Betul Ke Kenyang Punca Rasa Mengantuk Lepas Lunch Break? Ini Penjelasannya
Ramai yang percaya bahawa makan hidangan yang terlampau banyak merupakan punca utama kepada rasa lesu dan keletihan melampau.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
“Itulah makan banyak sangat tadi, terus rasa mengantuk.”
Pernah tak anda dengar ayat ini atau berdepan dengan situasi itu? Khususnya selepas makan tengahari, mesti ada di antara anda yang keletihan dan mengantuk melampau. Nak buat kerja pun sukar nak fokus.
Ramai yang percaya ia berlaku akibat perut yang terlalu kenyang. Tetapi betul ke kenyataan tersebut?
Apa Sebenarnya Punca Mengantuk Selepas Makan?
Baru-baru ini, Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsian di laman Facebook mendedahkan bahawa pemahaman orang ramai iaitu rasa mengantuk akibat terlalu kenyang adalah satu mitos sahaja.
Menurut PHM, rasa mengantuk selepas menjamah kuantiti makanan yang banyak bukanlah petanda yang sihat.
Seperti semua sedia maklum, kadar gula dalam darah akan meningkat setiap kali anda makan dan ia adalah satu reaksi yang normal. Memetik Hello Doktor, badan akan menghasilkan cholecystokinin (CCK) dan glukagon untuk meningkatkan rasa kenyang semasa proses pencernaan ini.

Namun begitu, jika setiap kali makan anda rasa kepala berat, mata kabur, degupan jantung laju sedikit atau perlu baring seketika, itu menandakan gula naik terlalu tinggi dan turun terlalu cepat.
Apabila situasi ini berlaku, tubuh akan bekerja keras untuk menstabilkan semula kandungan gula yang melampau sehingga menyebabkan anda kepenatan dan mengantuk.

Baca Artikel Berkaitan: Jurulatih Kesihatan Kongsi Teknik Makan Nasi Dengan Betul, Boleh Elak Gemuk!
Rasa Mengantuk Boleh Dorong Masalah Metabolik
Bukan itu sahaja, rasa mengantuk selepas makan juga boleh menjadi petanda rintangan insulin.
“Ramai tidak sedar ia sebenarnya antara tanda awal masalah metabolik. Ia boleh menunjukkan sensitiviti insulin semakin lemah.
“Tubuh terpaksa keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal gula naik mendadak, dan akhirnya menyebabkan sugar crash. Rasa ini datang dalam bentuk mengantuk teruk, lenguh, letih dan brain fog,” jelas PHM.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Selalu Ambil Gula & Garam Tapi Mana Satu Lebih Bahaya? Ini Kata Doktor Pakar
Baca Artikel Berkaitan: KKM Nafi Produk Palsu Boleh Ganti Insulin Untuk Rawat Penyakit Diabetes
Rasa Mengantuk Mungkin Juga Petanda Pra Diabetes
Mungkin ada yang memandang remeh isu mengantuk selepas makan, namun jika ia dibiarkan berlarutan anda mampu mengalami keadaan lebih serius.
Tambah PHM lagi, rasa letih selepas makan dan liat untuk kekal fokus adalah satu amaran yang perlu diberi perhatian. Hal ini kerana, ia antara tanda anda menghidap pre-diabetes.
“Mengantuk selepas makan adalah antara gejala diam yang selalu muncul sebelum pre-diabetes dikesan. Tambah pula dengan gaya hidup kita yang banyak duduk, makanan tinggi gula, dan minuman manis yang sudah menjadi norma.
“Tubuh tidak sepatutnya merayu untuk tidur setiap kali selesai makan. Tubuh sepatutnya rasa bertenaga kerana mendapat sumber baru, bukan jatuh tersungkur kerana gula tidak stabil.”

Langkah Pencegahan Kadar Gula Meningkat Mendadak Selepas Makan
Namun usah risau, dengan amalan pemakanan yang lebih praktikal, anda boleh mengelakkan masalah mengantuk selepas menjamu selera. Antara petua disarankan adalah seperti:
- Kurangkan minuman manis
- Kurangkan karbohidrat
- Ambil lebih banyak serat dan protein
- Lakukan pergerakan ringan sepuluh minit selepas makan
“Mengantuk selepas makan bukan masalah kecil. Ia adalah signal paling awal bahawa badan anda sedang meminta tolong. Sedikit perubahan, besar kesannya,” kata PHM di akhir perkongsian.
Orang Ramai Sarankan Pengambilan Protein Yang Tinggi Untuk Kekal Bertenaga
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkata mereka selama ini percaya bahawa kenyang merupakan punca utama rasa mengantuk.
Sementara itu, ramai juga bersetuju bahawa protein yang tinggi berbanding karbohidrat mampu mengelakkan tubuh rasa lesu.
“Makan lebih protein atau protein sepenuhnya. Memang tak ada masalah lemau dan mengantuk selepas makan. Cuba dan rasai sendiri. Sebab kalau orang cakap memang tak akan percaya selagi tak buat dan rasa beza dia macam mana,” kata seorang wanita.




Amalkan Diet Suku Suku Separuh
Bagi mengawal rasa lesu ini, anda disarankan untuk mengamalkan kaedah ‘suku suku separuh’ yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Caranya adalah membahagikan pinggan anda kepada tiga jenis makanan iaitu suku karbohidrat, suku protein dan setengah buah-buahan serta sayur-sayuran.
Selain itu, elakkan juga mengambil makanan yang dipenuhi kuah yang banyak sebagai contoh nasi kandar.
Hal ini kerana, kuah campur yang diminati ramai itu sebenarnya mempunyai kandungan gula tambahan tinggi bagi meningkatkan kelazatan hidangan tersebut.
Menurut hantaran Bahagian Pemakanan KKM sebelum ini, nasi kandar kuah banjir bersamaan dengan 1,112 kcal. Sangat tinggi jumlah kalorinya.
ADAKAH ANDA SEORANG PENGGEMAR KUAH ‘BANJIR’?
— NutritionistKKM (@BhgPemakananKKM) July 3, 2023
Tahukah and, Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang mempunyai peratus obesiti paling tinggi? Berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, seramai 33.7% rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan pic.twitter.com/BdnuwyCwG2
Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara
Baca Artikel Berkaitan: “Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri