Doktor Jelaskan Lima Jenis Sarapan Yang Perlu Dielakkan, Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit [Video]
Menurut Dr Wea, antara makanan yang perlu dielakkan adalah pengambilan bijirin yang sedia dimakan kerana ia mempunyai gula tersembunyi yang tinggi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan sarapan pagi merupakan makanan yang begitu penting kepada tubuh badan untuk memberikan tenaga serta nutrien sebelum seseorang memulakan harinya.
Yelah di pagi hari ada yang ingin ke tempat kerja, sekolah atau mungkin ada yang mahu memulakan sesuatu aktiviti.
Oleh itu, adalah penting untuk kita mengambil sarapan pagi sebelum memulakan sebarang aktiviti namun ia perlulah dengan makanan yang sihat.
Mengambil sarapan pagi tidak bermaksud anda boleh mengambil sebarang makanan seperti tinggi gula, garam, makanan tidak sihat dan sebagainya.
Doktor saran elak 5 jenis makanan ketika breakfast
Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Wea telah menyarankan orang ramai untuk mengelak daripada mengambil lima jenis makanan ini sewaktu sarapan pagi.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Dr Wea memaklumkan terdapat lima jenis makanan yang boleh meningkatkan serangan jantung, kolestrol, kencing manis dan juga darah tinggi.
Antara jenis makanan yang perlu dielakkan untuk sarapan pagi adalah:
#1 Makanan bijirin atau cereal (ready to eat)

Menurutnya, makanan jenis ready-to-eat ini nampak mudah namun ia mengandungi banyak gula tersembunyi dan ia tidak bersesuaian untuk dijadikan sebagai sarapan pagi.
Kebiasaannya bijirin yang telah siap untuk dimakan ini digemari oleh kanak-kanak kerana mereka telah terdedah dengan makanan tersebut.
Tak dinafikan ia mempunyai rasa yang sedap namun tujuan sarapan pagi bukan sekadar sedap sebaliknya mampu memberikan nutrisi yang lengkap kepada badan.
#2 Roti canai

Sebut mengenai roti canai siapa yang tidak suka. Bahkan ia adalah kegemaran ramai rakyat Malaysia.
Bahkan ada yang memesannya dan mahukan kuah yang ‘banjir’ setiap kali ingin menikmati roti canai.
Namun kata Dr Wea, roti canai mengandungi minyak yang tinggi dan merupakan makanan jenis simple carbohydrate (karbohidrat).
“Lagi mudah naik gula dalam darah dengan cepat. Kalau kita makan roti canai tu dengan susu pekat ke dengan gula ke, lagilah bahaya,” ujarnya.
Ini kerana, ia boleh meningkatkan kadar gula dalam darah.
#3 Roti putih

Tak dinafikan ramai yang suka sarapan dengan makan roti putih, sebagai contoh ada yang menikmatinya dengan menyapu jammed atau kaya atau mungkin dimakan bersama telur.
Sarapan roti sememangnya suatu perkara yang memudahkan orang ramai serta cepat. Ini kerana penyediaannya begitu cepat dan mungkin boleh memberikan anda berasa kenyang untuk tempoh yang sekejap.
Namun sarapan roti putih perlu dielakkan apatah lagi jika ia dicampur dengan mentega serta jem kerana boleh menyebabkan gula naik dengan begitu cepat. Ini kerana roti putih juga adalah simple karbohidrat.
Memetik Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan, Roti Mil Penuh (Whole Meal) mengandungi lebih banyak serat, vitamin dan mineral berbanding roti putih.
Kandungan 100% bijian ekstrak bijian gandum akan membuatkan seseorang lebih kenyang.
#4 Mi goreng atau bihun goreng
Menurut Dr Wea minyak yang digunakan berulang kali untuk memasak mi serta bihun goreng sudah teroksida.
“Yang itu yang tinggi risiko untuk kena kolestrol tinggi serta serangan jantung,” jelasnya lagi dalam video tersebut.
#5 Kopi susu atau minuman manis

Menurutnya ramai yang sukakan air yang manis seperti teh, kopi dengan susu pekat dan sebagainya.
Katanya satu gelas kopi yang dicampur bersama susu pekat itu bersamaan dengan enam sudu gula putih dan menyebabkan gula dalam darah naik dengan cepat.
Secara amnya tidak ada masalah jika kesemua makanan ini ingin dinikmati oleh orang ramai namun perlulah berpada-pada dan tidak diambil pada setiap hari.
Adalah lebih baik untuk anda menukarkan sarapan pagi kepada pemilihan yang lebih sihat seperti perbanyakkan sayuran, sumber protein dan ambil karbohidrat kompleks.
Ini kerana ia bukan sahaja pilihan yang lebih sihat bahkan turut membantu anda untuk kekal kenyang pada tempoh yang lama.
@doktorwea Replying to @J Setelah sy pakai cgm ni, ini keputusannya. Ada 5 jenis sarapan yang kita kena elakkan pada waktu pagi. Terutamanya yg no 5 tu! Nak tahu lebih lanjut, tonton vdeo ni smpai habis. #kencingmanisdarahtinggi #3serangkai #kolesterol #fyppppppppppppppppppppppp
♬ Epic News – Big Dreams
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.





