fbpx
Now Reading
Apakah Hukum Tertidur Ketika Khutbah Jumaat? Ini Penjelasan Mufti WP & UAI [Video]

Apakah Hukum Tertidur Ketika Khutbah Jumaat? Ini Penjelasan Mufti WP & UAI [Video]

Ada sesetengah para Muslimin terlelap sepanjang khutbah Jumaat sehingga tidak tahu info apa yang disampaikan khatib.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum sedia maklum, lelaki Islam diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat — salah satu ibadah fardu ain yang besar ganjarannya. Antara fadilat solat istimewa ini adalah ia merupakan penghapus dosa dalam setiap minggu.

Oleh itu, para Muslimin perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dan pergi ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat secara berjemaah. Selain itu, anda juga perlu mendengar khutbah disampaikan oleh khatib bagi memenuhi syarat sah sembahyang itu.

Jika khutbah tidak sah, maka solat juga tidak sah. Bagaimanapun, ada juga yang lalai dan memandang ringan tuntutan tersebut.

Syarat-syarat Terhapusnya Dosa Selama Seminggu

Sesetengah para lelaki bertindak tidur ketika khutbah disampaikan. Sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Menurut pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI), pendapat ulama yang pertama bersepakat bahawa hukum melakukan perkara tersebut adalah makruh. Sesetengah ulama pula berpandangan bahawa hukumnya adalah haram.

Tambah beliau, solat Jumaat tersebut masih dikira sah walaupun tidur semasa khutbah itu. Bagaimanapun, dia tidak mendapat fadilat penghapusan dosa untuk seminggu.

Jelas UAI, berikut merupakan syarat-syarat terhapusnya dosa seminggu:

  • Mandi Jumaat
  • Memakai pakaian yang elok
  • Memakai minyak wangi
  • Pergi awal ke masjid
  • Berjalan dengan tenang
  • Menunaikan solat sunat
  • Mendengar khutbah

“Siapa datang awal contoh macam pukul 8-9 pagi, dia ibarat macam sembelih seekor unta. Siapa yang pergi (masjid) 10-11 macam sembelih seekor lembu. Siapa pergi pukul 12 macam sembelih seekor ayam.

“Orang yang pergi dekat masa khutbah, tok imam dah naik dah, tapi dia baru sampai itu seperti sedekah sebutir telur,” ulas beliau.

2 Perkara Yang Dilarang Ketika Khutbah Jumaat

Menerusi semakan kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula, terdapat dua perkara yang menjadikan seseorang itu dianggap sebagai lagha solat Jumaatnya.

Lagha yang dimaksudkan di sini adalah:

  • Tidak mendapat sebarang pahala
  • Fadilat jumaat seseorang itu terbatal
  • Solat Jumaat yang ditunaikan seolah-olah solat Zohor sahaja

Yang pertama, sebarang bentuk perkataan yang diungkapkan sekalipun berbentuk amar makruf (arahan kepada kebaikan) dan nahi munkar (mencegah kemungkaran) adalah dilarang.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: X (@anwaribrahim)

Seterusnya, pergerakan dan perbuatan yang menyebabkan hilang tumpuan serta fokus kepada khutbah yang disampaikan turut menyebabkan seseorang itu menjadi lagha. 

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ وَزِيَادَةُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

Maksudnya: Sesiapa yang berwuduk dan dia perelokkan wuduknya, kemudian dia pergi menuju solat jumaat serta mendengar (khutbah) dengan teliti, dan diam (semasa khutbah), akan diampunkan dosa-dosanya dalam tempoh antara dirinya dan juga hari jumaat (yang akan datang), serta pertambahan 3 hari lagi. Dan sesiapa yang bermain dengan batu kecil, maka dia telah lagha.

[Riwayat Muslim (857)]


Kesimpulannya, hukum tidur dengan sengaja ketika khatib sedang berkhutbah adalah ditegah dan menjadikan pelakunya sebagai lagha.

Namun sekiranya seseorang jemaah itu tertidur secara tidak sengaja mungkin disebabkan terlalu letih, maka ia tidak termasuk di dalam larangan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Selain Duduk Antara 2 Khutbah, Ini Senarai Syarat Sah Khutbah Jumaat. Wajib Qada Solat Zohor Jika Tertinggal

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Tinggalkan Solat Jumaat Jika Hujan Lebat? Ini Penjelasan UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jual Beli Secara Online Ketika Sola

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.