fbpx
Now Reading
‘Debu’ Hitam Melekat Pada Bawang Bawa Toksin Bahaya, Ini Yang Anda Perlu Tahu [Video]

‘Debu’ Hitam Melekat Pada Bawang Bawa Toksin Bahaya, Ini Yang Anda Perlu Tahu [Video]

Kalau anda nak tahu, debu yang selalu dilihat melekat pada permukaan kulit bawang itu dikenali sebagai kulat hitam, Aspergillus niger.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat mereka yang selalu memasak di dapur, sudah tentu anda tahu cara membezakan bahan-bahan masakan yang masih segar atau sudah lama serta busuk.

Ramai juga di kalangan suri rumah yang mempunyai tips-tips mereka sendiri bagi memastikan semua lauk dan bahan masakan tahan dalam tempoh masa yang lama. Mana tidaknya, kos barangan pun semakin meningkat. Selagi boleh berjimat, kenalah berjimat.

Pun begitu, kami yakin masih ramai yang belum tahu cara penyimpanan bawang yang betul. Bekas kedap udara di rumah memang nampak selamat, tetapi sebenarnya boleh menyebabkan bawang rosak dalam masa terdekat.

Baca Artikel Berkaitan: Tips Simpan Daun Bawang Supaya Tahan Lama

Baca Artikel Berkaitan: Terlajak Masak Hidangan Yang Pedas? Ini Tips ‘Adjust’ Kembali Rasa Dalam Hidangan

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Cara Untuk Simpan Sayur Yang Berbeza Dalam Peti Sejuk. Senang Je!

Debu Hitam Pada Permukaan Bawang Boleh Undang Bahaya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Syafiq Nazmi mendedahkan perkara yang selalu orang ramai terlepas pandang. Menurutnya, tompok hitam berdebu yang kebiasaannya melekat pada permukaan kulit bawang, sama ada bawang besar atau kecil boleh mengundang bahaya.

Pasti ada yang beranggapan ia hanyalah pasir atau debu yang melekat semasa proses pembungkusan. Namun tompokan hitam itu sebenarnya adalah kulat hitam, Aspergillus niger.

Toksin yang terkandung dalam kulat itu ada berbahaya buat mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah dan juga alahan.

View on Threads

Aspergillus Niger Membiak Pada Persekitaran Yang Lembab

Perkara ini turut disahkan sendiri oleh pakar perubatan, dan jurulatih kesihatan serta gaya hidup, Dr Nandita Iyer dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya sebelum ini.

Jelas doktor itu, kulat tersebut membiak di persekitaran yang hangat serta lembab.

Punca Kulat Hitam Tumbuh Pada Kulit Bawang

Menurut pengasas Benefic Nutrition, Dr Yashawant Kumar pula, mikotoksin yang dihasilkan Aspergillus niger dikenali sebagai Ochratoxin A boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

“Peningkatan serbuk hitam pada bawang berpunca daripada gabungan beberapa faktor dalam aspek penyimpanan termasuk kelembapan yang tinggi, peredaran udara yang lemah serta suhu panas,” katanya.

Bukan itu sahaja, tempoh penyimpanan yang lama di sesebuah gudang sebelum dijual kepada pengguna juga merupakan antara punca utama kulat itu muncul pada permukaan bawang.

Design by wani

Selamat Dimakan Atau Tidak?

Mungkin ada di antara kita yang tidak perasan atau tidak mencuci bawang dengan bersih sebelum memasaknya. Persoalannya, adakah Aspergillus niger ini selamat untuk dimakan?

Memetik NDTV, dietitian dari Hospital Manipal, Pavithra N Raj memaklumkan bahawa secara umumnya, toksin yang dihasilkan kulat hitam tersebut adalah berbahaya dan tidak selamat untuk dimakan.

Jelasnya, pendedahan jangka panjang kepada toksin itu boleh menyebabkan tekanan, kerosakan hati serta masalah pernafasan.

Langkah Pencegahan Dijangkiti Kulat Aspergillus Niger

Daripada penjelasan di atas, kita ambil maklum bahawa pengambilan bawang yang mempunyai kulat hitam adalah berbahaya untuk kesihatan diri. Berikut adalah tips atau langkah yang anda boleh lakukan bagi mengelakkan diri dijangkiti Aspergillus Niger:

  • Asingkan bawang yang terjejas dengan bawang yang masih dalam keadaan baik bagi mengelakkan penyebaran spora
  • Anda digalakkan untuk membuangnya jika saiz bawang dijangkiti kulat hitam adalah kecil
  • Periksa kawasan penyimpanan bawang, dan bersihkannya dengan cuka bagi mengelakkan pencemaran kulat
  • Jika masih menemui kulat selepas ia dibersihkan dan dipotong, anda dinasihatkan untuk terus membuangnya
  • Simpan bawang di tempat yang sejuk dan mempunyai pengudaraan yang baik
  • Basuh dan sental bawang menggunakan garam sebelum memasak
  • Basuh bawang dengan bersih selepas mengupas kulitnya

Baca Artikel Berkaitan: Bawang Putih Kurangkan Risiko Kanser

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Psikologi Kongsi Kebaikan Bawang Putih Untuk Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Manis & Lembut, Ini Khasiat Golden Garlic Yang Anda Perlu Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.