Ini Cara Betul Pakai Toner Pad, Barulah Kulit Muka Flawless & Cantik! [Video]
Menurut pakar estetik dikenali sebagai Faridz, cara penggunaan toner pad sebenarnya memainkan peranan penting sama ada ia berkesan kepada kulit wajah ataupun tidak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kalau tanya apa matlamat seseorang terutamanya kaum Hawa, pasti ramai akan bersetuju dengan perkara yang sama iaitu mendapatkan kulit wajah yang cantik serta mulus.
Tambah pula dengan tips-tips kecantikan trending yang dikongsikan influencer di platform media sosial, memang ramai yang terhasut dan ingin mencuba rutin sama.
Tetapi pernah tak anda berdepan dengan situasi, dah cuba pelbagai jenis produk berkualiti, tetapi masih belum menunjukkan sebarang hasil. Muka masih kusam dan tidak licin, tidak sama seperti yang diharapkan.
Sebenarnya mungkin bukan salah produk yang dipilih, tetapi cara penggunaan yang salah dan tidak mengikut langkah-langkah sepatutnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kulit Orang Korea Jenis ‘Glass Skin’ & Mulus! Ini Rupanya Rahsia Mereka
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Agar Kulit Cantik Berseri
Baca Artikel Berkaitan: Nak Muka Cantik Seperti Remaja? Ini Tips Penjagaan Kulit Yang ‘Confirm’ Buat Korang Tak Menyesal
Ramai Tak Tahu Cara Betul Pakai Toner Pad
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pakar estetik kulit dikenali sebagai Faridz (@faridzaesthethics) berkongsi mengenai produk penjagaan muka yang semakin popular di kalangan ramai pada waktu ini iaitu toner pad.
Jelasnya, terdapat pelbagai jenis toner pad, antaranya berfungsi untuk:
- Melembapkan (hydrating)
- Mencerahkan (brightening)
- Mengeksfoliasi (exfoliating)
- Menenangkan serta menyegarkan (soothing and calming)
Bagaimanapun, orang ramai selalunya didedahkan tentang kebaikan dan keberkesanan produk sahaja dan bukannya cara tepat bagi menggunakannya. Ya, toner pad pun ada cara tersendiri bagi menggunakannya, jangan main redah sahaja!

Meskipun jenis bahan yang sesuai untuk kulit wajah adalah penting, namun cara penggunaan sebenarnya memainkan peranan sama ada ia berkesan kepada kulit wajah ataupun tidak. Berikut adalah cara-cara dikongsikan olehnya:
Toner Pad Hydrating & Soothing:
Jika menggunakan toner pada jenis hydrating atau soothing, anda tidak perlu mengambil helaian pad basah dan ratakannya di seluruh wajah. Anda hanya perlu melakukan teknik CSM (Chizu Saeki Method) iaitu meletakkan pad berbentuk bulat itu di kawasan bermasalah sahaja sebagai contoh pada kulit kering, merah atau keradangan ringan.
Antara kawasan yang selalu diletakkan toner pad adalah di bahagian pipi atau dahi.
Kemudian, biarkan toner selama 5-10 minit di atas kulit dan cabutkannya. Selepas itu, tepuk lembut (dab) lebihan produk agar ia meresap masuk ke dalam kulit.
NOTA: Toner pad hydrating dan soothing boleh digunakan pada setiap hari. Ia tidak akan membuatkan muka anda mengalami iritasi.
Toner Exfoliating & Brightening:
Buat mereka yang menggunakan exfoliating pad pula, anda perlu fokus untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati pada wajah.
Oleh disebabkan itu, pad kapas tersebut perlu diratakan di seluruh wajah secara perlahan bagi memastikan kulit mati tertanggal bersama ketika proses meratakan produk skincare berkenaan.
Bagi brightening toner, langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah sama seperti jenis exfoliating, cuma fungsinya adalah sedikit berbeza.
Anda perlu meratakan pad itu ke seluruh wajah agar bahan pencerahan pada toner pad dapat meresap sepenuhnya pada keseluruhan wajah.
Baca Artikel Berkaitan: Skintific Perkenal Vitamin C Serum Pencerah Kulit
NOTA: Guna exfoliating atau brightening toner pad 2-3 kali sahaja dalam masa seminggu. Bimbang muka akan bertukar kemerahan dan mengalami iritasi disebabkan bahan-bahan di dalam toner pad.
Selamat mencuba!
@faridzaesthetics Bagaimana guna toner pad dengan betul. Dengar, faham dan hadamkan. Semoga bermanfaat semua 😉 #tonerpad #beautytips #skincareroutine #skincaretips ♬ original sound – Faridz Skin Aesthetic
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: Kulit Kering Akibat Cuaca Panas? Ini Tips Pilih Jenis Pelembap Untuk Wajah
Baca Artikel Berkaitan: Sukakan Pembersih Muka Yang Berbuih? Cetaphil Perkenal Daily Facial Cleanser Untuk Kulit Berminyak & Kombinasi
Baca Artikel Berkaitan: Ini Seleksi 6 Produk Pencuci Muka Bawah RM20 Yang Lelaki Patut Cuba



