Pelajar Perlukan Microbreak Sebelum Sambung Subjek Seterusnya – Penasihat Kesihatan Mental [Video]
Menurut Pengusaha Mental Kuat Centre, Amirul Ramli apabila otak tidak sempat untuk berehat, sempadan antara memori tidak jelas dan menyebankan pelajaran yang dipelajari bercampur-baur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui dalam mempelajari sesuatu pelajaran setiap individu khususnya murid memerlukan masa untuk memahami sesuatu konteks.
Malah fokus setiap individu juga adalah berbeza, maka setiap kali selesai pembelajaran seseorang memerlukan masa untuk berehat bagi memproses perkara yang sudah dipelajari.
Namun jika di Malaysia kebiasaannya jadual waktu pembelajaran akan sentiasa bersambung sehinggalah tiba waktu rehat atau tiba waktu pulang.
Penasihat kesihatan mental jelaskan kepentingan microbreak untuk pelajar
Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli turut ada menjelaskan mengapa pelajar memerlukan waktu untuk berehat selama beberapa minit atau microbreak sebelum memulakan pelajaran lain.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Amirul di TikTok, dia tidak mengetahui sama ada orang ramai sedar atau tidak mengenai sistem persekolahan ketika dia bersekolah sekitar tahun 1990-2000 dan ke atas terdapat masalah di mana waktu pembelajaran satu subjek dengan subjek yang lain tidak mempunyai jarak.
“Saya tak tahu anda perasan ke tak dekat sistem persekolahan kita, waktu kita sekolah ada satu masalah yang besar sebenarnya. Masalahnya antara kelas tu dia tak ada gap, tak ada gap dalam jadual.
“Kalau sistem pendidikan dekat Jepun atau Finland, antara subjek tu dia ada ruang masa. Ada microbreak dalam 10 minit,” ujarnya.

Locus coerules berfungsi beritahu hippocampus untuk simpan memori
Jelasnya dalam otak manusia terdapat locus coeruleus yang mengeluarkan noradrenalin dalam otak. Ia juga berfungsi seperti suis utama yang memberitahu hippocampus iaitu bahagian yang menyimpan memori mengenai kelas telah tamat dan bersedia untuk pelajaran yang baharu.
“Namun itu jika ada microbreak, jika tiada microbreak dan pelajaran berterusan, tadi belajar bahasa Melayu cikgu Faiz ajar. Lepas tu cikgu Faiz keluar cikgu Amirul masuk saja terus buka buku teks, terus ajar matematik tambahan.
“Otak tak sempat nak relaks (berehat), boundary (sempadan) antara memori tu tak jelas. Apa yang belajar tu pun bercampur-baur.”
Menurutnya ada masa pembelajaran dilakukan di beberapa tempat lain seperti perpustakaan, makmal dan sebagainya. Katanya perubahan itu ada memberi konteks yang bagus pada locus coeruleus.

Ada segelintir guru yang beri waktu berehat untuk pelajar sebelum mula mengajar
Namun menurutnya sistem microbreak di negara ini tidak digunapakai. Akan tetapi ada beberapa guru yang memahami seperti apabila memasuki kelas mereka akan bertenang terlebih dahulu seperti berbual mesra dan sebaik sahaja pelajar sudah bersedia barulah dia memulakan pelajaran.
Tambah Amirul lagi, perkara itu adalah sangat penting untuk penyimpanan memori yang efisien.

Raih pelbagai pendapat untuk buat gap jika di Malaysia
Melihat di ruangan komen ada mengatakan meskipun tiada jarak antara subjek namun tidak semua cikgu yang terus masuk dan memulakan sesi pembelajaran.
Jelasnya perkara itu perlu dilihat dengan situasi di Malaysia dan membuat jadual waktu bukanlah perkara yang mudah.
Ada juga berpendapat kebiasaannya guru lelaki akan masuk sedikit lambat berbanding cikgu wanita.
Tidak kurang ada mengatakan mereka menggunakan gap yang ada untuk menyiapkan kerja sekolah sebelum sesi pembelajaran seterusnya bermula.
“Kalau ada gap, sibuk siapkan kerja rumah je”

“Ya betul saya mengesahkan di Jepun (memang ada microbreak) sebab pernah masuk sekolah menengah di Jepun. Jadual pembelajaran ada hap 10 min, untuk pergi tandas ke pertukaran kelas ke lab/gimnasium/ bilik khas”

“Cikgu masuk lambat dua minit pun dah hiruk-pikuk kelas. Berkejar cikgu dari blok lain ke blok lain, naik pulak tingkat 4. Siapa nak jaga kelas masa break 10 minit?”




