fbpx
Now Reading
Doktor Kongsi Kebaikan Sunnah Tahnik Baby Dari Sudut Sains [Video]

Doktor Kongsi Kebaikan Sunnah Tahnik Baby Dari Sudut Sains [Video]

Menurut Dr Bishr Al-Dabagh, perbuatan tahnik dengan meletakkan manisan seperti buah kurma dapat membantu bayi untuk mengkoordinasi perbuatan menghisap, menelan dan juga bernafas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui, setiap bayi muslim yang lahir disunatkan untuk ditahnik dengan memasukkan sedikit manisan seperti kurma yang diletakkan di atas lelangit si comel.

Memetik laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, cara untuk mentahnik bayi yang baru lahir adalah dengan sesuatu yang manis dan sebaiknya buah tamar iaitu kurma dan dilakukan oleh seorang yang soleh dan bertaqwa.

Manakala dari segi had umur untuk mentahnikkan bayi adalah seawal usia si kecil itu dilahirkan, berdasarkan hadis-hadis yang diriwayatkan menunjukkan para sahabat segera untuk mentahnikkan bayi kepada Rasulullah SAW setelah mana si kecil itu lahir tanpa menunggu hari ketujuh.

Walau bagaimanapun ritual tahnik bayi atau dikenali ‘belah mulut’ di kalangan masyarakat Melayu bukanlah perkara yang wajib sebaliknya sunnah Rasulullah SAW, dan jika seseorang itu tidak melakukannya ia tidaklah dikira berdosa.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Kita Tak Boleh Minum Berdiri? Doktor Jelaskan Sebabnya Dari Sudut Sains [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Segar Selepas Wuduk” – Doktor Kongsi Kebaikan Berwuduk Dari Perspektif Sains

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sah Ke Datuk Nenek Buat Akikah Untuk Cucu? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bila Ibu Ayah Boleh ‘Stop’ Kejutkan Bayi Bangun Malam Untuk Menyusu? Ini Jawapan Pakar

Doktor jelaskan fakta sains di sebalik tahnikkan bayi

Terbaharu seorang pengamal perubatan, Dr Bishr Al Dabagh tampil berkongsi fakta sains di sebalik perbuatan mentahnikkan bayi.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Dr Bishr menerangkan Nabi Muhammad SAW mentahnikkan bayi baru lahir yang dibawa kepada Baginda.

“Hari ini, neonatologists turut melakukan perkara yang lebih kurang dengannya. Apabila anda meletakkan sesuatu yang manis pada palet bayi yang baru lahir ia merangsang saraf trigeminal.

“Ia adalah perkara yang sama digunakan dalam terapi moden untuk motor oral,” ujarnya.

Bantu bayi untuk menghisap, menelan dan bernafas

Kata Dr Bishr lagi, kebaikannya apabila perkara itu dilakukan adalah ia membantu bayi untuk menyelaraskan hisapan atau perbuatan menghisap, menelan dan juga bernafas.

Jelasnya, buah kurma mempunyai glukos yang semulajadi, pemberian yang sedikit atau mikrodos memberikan tenaga yang cepat.

Bantu elak daripada kekuarangan gula dalam darah

Selain itu, ia juga membantu mengelakkan daripada kekurangan gula dalam darah (hipoglisemia) sejurus selepas bayi dilahirkan.

“Rasa manis juga bertindak sebagai penahan sakit yang semula jadi malah di NICU mereka turut memberikan setitik air gula sebelum melakukan prosedur.

“Ini kerana ia mengurangkan tangisan dan kortisol.”

Mendedahkan bayi kepada mikrobiom awal

Menurut Dr Bishr lagi kurma mengandungi antioksidan dan sebatian antimikrob yang semula jadi. Oleh itu, sapuan yang kecil adalah selamat, kaya dengan nutrisi dan dapat membantu mendedahkan mikrobiom awal kepada bayi baru lahir.

Tambahnya lagi tahnik membantu untuk rangsangan oral, sokongan glukosa, melegakan kesakitan serta penyediaan mikrobiom yang terkandung dalam satu sunnah.

“Islam telah mengajar sains neonatal lama sebelum adanya neonatology,” jelasnya.

Pun begitu adalah dinasihatkan untuk tidak melakukan tahnik dengan menggunakan madu kerana ia tidak bersesuaian serta berbahaya kepada bayi berusia bawah satu tahun.

Sebaliknya anda boleh menggunakan manisan lain bagi mengelakkan bakteria clostridium botulinum yang akan menyebabkan otot kanak-kanak lemah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Ini Sebab Mengapa Bayi Tidak Boleh Makan Madu

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Dakwa Suami & Ibu Mentua Anti Perubatan Moden Abaikan Anak Dan Enggan Beri Ubat Ketika Sakit

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.