Kenapa Kita Tak Boleh Minum Berdiri? Doktor Jelaskan Sebabnya Dari Sudut Sains [Video]
Jelas Dr Bishr apabila seseorang itu minum secara berdiri, air graviti akan memaksa air terus turun ke bahagian esophagus.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap umat Islam pasti tahu bahawa tindakan minum sambil berdiri merupakan perkara yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.
Bahkan sebagai adab kita sering dinasihatkan untuk makan serta minum dalam keadaan duduk dan bukan berdiri.
Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, hukum makan dan minum berdiri adalah makruh tanzihi di mana ia tidak sampai ke tahap haram.
“Namun begitu, mengambil kira banyaknya hadis yang melarang dan sebahagian ulama yang mengharamkannya, maka kami menasihati agar menjauhi amalan makan dan minum sambil berdiri ini semampu yang mungkin. Makan dan minum dalam keadaan duduk secara tertib juga merupakan satu adab islami yang perlu dipelihara,” jelasnya.
Terdapat fakta sains kenapa kita disarankan minum dalam keadaan duduk
Baru-baru ini seorang pengamal perubatan, Dr Bishr Al Dabagh telah berkongsi mengapa kita dilarang minum dalam keadaan berdiri dari sudut sains.
Menerusi video yang dikongsikan Dr Bishr di TikTok, dia bertanyakan kepada orang ramai adakah mereka pernah terfikir mengapa Nabi Muhammad SAW melarang kita daripada minum secara berdiri?
Katanya tindakan tersebut sebenarnya bukan hanya sekadar sunah sebaliknya mempunyai fakta kesihatan dari sudut sains.
Badan mengalami distension, reflux dan kembung
Ujarnya Anas bin Malik R.A mengatakan Nabi SAW melarang daripada minum sambil berdiri.
“Apabila awak minum sambil berdiri graviti memaksa air terus turun ke bahagian esophagus dengan cepat.
“Perkara itu akan melanggar dinding perut/ usus awak dengan tekanan dan menyebabkan mengembang (distension), reflux dan perut sedikit kembung.
“Malah apabila awak menelan air dalam posisi begitu, buah pinggang akan mengalami pengaliran cecair banyak. Perkara itu turut menukarkan ‘plasma osmolality’ dan menegangkan tapisan selama beberapa minit.
“Namun apabila awak duduk semuanya berubah. Diafragma lebih relax, otot tidak tegang dan sistem saraf parasimpatetik berada dalam keadaan tenang dan mode menghadam diaktifkan,” ujarnya.
Jantung berdegup perlahan, perut menerima air dengan lebih lembut
Selain itu, jantung juga turut berdegup perlahan dan perut atau usus menerima air yang masuk lebih lembut.
Manakala hidrasi menjadi lebih efisien serta seimbang di dalam badan.
Jika minum duduk buah pinggang dapat menapis air yang masuk secara seimbang
Malah kelebihan untuk buah pinggang adalah ia dapat menapis air secara sama rata serta mengekalkan elekrolit yang lebih baik dan seimbang.
“Jadi apabila Nabi SAW menyarankan kita untuk duduk sewaktu minum ia bukan sahaja adab tetapi ia merupakan kebijaksanaan dalam biologikal.”
Oleh itu Dr Bishr menyarankan orang ramai untuk duduk ketika minum kerana ia sunnah dan juga bagus untuk kesihatan badan dari segi sains.
@islamwithbishr The science behind sitting and drinking #prophetmuhammad #islam #muslim #islamic #sunnah
♬ original sound – islamwithbishr
Minum secara duduk memudahkan badan menyerap nutrisi dan mineral yang ada dalam air
Memetik laporan The Skin Artistry, minum sambil duduk dapat membenarkan badan untuk menyerap nutrisi dan mineral di dalam air. Katanya minum sambil berdiri berkemungkinan boleh menyebabkan berlaku masalah penghadaman dan ketidakselesaan.
Antara kelebihan minum dalam keadaan duduk adalah ia membenarkan sistem penghadaman berfungsi secara optimal.
Perkara sama turut dijelaskan dalam laman sesawang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Menurut pakar perubatan Dr Abdull Razzak Al-Kailani perbuatan makan dan minum dalam keadaan duduk baik untuk kesihatan selain ia lebih selamat dan puas.
Ini kerana makanan dan minuman lalu ke dinding perut dalam keadaan lebih tenang.
“Berbanding dalam keadaan minum berdiri, cecair akan jatuh ke dasar perut dan keras dana kan melonggarkan lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan kesukaran penghadaman. Begitu juga dengan makanan,” jelasnya.
