Kenapa Penting Untuk Anak Bermain & Aktif? Ini Penjelasannya [Video]
Menurut Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli sekiranya suis molekul dipanggil AP-1 tidak aktif otak si kecil tidak mendapat manfaat penuh jika bermain kerana tiada stimulasi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semua yang bergelar ibu bapa tak dinafikan mahu melihat anak-anak membesar menjadi individu yang hebat dan sihat.
Oleh itu, sebagai ibu bapa kita perlulah mengalakkan mereka untuk bergerak aktif serta meneroka dunia mereka.
Justeru adalah penting untuk ibu bapa membiarkan anak bergerak aktif, bermain serta mendalami kemahiran untuk bersosial bagi perkembangan mereka.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Anak Dah Masuk Usia 1 Tahun? Ini Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Ayah
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ayah Perlu Bijak, Ini Cara Pilih Mainan Yang Boleh Membantu Rangsang Minda & Fizikal Anak
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini 4 Tips Untuk Ibu Ayah Berinteraksi Dengan Anak Kecil Di Rumah Dengan Lebih Mudah
BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Review] 5 Sebab Kenapa LEGOLAND Jadi Pilihan Kami Untuk Bawa Anak Bercuti
Pakar jelaskan kenapa penting untuk anak bermain dan bergerak aktif
Baru-baru ini Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli menjelaskan kanak-kanak perlu melakukan tiga perkara iaitu bermain, bersenam dan juga bersosial.
Jelasnya dalam satu video yang dikongsikan di TikTok perkara ini penting sekiranya ibu ayah mahu anak membesar sebagai individu yang mempunyai otak yang bagus.
“Ada kebolehan neuroplasticity yang tinggi. Baru-baru ini, saintis jumpa satu suis molekul di dalam otak. Nama dia AP-1, ia seperti butang ‘on’ untuk budak belajar.
“Bila budak main permainan ke, aktif secara fizikal, meneroka atau bergaul dengan orang. AP-1 ni dia jadi aktif,” ujarnya.
Sambungan neuron anak lebih kuat jika anak bermain dan aktif
Katanya lagi, gen untuk pembelajaran serta ingatan dibuka (diaktifkan) serta sambungan neuron terbabit dikuatkan.
Perkara ini secara tidak langsung memberi kesan kepada neuroplasticity untuk meningkat apabila individu itu sudah dewasa.
Namun sekiranya AP-1 tersebut tidak aktif, otak kanak-kanak tidak mendapat manfaat penuh jika bermain disebabkan tiada stimulasi.
“Maknanya AP-1 ini dia wajib, untuk otak menjadi kuat. Sebab itu, kanak-kanak ni tak boleh dibiarkan duduk diam dengan skrin sepanjang hari.
“Otak mereka perlukan pengalaman stimulasi sosial, aktif secara fizikal. Baru bila (anak) membesar jadi manusia yang berfungsi dengan baik.”
Ramai setuju dengan Amirul, anak patut lebih banyak bermain kerana beri kesan positif
Melihat di ruangan komen ramai yang bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Amirul dan mengatakan perkara tersebut dapat dilihat berlaku pada anak mereka.
Ada yang mengatakan sewaktu anak berusia sekitar empat hingga enam tahun fokus mereka lebih kepada bermain dan tidak berapa gemar untuk belajar namun apabila memasuki usia tujuh tahun mereka dilihat mudah menerima pembelajaran atau ilmu.
Ada juga berpendapat kebiasaannya anak-anak kecil yang banyak bermain dilihat cerdik.
Tidak kurang ada yang mengatakan mereka menyekat anak-anak untuk mempunyai waktu skrin sebaliknya mengalakkan mereka untuk bermain dan berjumpa kawan-kawan.
“Anak saya kalau main. Habis sepah satu rumah, semalam buka kedai takoyaki dan kentang putar. Habis segala barang dapur mereka ambil. Bila suruh kemas, bergaduh”

“Selalu nampak budak yang aktif sukan dan bermain selalunya cerdik”

“Sebab tu saya cabut suis televisyen dekat rumah, biar je anak-anak bermain. Tingkatkan kreativiti, mainlah apa ada di rumah, petang-petang ajar keluar jumpa kawan”




