fbpx
Now Reading
Jangan Bergerak Sebelum Imam Sempurna Pergerakan Untuk Dapat Kesempurnaan Solat [Video]

Jangan Bergerak Sebelum Imam Sempurna Pergerakan Untuk Dapat Kesempurnaan Solat [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum makmum bergerak seiring contohnya rukuk pada waktu yang sama dengan imam adalah makruh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap umat Islam pasti mengetahui solat lima waktu merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh setiap individu.

Bahkan kita juga diajar dari kecil untuk mempraktikkan ibadah ini agar ia menjadi rutin harian.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk melakukan ibadah ini secara berjemaah tidak kiralah di masjid atau di rumah kerana ia mempunyai ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada solat bersendirian.

PU Salman jelaskan makmum perlu tunggu imam selesai bergerak untuk dapatkan solat yang sempurna

Baru-baru ini pendakwah bebas, Ustaz PU Salman telah menjelaskan mengenai satu perkara tentang makmum tidak boleh bergerak sehingga imam habis bergerak untuk mendapatkan pahala solat yang sempurna.

Makmum adalah individu yang berada di belakang imam sewaktu solat berjemaah dilakukan.

“Jadi kita dapati masa solat jemaah, makmum ramai yang tak dapat pahala solat yang sempurna. Macam mana? Apabila imam tak habis bergerak, dia dah bergerak.

“Contohnya ni dalam Hadis Al Bukhari (690), ‘Baginda Rasullullah SAW apabila mengucapkan Sami Allahu liman hamidah, kami tidak akan menggerakkan belakang kami sehingga Nabi SAW sempurna sujud.’

“Maksudnya dari iktidal, sahabat-sahabat biarkan Nabi SAW sempurna sujud baru mereka bergerak. Dah letak tujuh anggota, baru makmum bergerak,” jelasnya.

Selesai imam bergerak contohnya memberi salam, maka makmum boleh bergerak

Menurutnya perkara itu sama juga sewaktu sedang memberikan salam. Katanya sewaktu imam sedang menggerakkan kepalanya, makmum sebaiknya tidak bergerak pada waktu yang sama.

Jelasnya, kata Imam Nawawi dalam kitab Raudah, “sudah sempurna salam kedua dan sudah berhenti bergerak, barulah makmum mula bergerak (memberikan salam).”

“Pahala sempurna apabila permulaan makmum nak bergerak tadi dilewatkan daripada seluruh pergerakan imam.

“Maka bila imam habis bergerak, sama ada rukuk, sujud, atau duduk barulah makmum bergerak.”

Malah katanya perkara itu dilakukan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala.

Ustaz Azhar Idrus juga jelaskan mengenai bergerak selepas imam

Perkara sama turut dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus mengenai makmum perlu bergerak selepas imam selesai bergerak.

Ustaz Azhar Idrus mengulas mengenai perkara itu selepas ada yang bertanya hukum makmum bergerak seiring dengan imam, adakah hilang pahala solat berjemaah?

“Dengar baik-baik, satu perkara sahaja yang disuruh sama dengan imam di dalam solat jemaah iaitu ucapan ‘amin,’ yang lain kita kena lambat daripada imam.

“Dalil Nabi SAW kata bila imam telah takbir barulah kamu bertakbir,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan perbuatan itu sama juga dengan perbuatan lain seperti rukuk.

Hanya ucapan amin yang perlu dilakukan bersama-sama dengan imam, kerana Allah SWT mengampunkan dosa yang lalu.

“Bila imam sebut amin, kamu sebutlah amin bersama imam kerana sesungguhnya siapa amin bersama dengan imam, Allah SWT ampun dosa lepas. Kita banyak dosakan sebab tu suruh datang jemaah.”

Makruh bergerak seiring, sunat jika lambat bergerak dari imam

Jelas Ustaz Azhar dalam satu lagi video, makruh hukumnya jika seseorang itu bergerak seiring dengan imam manakala sunat jika bergerak lambat dari imam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.