Pemilik Kucing Perlu Tahu! Ini Gejala, Jenis & Cara FIP Merebak [Video]

Menurut doktor veterinar Dr Zura Diamond, kucing boleh dijangkiti FIP menerusi najis, air kencing atau air liur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, seorang pempengaruh media sosial mendapat kecaman ramai selepas dia bertindak menidurkan kucingnya (put to sleep – PTS) selepas didiagnos menghidap penyakit FIP (feline infectious peritonitis).

Menerusi video tular, individu itu memaklumkan bahawa kucingnya, Kibble memerlukan rawatan berterusan melebihi 80 hari dengan kos yang tinggi. Oleh disebabkan faktor tersebut, dia mengambil keputusan untuk PTS si bulus.

Bagaimanapun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan itu dan berkata bahawa influencer tersebut tidak sepatutnya mengambil ‘shortcut’ sebaliknya perlu mencuba untuk merawat Kibble dahulu memandangkan ia boleh dirawat.

Baca Artikel Berkaitan: Stesen Minyak Rayu Pulangkan Kucing Bernama Misai, Ada Penyakit FIP & Masih Dalam Rawatan [Video]

Apa Itu Penyakit FIP Kucing?

Mungkin ada juga di kalangan ramai yang tidak pernah dengar tentang penyakit tersebut. Buat anda yang tidak tahu, penyakit FIP berlaku disebabkan serangan virus corona atau feline coronavirus (FCoV) yang termutasi dalam badan kucing.

Bagaimanapun tidak semua jangkitan FCoV akan berkembang menjadi FIP. Memetik Hello Sehat, ada dua jenis FCoV iaitu:

  • Feline enteric coronavirus (FECV)
  • Feline infectious peritonitis virus (FIPV)

Kedua-dua virus ini mempunyai persamaan dari segi genetik tetapi boleh menyebabkan kesan yang berbeza.

Sumber: Freepik

FECV lazimnya menjangkiti sel epitelium usus kucing dan disingkirkan melalui najis atau air liur. Jangkitan FECV selalunya tidak berbahaya serta tidak menimbulkan sebarang gejala.

Sementara itu, FIPV merupakan hasil mutasi daripada FECV. FIP bermaksud mutasi virus tersebut telah merebak ke hampir seluruh tubuh, khususnya di bahagian perut, buah pinggang dan otak.

Jenis-jenis FIP

#1 FIP basah (efusif)

FIP basah atau efusif menyebabkan keradangan pada rongga perut, khususnya di lapisan nipis pada bahagian perut dan organ sekitarnya. Kucing yang mengalami FIP jenis ini selalunya akan menunjukkan simptom seperti perut yang membuncit akibat pengumpulan cecair.

Cecair yang terdapat dalam rongga perut atau dada akibat FIP lazimnya berwarna kuning cerah, bersifat pekat, dan mengandungi protein.

#2 FIP kering (non-efusif)

FIP kering menunjukkan gejala-gejala benjolan atau granuloma (keradangan kecil) di bahagian organ badan yang lain iaitu mata, otak dan ginjal. Bagaimanapun, benjolan tersebut hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan sahaja.

Bagaimana Kucing Dijangkiti FIP?

Menerusi semakan kami, doktor veterinar dikenali sebagai Dr Zura Diamond pernah mengulas tentang cara virus ini merebak. Jelasnya, kucing boleh dijangkiti FIP melalui:

  • Air liur
  • Najis
  • Air kencing

Pun begitu, dia juga mendapati bahawa kucing indoor juga boleh mengalami FIP disebabkan stres. Seorang individu sebelum ini pernah mengadu bahawa kucingnya menghidap FIP walaupun sentiasa duduk di dalam rumah dan tidak berinteraksi bersama kucing lain.

@zuradiamond Replying to @Katlin sikin Penyebab FIP , Coronavirus yg termutasi, cara jangkitan direct atau indirect contact dengan air liur/najis/urine infected cat. "Stress" juga merupakan salah satu punca penyakit FIP boleh terjadi…. #drzuradiamond #vet #fyp #fypシ゚ #pencintakucing #cat #fip #fipwet #fipdry ♬ original sound – Zura Diamond

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Woman Slammed For Euthanising FIP Cat – Social Media Rages

Gejala-gejala FIP Yang Pemilik Kucing Perlu Tahu

Buat anda yang memelihara kucing, anda boleh perhatikan sama ada si bulus menunjukkan tanda-tanda FIP ini ataupun tidak. Antaranya:

  • Kekejangan
  • Tiada selera makan
  • Sawan
  • Penurunan berat badan
  • Cirit-birit
  • Lesu
  • Muntah
  • Pernafasan tersekat atau susah bernafas
  • Perut kucing membuncit
  • Pergerakan tidak normal
  • Demam yang berpanjangan (on-off), dan tidak pulih meskipun sudah banyak kali mendapatkan rawatan

Cara Mengesan Jangkitan FIP Pada Kucing

Berikut adalah beberapa kaedah yang digunakan untuk mengesan FIP:

  1. Ujian polymerase chain reaction (PCR): Mengesan DNA virus melalui sampel darah, najis atau cecair badan yang lain
  2. Ujian imunofluoresen: Mengesan protein virus dalam sel darah putih atau cecair yang dijangkiti
  3. Ujian serologi: Mengesan paras antibodi dalam darah kucing

Rawatan FIP Kucing

FIP ini boleh dirawat terutamanya buat kucing yang hanya menunjukkan tanda-tanda awal yang kecil dan tidak begitu serius.

Dahulu, FIP ini dianggap sebagai virus pembawa mati kepada kucing, namun kini penyakit itu mempunyai rawatan antivirus yang berkesan, terutamanya dengan menggunakan ubat GS-441524 yang telah banyak meningkatkan peluang sembuh.

Memetik WebMD, GS-441524 adalah ubat antiviral dalam bentuk tablet atau cecair yang diambil melalui mulut. Rawatan standard biasanya mengambil masa 84 hari, namun kajian menunjukkan bahawa rawatan lebih singkat selama 42 hari juga mungkin berkesan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.