fbpx
Now Reading
Perlu Niat Qada Atau Tidak Jika Terlambat Bangun Subuh? Ini Penjelasannya [Video]

Perlu Niat Qada Atau Tidak Jika Terlambat Bangun Subuh? Ini Penjelasannya [Video]

Menurut Imam Masjid Kg Nakhoda, Zaid Amran seseorang berdosa jika sengaja tidur lewat dan melakukan perkara tidak perlu sedangkan dia tahu dirinya sukar untuk bangun atau tidak ada niat bangun pada waktu Subuh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Solat lima waktu merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam. Oleh itu, kita sentiasa dinasihatkan untuk memperbaiki dan mempelajari mengenai solat sejak dari kecil.

Bahkan sejak kecil juga ibu bapa telah mula melatih anak-anak untuk menjadikannya sebagai rutin.

Namun tak dinafikan ada ketika kita berdepan dengan situasi yang tidak disengajakan sebagai contoh tertidur dan terlepas waktu solat yang sepatutnya dan ada yang menyangka solat tersebut perlu di qada.

Akan tetapi untuk menggantikan solat yang sudah terlepas ia perlu mengikut situasi seseorang.

Perlu atau tidak niat qada jika tak sengaja terlepas waktu subuh?

Baru-baru ini Geng Masjid Kg Nakhoda di Batu Caves, Selangor telah menjelaskan mengenai situasi tersebut menerusi satu video.

Dalam video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan Bilal atau nama penuhnya Ahmad Syaqiq Shuhairi sedang tidur di atas sofa.

Tidak lama kemudian datang Imam, Zaid Amran untuk mengejutkan Bilal. Sebaik terjaga Bilal kelihatan cemas apabila melihat jam di tangannya.

Dia kemudian mengatakan mahu melakukan solat qada bagi waktu Subuh disebabkan lewat bangun untuk menunaikannya.

“Pukul 9 pagi dah. Dah lah tak solat Subuh lagi, Allah kena qada ni. Astaghfirullahaladzim,” katanya.

Kelihatan wajah Bilal seperti kesal kerana terlambat bangun sehingga menyebabkan dia terlepas waktu Subuh.

Tak perlu niat qada jika terus solat sebaik bangun dari tidur

Namun Imam menjelaskan Bilal tidak perlu niat untuk menggantikan solat berkenaan dan boleh solat seperti biasa.

“Kalau kita tak sengaja tertidur sampai habis waktu subuh, contoh macam sekarang ni bangun pukul 9 pagi. Kita tak berdosa kerana dalam satu habis Nabi Muhammad SAW bersabda sesiapa yang tertidur atau terlupa daripada solat maka hendaklah dia menunaikan solat itu bila dia sedar.

“Jadi apa perlu buat? Bangun ambil wuduk solat Subuh niat macam biasa, selagi mana kita tahu kita solat itu di luar waktu itu pun sudah dikira sebagai qada,” jelasnya.

Dalam masa sama, Imam turut menjelaskan perkara itu menjadi dosa apabila seseorang itu sengaja melakukan sesuatu perkara sehingga terlepas waktu solat.

“Yang jadi dosa tu macam mana? Apabila seseorang itu dia memang sengaja, contohnya dia sengaja tidur lewat buat benda yang tak perlu sedangkan dia tahu bila dia tidur lewat, esok memang susah nak bangun.

“Atau langsung tak nak niat nak bangun Subuh, yang ini berdosa kerana dia melengah-lengahkan solat Subuh.”

Mendengar penjelasan itu, Bilal turut mengingatkan orang ramai untuk tidak meninggalkan solat Subuh dengan sengaja.

@gengmkn

Terlewat bangun subuh kena niat qada ke? Rujukan Majmu Syarh Muhadzab #ilmu #subuh #bilal

♬ original sound – Geng MKN – Geng MKN

Ustaz Azhar Idrus turut jelaskan tak perlu niat qada jika terus solat selepas tersedar dari tidur

Perkara sama turut dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang memaklumkan seseorang tidak perlu niat qada solat jika terlewat bangun.

“Kalau terlewat bangun tak perlu qada. Contoh bangun 7.30 pagi, ambil wuduk niat sembahyang Subuh.

“Yang niat qada ni begini, kita bangun lewat dan kita tak sembahyang lagi. Allah habis dah Subuh pukul 8 pagi dah, kejap lagi pukul 11 nak qada.

“Hukumnya tidak berdosa kerana dia tertidur, maka pukul 11 kejap lagi kalau takbir kena niat qada,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.