Ini Punca Kucing Anda Kerap Kencing Atas Tilam, Jangan Terus Marah Si Bulus! [Video]
Seorang individu meluahkan rasa pelik melihat ragam kucingnya yang setiap hari kencing di atas tilam walhal sebelum ini sudah pandai menggunakan litter box dengan baik selama tiga tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat pemilik kucing di luar sana, sudah tentu anda tahu kerenah atau ragam haiwan peliharaan anda. Sama seperti manusia, setiap kucing juga mempunyai perangainya tersendiri. Ada yang nakal, dan ada juga yang mendengar kata.
Buat kucing indoor, kebiasaannya si pemillik akan menyediakan kotak khas untuk mereka membuang hajat atau lebih dikenali sebagai litter box (potty kucing). Melatih si bulus untuk menggunakannya adalah sangat penting bagi mengelakkannya membuang sesuka hati di dalam ruangan rumah.
Kalau dah bersepah, satu hal pula kita nak bersihkan pada setiap hari. Secara umumnya, kucing digalakkan dilatih menggunakan litter box sejak kecil lagi agar ia terbiasa dengan rutin tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Lima Tips Kekalkan Rumah Bau Wangi Buat Anda Yang Bela Kucing Indoor
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Nakal Suka Bawa Balik Pakaian Dalam Dari Rumah Jiran
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!
Kucing Pandai Guna Litter Box Tiba-tiba Buang Air Kecil Dengan Kerap Atas Tilam
Tetapi pernah tak anda berdepan dengan masalah kucing yang tiba-tiba berubah perangai dan membuang merata tempat misalnya atas tilam dalam bilik? Sebelum anda terus marah dan membebel, sebenarnya keadaan itu berkait rapat dengan kesihatan si bulus.
Sebelum ini, seorang individu menerusi hantaran di TikTok (@lazy.cat.diaries) ada berkongsi video kucing kelabunya dipercayai jenis British Short Hair yang membuang air kecil di atas tilam. Dalam video sama, kelihatan si bulus tersebut cuba menutupi kencing tersebut sama seperti aksi mereka jika membuang dalam litter box.
Perkara yang membuatkannya pelik adalah kucingnya itu dikatakan sangat pandai menggunakan litter box selama ini.
“Kucing saya guna litter box dengan sempurna selama tiga tahun tetapi tiba-tiba mula kencing atas katil saya setiap hari,” ujarnya.
Dia pada awalnya menyangka itu antara muslihat si bulus untuk ‘membalas dendam’ kepada tuannya yang selalu tidak ada di rumah.
@lazy.cat.diaries I thought my cat was just doing it because I was leaving the house more than often. 🙄 I tried everything: – Different litter brands – More frequent cleaning – Moving the box – Yelling at him (yeah, I know…) Nothing worked. He kept peeing on my bed. Every. Single. Day. I was exhausted, frustrated, and ready to rehome him. Then my vet said something that changed everything: “Cats don’t pee outside the box to be vindictive. They’re trying to tell you something is wrong.” Turns out my “perfectly healthy” cat had a urinary tract infection that was causing him pain. The litter box = pain in his mind. My soft bed = comfort and relief. He wasn’t being bad. He was asking for help the only way he knew how. After treating the infection, he went right back to using his box. 🚨 Other reasons cats avoid litter boxes: • Medical issues (UTI, arthritis, diabetes) • Stress from changes in the house • Box is too dirty or in wrong location • Litter type they suddenly don’t like • Another cat is bullying them away from it Your cat isn’t being “bad.” They’re communicating.#catlife #catcare #Petknowledge #PetHealth #catlover #catsoftiktok #felinefriends #CatKnowledgeSharing
♬ original sound – Lazy Cat Diaries
Tonton video penuh [DI SINI].
Pemilik Hampir Serahkan Kucing Kepada Orang Lain Kerana Rasa Letih
Bagi menangani masalah tersebut, individu itu melakukan pelbagai cara sebagai contoh tukar jenis pasir membuang, membersihkan litter box dengan lebih kerap, mengalihkan litter box ke beberapa tempat berbeza, dan juga memarahinya. Namun semuanya tidak membuahkan hasil.
“Tiada satu pun yang berhasil. Dia terus kencing di atas katil saya, setiap hari. Saya benar-benar keletihan, kecewa, dan hampir nekad untuk menyerahkannya kepada orang lain,” luahnya.
Veterinar Dedah Kucing Hidap UTI
Namun persepsinya mula berubah selepas doktor haiwan mendedahkan bahawa kucing itu sebenarnya mengalami masalah kesihatan yang berkait rapat dengan saluran kencing iaitu UTI atau dari segi perubatan dikenali sebagai Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infection).
“Doktor haiwan berkata sesuatu yang mengubah segalanya. ‘Kucing tidak kencing di luar kotak pasir kerana dendam. Mereka sebenarnya sedang cuba memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena.’
“Rupanya kucing saya yang disangka ‘sihat sepenuhnya’ itu sebenarnya mengalami jangkitan saluran kencing yang menyebabkannya berasa sakit. Dia bukannya nakal, dia sebenarnya sedang minta pertolongan dengan satu-satunya cara yang dia tahu (tunjuk),” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tiga Tanda Kecemasan Kucing Kena Segera Dibawa Ke Vet, Pet Lovers Patut Tahu!
Tanda-tanda Kucing Anda Alami UTI
Tambah individu itu litter box dianggap sesuatu yang menyakitkan kepada kucing pada ketika itu manakala tilam yang empuk membuatkannya berasa selesa serta nyaman. Oleh disebabkan itu, si bulus lebih kerap membuang di atas tilam.
Berikut kami kongsikan beberapa tanda lain kucing anda mengalami UTI:
- Selalu muntah
- Perut terasa kembung dan keras
- Buang air secara kerap
- Air kencing berwarna kemerahan kerana bercampur dengan darah
- Perubahan emosi secara drastik
- Rasa lesu
- Minum air secara berlebihan
Masalah kucing yang membuang atas tilam itu akhirnya selesai selepas dia mendapatkan rawatan dari pakar.

Faktor Lain Yang Mungkin Jadi Punca Kucing Buang Merata Tempat
Jelas individu itu, terdapat punca-punca lain yang menyebabkan kucing membuang merata tempat di luar litter box. Antaranya:
- Artritis (keradangan sendi)
- Diabetes
- Stres akibat perubahan persekitaran rumah
- Kotak membuang terlampau kotor atau diletakkan di tempat yang tidak bersesuaian
- Ada kucing lain yang mengganggu mereka daripada menggunakan litter box

“Kucing korang tak nakal, dia hanya cuba untuk berkomunikasi,” tambah si tuan di akhir perkongsian di ruangan kapsyen.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rupa-Rupanya Kucing Juga Boleh Kena Diabetes, Sampai Kena Potong Kaki
Baca Artikel Berkaitan: Jadi Gemuk Kerana Banyak Diberi Makan, Kucing Di Poland Terpaksa Diet
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Masih Berbau Walaupun Dah Mandi? Mungkin Petanda Masalah Kesihatan Serius
