Batalkan Puasa Ganti Ramadan Semata-mata Member Ajak Makan Tempat Best? Ini Hukumnya
Antara situasi yang selalu terjadi apabila berkumpul dengan rakan-rakan adalah ada yang menghasut untuk membatalkan puasa ganti Ramadan hanya kerana mahu menjamu selera di sesuatu tempat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, sesetengah golongan Muslim diberi keringanan daripada berpuasa ketika bulan Ramadan akibat keuzuran.
Walaupun kebiasaannya golongan wanita yang melalui situasi ini kerana datang haid, namun ada juga para Adam yang berdepan perkara sama akibat musafir, rasa tidak sedap badan atau sakit sehingga tidak berupaya untuk berpuasa. Istilah yang selalu digunakan adalah ‘hari cuti’.
Bagaimanapun, ini tidak bermaksud mereka tidak perlu mengganti semula setiap hari yang ditinggalkan. Seperti yang kita tahu, hukum mengerjakan rukun Islam ke-4 itu adalah wajib bagi setiap umat Islam.
Sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[Surah al-Baqarah, 183]
Baca Artikel Berkaitan: Bila Sebenarnya Kena Bayar Fidyah Kalau Tak Sempat Ganti Puasa?
Baca Artikel Berkaitan: Penggunaan Inhaler Boleh Batalkan Puasa? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Puasa Qada & Puasa 6 Syawal Secara Serentak? Ini Penjelasannya
Ada Yang Kerap Batalkan Puasa Ganti Sebab Kalah Dengan Godaan Syaitan
Bagi mengganti semula puasa yang tertinggal, anda perlu melaksanakannya sebelum bulan Ramadan seterusnya tiba. Bagaimanapun, antara ‘peel’ masyarakat sekarang apabila qada semula puasa adalah ada yang puasa separuh hari sahaja.
Disebabkan apa? Disebabkan hasutan-hasutan orang sekeliling yang mengajak anda makan di sesuatu tempat.
“Ala puasa esok je la..”
“Tak apa skip hari ni je. Esok sambung balik.”
Itulah ayat yang kita selalu dengar. Walaupun sampai ke sudah menahan diri, akhirnya tewas juga. Tetapi tidak boleh salahkan orang sekeliling juga, kadang-kadang diri sendiri yang gatal tangan scroll TikTok tengok makanan-makanan sedap dan viral sehingga terliur.

Hukum Sengaja Batalkan Puasa Ganti Ramadan
Menerusi semakan kami di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, puasa ganti Ramadan merupakan fardu ain dan dan wajib ditunaikan.
Oleh disebabkan itu, seseorang tidak boleh membatalkannya secara sengaja seperti yang disyariatkan oleh syarak. Hukumnya adalah berdosa besar dan haram kecuali ia terbatal disebabkan keuzuran.
Syeikh Jamal menyebut di dalam hasyiahnya bahawa:
(قَوْلُهُ: وَحَرُمَ قَطْعُ فَرْضٍ عَيْنِيٍّ) وَهُوَ مِنْ الْكَبَائِرِ كَمَا ذَكَرَهُ أَئِمَّةُ الْأُصُولِ
Maksudnya: (Menurut Imam Zakarian al-Ansari: haram membatalkan fardu ain) sebahagian dari dosa besar sepertimana yang disebut oleh para ulama usul fiqh.

Batalkan Puasa Sunat Pula Macam Mana?
Tetapi bagaimana pula jika ia adalah puasa sunat? Sebagai contoh puasa sunat mingguan (Selasa dan Khamis), puasa enam hari, puasa Arafah dan sebagainya. Memetik rujukan sama, Rasulullah SAW berkata bahawa tidak berdosa jika seseorang itu sengaja berbuka bagi puasa sunat.
Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ RA, katanya:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَقَدْ أَفْطَرْتُ، وَكُنْتُ صَائِمَةً، فَقَالَ لَهَا: «أَكُنْتِ تَقْضِينَ شَيْئًا؟»، قَالَتْ: لَا، قَالَ: «فَلَا يَضُرُّكِ إِنْ كَانَ تَطَوُّعًا
Maksudnya: Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang qada sesuatu (puasa)”. Beliau berkata: “Tidak”. Sabda Rasulullah SAW: “Maka tidak memudaratkan kamu (tidak berdosa) sekiranya ia puasa sunat.
[Riwayat Abu Daud (2456)]
Baca Artikel Berkaitan: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?
Baca Artikel Berkaitan: Ini Adalah Penjelasan Mufti Wilayah Tentang Gabungan Puasa Enam Dengan Puasa Ganti
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Batalkan Puasa Ganti Ramadan Tanpa Keuzuran Atau Sebab Munasabah?



