Dah Makan Tapi Masih Craving Benda Manis Atau Berlemak? Ini Sebabnya [Video]
Menurut Pengasas Mental Kuat, terdapat dua jenis keinginan terhadap makanan iaitu manis dan berlemak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu pasti pernah berada dalam satu situasi di mana anda tiba-tiba terasa seperti ingin menikmati sesuatu makanan seperti kek, biskut, burger dan sebagainya.
Perkara ini sebenarnya agak ‘common’ berlaku kepada wanita mahupun lelaki, dan ada masa pasti anda akan cuba memenuhi kehendak yang sering dipanggil ‘craving.’
Namun pernahkah anda menyedari selepas menikmati makanan yang diidamkan itu, anda berasa tak puas atau mahukannya lagi? Walhal anda sudah pun mendapatkan makanan terbabit.
Baru-baru ini Pengasas Mental Kuat Centre yang juga ahli psikologi, Amirul Ramli telah berkongsi sebab perkara itu berlaku.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Amirul bertanya adakah anda tahu apakah sebenarnya perkara yang diinginkan apabila tiba saat ‘craving’ itu atau hanya menikmati makanan yang diinginkan dan perkara itu berulang kembali.
Ada dua jenis craving, manis dan berlemak
Jelasnya craving mempunyai dua jenis dan ia dua sistem yang berbeza.
“Yang pertama craving gula, atau pun karbohidrat dan bila gula itu rendah, otak aktifkan satu neural circuit khas yang suruh anda ‘okay, cepat cari sumber tenaga.’
“Sebab tu tiba-tiba teringin benda manis seperti nasi, coklat. Maksudnya otak tengah cari glukosa (glucose) untuk bagi tenaga kepada neuron, itu craving yang pertama.
“Yang kedua craving lemak, ini circuit lain pula dan aktif bila badan perlukan tenaga tahan lama ataupun kalau anda tengah stres ke, mood tak okay ke nakkan perlindungan emosi,” jelasnya.
Otak sedang biarkan tenaga untuk jangka panjang atau stabilkan mood yang tak baik
Menurut Amirul lagi, ketika anda menginginkan makanan yang berlemak seperti keju, makanan gorengan atau burger dan sebagainya, perkara itu sama ada otak sedang membiarkan agar ada tenaga untuk jangka panjang atau memang waktu tersebut anda sedang ingin stabilkan mood yang tidak baik.
Malah Amirul turut memberikan cadangan sekiranya seseorang itu menginginkan makanan manis, maka boleh ambil buah-buahan kerana ia lebih baik daripada mengambil makanan yang pelik (tak berkhasiat).
“Kalau craving lemak tu bagi otak lemak yang sihat seperti minyak ikan omega3 ke, minyak zaitun, makan ikan dan kekacang.”



