Now Reading
Period Lambat & Ujian Kehamilan Negatif Petanda PCOS? Ini Penjelasan Doktor

Period Lambat & Ujian Kehamilan Negatif Petanda PCOS? Ini Penjelasan Doktor

Menurut Dr Raihana ada segelintir yang mengalami bengkak pada payu udara atau perut rasa kejang seolah-olah akan didatangi haid.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

PCOS atau sindrom ovari polisistik merupakan salah satu perkara yang dialami oleh segelintir kaum wanita.

PCOS merupakan perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon, berat badan meningkat secara mendadak, rintangan insulin, dan keradangan.

Selain itu, perkara ini juga boleh dilihat menerusi kitaran haid di mana mereka yang mengalami masalah haid berkemungkinan mempunyai masalah PCOS.

Oleh itu, ramai yang bimbang sekiranya mereka mempunyai masalah PCOS khususnya jika haid datang sedikit lambat.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pakar Pemakanan Kongsi Cara Turunkan Berat Badan Untuk Wanita Alami PCOS

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 Langkah Untuk Kurangkan Gejala PCOS, Masalah Hormon Yang Sering Dihadapi Wanita

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pakar Pemakanan Jelaskan 5 Jenis Makanan Bantu ‘Improve’ Masalah Hormon & PCOS

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ada Cyst? Doktor Ini Kongsi Jenis Makanan Yang Patut Diambil & Dielakkan [Video]

Betul ke haid datang lambat adalah tanda anda hidap PCOS?

Baru-baru ini usahawan dan doktor perubatan, Dr Raihana Ismail telah menjelaskan adakah benar haid yang lambat serta ujian kehamilan yang menunjukkan tanda negatif adalah tanda seseorang mengalami PCOS.

Menerusi hantarannya di Threads, Dr Raihana turut mengatakan ada segelintir yang sudah mengalami bengkak pada payudara, perut terasa seperti kekejangan namun haid masih lagi belum datang.

Ujarnya situasi seperti ini biasa berlaku di antara wanita, menurutnya haid datang apabila hormon seorang wanita itu ‘cukup-cukup masak’ untuk membuatkan darah turun.

“Kadang-kadang hormon tu macam pening sikit. Stres, kurang tidur, emosi turun naik, diet berubah, berjalan (travel), sakit sikit pun boleh mengganggu waktu haid.

“Malah badan yang mempunyai haid normal atau tepat juga boleh ‘skip beat’ (beralih waktu) sekali sekala,” jelasnya.

Rasa bengkak pada payudara atau senggugut tidak semestinya tanda seseorang akan didatangi haid

Katanya lagi, ramai yang menyangkakan rasa bengkak atau seperti senggugut atau kekejangan itu sebagai tanda seseorang akan didatangi haid.

Ujarnya ia adalah benar, namun ia juga boleh menjadi tanda hormon seseorang wanita sedang naik turun tanpa ovulasi yang betul.

“Dia macam badan dah bersedia nak period, tapi akhirnya hormon estrogen dan progesteron tidak selari, jadi period juga tergendala.

“Ia seperti mengelirukan bukan? Saya tahu. PCOS bukan datang sebab satu kitaran je yang lambat.

“Kebiasaannya bentuk (pattern) PCOS lama juga, period selalu tak teratur mungkin dua hingga tiga bulan sekali, ada tanda lain macam jerawat degil, bulu halus berlebihan, berat mudah naik atau susah ovulasi untuk tempoh yang lama.

“Kalau sebelum ini kitaran anda cantik (normal) sahaja, tidak bermakna ia secara automatik adalah PCOS.”

Ovulasi lambat juga boleh menyebabkan kandungan lambat dikesan

Tambahnya lagi, keputusan ujian kehamilan yang sering negatif juga memberi tanda kemungkinan besar tidak mengandung khususnya kalau dah buat ujian selepas terlepas waktu period.

Adakalanya ovulasi lambat juga boleh menyebabkan kandungan sedikit lambat untuk dikesan.

“Namun ia bukan perkara biasa kalau dah banyak test (membuat ujian kehamilan. Dia lebih kepada hormon tidak seimbang sementara daripada sesuatu perkara yang serius,” ujarnya.

Dalam masa sama, Dr Raihana juga meminta agar mana-mana wanita yang mengalami perkara itu untuk tidak terlalu bergantung dengan pemeriksaan simptom menggunakan Google, sebaiknya buat pemeriksaan dengan doktor.

View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.