lewat ni bermaksud jam biologi anda lemah.
“Bila circadian rhythm tu ia tak teratur, otak dia susah nak repair (baiki) sendiri,” ujarnya.
Hormon stres boleh meningkat & banyak masalah lain
Perkara itu boleh menyebabkan beberapa kesan seperti hormon stres meningkat tidak tentu masa.
Jelasnya lagi, kajian mendapati individu yang baru nak aktif selepas jam 2.15 petang ini mempunyai risiko untuk dementia lebih tinggi iaitu sebanyak 45% apabila sudah berusia.
“Jam biologi tu lemah, sebab berkait dengan kemerosotan fungsi kognitif, memori makin kabur, emosi lebih sensitif dan motivasi hidup pun menurun.”
Banyak urusan tak dapat diselesaikan
Secara amnya, mereka yang bangun lewat atau memulakan rutin pada waktu yang lambat akan berdepan dengan masalah masa.
Di mana mereka juga sukar untuk menyelesaikan banyak urusan pada hari terbabit disebabkan bangun lewat.
Keadaan ini boleh mengganggu kesihatan seseorang apabila emosi sukar diuruskan dengan baik. Yelah banyak kaunter bank atau kerajaan tutup sebelum pukul 5.
Ini perkara boleh dilakukan untuk dapat tidur yang berkualiti
Memetik laporan Hello Doktor perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti adalah:
- Elakkan minum air berkaffien sebelum waktu tidur.
- Ambil air yang cukup.
- Hindari minuman beralkohol.
- Ambil pemakanan yang sihat dan elakkan makan snek berlebihan.
- Anda juga boleh gunakan topeng mata untuk mengelakkan cahaya serta membantu untuk tidur lebih cepat.
- Pastikan keadaan bilik selesa dengan suhu bersesuaian.
- Kurangkan tidur pada waktu siang untuk memudahkan anda tidur di waktu malam.
- Kawal tekanan. Tekanan merupakan punca utama masalah tidur.

