Now Reading
Tak Normal Batuk Berkahak Setiap Pagi, Ini Info Golongan Perokok Perlu Tahu

Tak Normal Batuk Berkahak Setiap Pagi, Ini Info Golongan Perokok Perlu Tahu

Menurut Pakar Perubatan Keluarga, Dr Kent Khaw, batuk berkahak mungkin petanda awal Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak dahulu lagi, masyarakat tidak kira golongan muda atau dewasa didedahkan tentang bahaya hisap rokok. Walaupun ia menagihkan buat sesetengah individu, tetapi Alhamdulillah ramai juga yang mempunyai kesedaran dan cuba berhenti mengambil barangan tersebut.

Namun begitu, ada juga sesetengah orang yang memandang remeh impak jangka panjang hisap rokok terhadap kesihatan tubuh badan.

Baca Artikel Berkaitan: Paru–paru Suami Dijangkiti Kuman, Wanita Dedahkan Bahaya Hisap Rokok Seludup

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Hisap Rokok Depan Anak Kecil Yang Sedang Tidur Buat Ramai Geram [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nina Iskandar Berang Individu Yang Merokok dan Vape Berdekatan Bayi dan Kanak-Kanak

Batuk Berkahak Mungkin Petanda COPD

Baru-baru ini, seorang Pakar Perubatan Keluarga dikenali sebagai Dr Kent Khaw berkongsi antara penyakit yang kerap kali dilalui oleh golongan perokok tanpa mereka sedari. Jelasnya, seorang pesakit yang menghisap rokok sebelum ini mengadu bahawa dia mengalami batuk berkahak hampir setiap hari.

Menurut pesakit itu, simptom tersebut adalah sesuatu yang biasa berlaku. Namun jelas Dr Kent, gejala itu bukan sesuatu yang normal sebaliknya mungkin tanda-tanda awal seseorang menghidup Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD).

Antara tanda-tanda utama COPD adalah sesak nafas.

“Pagi tadi ada seorang pakcik ni datang. Dia nak minta ubat batuk yang paling kuat. Bila saya tanya, “Pakcik dah batuk berapa lama?” Dia jawab, “Dah bertahun dah doktor. Tapi akhir-akhir ni saya rasa cepat semput. Nak jalan pergi masjid pun kena berhenti dua tiga kali ambil nafas.

“Bila saya periksa guna stetoskop, bunyi paru-paru dia dah tak jelas. Saya terangkan dekat pakcik tu, COPD ni bukan batuk biasa. Dia adalah gabungan dua benda.”

Gabungan dua gejala yang disebutkan Dr Kent adalah:

  • Bronkitis Kronik: Saluran pernafasan sentiasa bengkak dan penuh kahak
  • Emfisema: Pundi udara dalam paru-paru (alveoli) pecah dan hilang kekenyalan
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Apa Perbezaan COPD & Asma?

Mungkin ada yang tertanya apakah perbezaaan di antara COPD dan juga asma memandangkan kedua-duanya melibatkan simptom batuk. Jelas pakar berkenaan, asma boleh dirawat manakala kerosakan yang berlaku pada paru-paru akibat COPD bersifat kekal.

Perkara yang boleh dilakukan adalah rawatan bersama pakar bagi melambatkan proses paru-paru itu rosak.

“Paling sedih bila pakcik tu tanya, “Kalau saya berhenti merokok sekarang, paru-paru saya boleh jadi macam muda-muda dulu tak?” Saya terpaksa jujur, saya cakap, “Paru-paru yang dah rosak tu tak boleh ganti, pakcik.

“Tapi kalau pakcik berhenti sekarang, kita boleh selamatkan baki paru-paru yang masih sihat tu. Sekurang-kurangnya nanti pakcik tak perlu bergantung pada tangki oksigen 24 jam.”

Rokok Bukan Hanya Mengundang Kanser

Seperti yang selalu diiklankan diuar-uarkan agensi kesihatan, rokok ini boleh mengundang kepada penyakit kanser. Pun begitu, orang ramai juga khususnya golongan perokok juga perlu tahu tentang bahaya COPD.

“Sebenarnya hidup dengan COPD ni sangat menyeksa. Bayangkan korang rasa macam dilemaskan dalam udara sendiri setiap hari sebab peparu dah tak mampu nak tukar oksigen dengan efisien. 

“Nasihat saya untuk semua perokok di luar sana, jangan tunggu sampai korang kena berhenti jalan setiap 10 langkah baru nak cari doktor. Batuk pagi yang korang rasa ‘biasa’ tu sebenarnya paru-paru tengah bagi signal (isyarat) minta tolong.”

Dr Kent turut menasihati para perokok untuk melakukan ujian Spirometri bagi memeriksa keadaan paru-paru.

“Bernafas dengan tenang itu adalah nikmat yang paling mahal bila kita dah mula kehilangannya,” ujarnya di akhir perkongsian.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Rokok Dulu Baru Makan” – Doktor Kongsi 3 Kesan Buruk Merokok Sejurus Berbuka Puasa, Geng ‘Berasap’ Wajib Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Rasa Terganggu Akibat Asap Rokok & Vape? Fahami Hak Anda Sebagai Golongan Bukan Perokok

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Bahaya Thirdhand Smoke Yang Ramai Masih Tak Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.