Now Reading
Apa Hukum Tertelan Sisa Makanan Ketika Sedang Solat? Ini Jawapannya [Video]

Apa Hukum Tertelan Sisa Makanan Ketika Sedang Solat? Ini Jawapannya [Video]

Menurut AJK Masjid Bandar Seri Putra, seseorang itu hanya boleh meludah disebelah kiri ketika sedang berjemaah untuk mengeluarkan sisa makanan kerana arah kiblat dan sebelah kanan adalah arah yang mulia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Solat lima waktu merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam. Oleh itu, dari kecil kita sentiasa dipraktikan untuk belajar dan menunaikan solat agar ibadah ini menjadi rutin harian.

Bukan hanya itu, kita juga sentiasa digalakkan untuk khusyuk dalam solat agar lebih fokus dalam ibadah yang dilakukan itu.

Disebabkan inilah kita disarankan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang perlu sebelum solat antaranya makan jika lapar, atau membuang air kecil atau besar sebelum menunaikan solat kerana bimbang boleh mengganggu fokus.

Namun kita pasti pernah berdepan situasi di mana mulut terasa ada sisa makanan sewaktu sedang menunaikan solat dan tidak tahu apakah perkara yang perlu dilakukan.

Batal atau tidak solat jika tertelan sisa makanan?

Baru-baru ini akaun Masjid Bandar Seri Putra, Kajang di TikTok telah menerangkan hukum jika seseorang itu tertelan sisa makanan sewaktu sedang mendirikan solat.

Menerusi video yang dikongsikan, seorang lelaki berbaju hitam yang juga AJK masjid berkenaan telah mengajak rakannya untuk makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat.

Dimaafkan syarak dan solat masih sah, saiz tidak boleh lebih daripada besar kacang kuda

Namun rakannya yang berbaju hijau mengatakan dia ingin solat terlebih dahulu kerana bimbang jika tertelan sisa makanan dan perkara itu akan menyebabkan solatnya batal.

“Oh kalau tertelan dan sisa makan itu pun kecil, dimaafkan syarak dan solat tu masih sah,” kata lelaki berbaju hitam.

Jelasnya lagi saiz yang dimaafkan itu dianggar besarnya tidak lebih daripada sebiji saiz kacang kuda.

“Jadi kalau tengah solat tu perasan ada sisa makanan, kita ludah keluar jelah kan?” Soal si baju hijau.

Rakannya lalu menjawab jika berada di rumah perkara itu mungkin boleh dilakukan namun jika sedang berjemaah di masjid perkara itu tidak boleh dilakukan. Sebaliknya individu disarankan untuk meludah pada baju atau poket di sebelah kiri.

Kenapa kena ludah hanya disebelah kiri untuk keluarkan sisa makanan?

Namun perkara itu menjadi persoalan si baju hijau mengapakah semua perkara itu perlu dilakukan di sebelah kiri.

“Hmm sebab arah kiblat dengan sebelah kanan adalah arah yang mulia. Manakala meludah pula adalah perbuatan yang kotor dan simbolik kepada tanda penghinaan. Jadi kita kenalah jaga adab kita.”

Tak batal solat jika tertelan sisa makanan bersaiz kecil, ada cara untuk keluarkan sisa makanan

Memetik laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, turut menjelaskan jika tertelan sisa makanan yang sedikit tanpa disengajakan maka ia tidak membatalkan solat seseorang individu.

“Begitu juga, sekiranya sisa makanan bercampur dengan air liur serta susah untuk membezakannnya dan tertelan dengan tidak sengaja disebab kesukaran menghalangnya, maka tidak membatalkan solat.

“Namun sekiranya tertelan sisa makanan dengan kuantiti yang banyak mengikut anggapan umum, sama ada dengan sengaja atau tidak maka batal solatnya,” jelasnya.

Bukan hanya itu terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh seseorang individu untuk mengeluarkan makanan sewaktu sedang menunaikan solat:

  • Jika sedang menunaikan solat di dalam masjid, maka perbuatan meludah di atas lantai tidak dibenarkan. Namun boleh meludahnya ke atas baju yang dipakai atau menyapu pada tisu dan kain.
  • Jika tidak solat selain daripada masjid seperti rumah, maka dibolehkan untuk meludah ke lantai sebelah kiri atau di bawah kakinya seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW.

Secara asasnya terdapat beberapa perkara yang membatalkan solat selain tertelan makanan yang saiznya melebihi kacang kuda, iaitu:

  • Gerakkan anggota badan tiga kali berturut-turut atau lebih secara berulang kali
  • Berkata-kata dengan sengaja
  • Meninggalkan rukun solat
  • Terkena najis, badan atau pakaian
  • Buka aurat dengan sengaja
  • Makan atau minum
  • Ketawa hingga terkeluar suara
  • Hilang ingatan kerana gila atau pitam
  • Berpaling dada dari arah kiblat
  • Ubah niat semasa solat
  • Berhadas kecil atau besar
  • Murtad

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Ludah Sesuka Hati, Ini Cara Betul Keluarkan Sisa Makanan Dari Mulut Ketika Solat [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sah Ke Solat Jika Terlupa Tahiyat Awal? Ini Penjelasannya [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Sah Solat” – Ustaz Perjelas Perbuatan Ini Perlu Dihentikan Ketika Dirikan Solat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.