“Buat Dengan Kerelaan Hati” – Dr Malar Minta Fahami Risiko Jika Nak Jalani Pembedahan Bariatrik [Video]
Segelintir individu mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan bariatrik sebagai usaha alternatif mengurangkan masalah berat badan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Malaysia kini berdepan krisis kesihatan yang semakin membimbangkan yang mana seorang daripada dua orang dewasa kini mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.
Bagaimanapun, ini tidak bermaksud kesemua individu yang mengalami masalah berat badan ini tidak cakna tentang kesihatan masing-masing. Ada antara mereka telah berusaha pelbagai cara bagi mendapatkan BMI (Indeks Jisim Badan) ideal, tetapi masih tidak menunjukkan hasil.
Oleh disebabkan itu, sesetengah individu beralih kepada prosedur klinikal yang boleh membantu mengatasi masalah tersebut. Namun penting bagi setiap individu melakukannya atas keputusan sendiri dan bukan kerana tekanan daripada orang lain.
Baca Artikel Berkaitan: Krisis Kesihatan Malaysia: Separuh Populasi Rakyat Alami Masalah Berat Badan Berlebihan
Pembedahan Bariatrik Perlu Dilakukan Atas Persetujuan Sendiri
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila influencer dan doktor perubatan terkenal Dr Malar Santhi, mengingatkan orang ramai khususnya mereka yang merancang untuk menjalani pembedahan bariatrik.
Dr Malar bimbang jika ada segelintir individu bertindak melakukan perkara tersebut disebabkan paksaan orang sekeliling dan bukan atas kerelaan sendiri.
“Jangan lakukan pembedahan bariatrik sebab suami suruh buat, isteri, atau mak ayah suruh buat. Doktor suruh buat pembedahan bariatrik pun jangan buat selagi bukan korang sendiri yang dengan rela hatinya mahu buat,” ujar Dr Malar.
Baca Artikel Berkaitan: Isteri Prince Syed Dedah Buat Bariatrik Atas Kerelaan Sendiri, Minta Henti Serang Suami
Tujuan & Kebaikan Pembedahan Bariatrik
Jelasnya, individu perlu tahu tujuan dan risiko prosedur terbabit. Pembedahan bariatrik ini melibatkan pemotongan perut dan bukanlah usus seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.
Fungsi utama pembedahan bariatrik adalah mengecilkan perut yang sudah besar.
“Apabila perut besar, makan tak kenyang tau. Susah nak diet, susah nak turun berat badan, maka jadi obesiti dan tinggi risiko mengalami bermacam-macam jenis penyakit.
“Jadi, pembedahan bariatrik ini tujuannya adalah untuk mengecilkan saiz perut supaya tuan badan makan lagi sedikit, maka berat badan dia akan turun. Turunlah BMI, turunlah obesiti. Turun juga risiko penyakit-penyakit yang berkaitan dengan obesiti kepada si polan tersebut. Jadi manfaatnya banyak,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan: Masalah Obesiti Dialami Para Wanita Boleh Jadi Punca Hormon Terganggu
Baca Artikel Berkaitan: Kurang Tidur & Obes Ada Kaitan? Ini Info Anda Perlu Tahu
Dr Malar Kongsi Risiko Jangka Panjang & Pendek Pembedahan Bariatrik
Pakar yang turut dikenali dengan program Celoteh Dr Malar itu berkata pembedahan bariatrik ini juga mempunyai banyak risikonya. Risiko jangka pendek dalam tempoh dua hari ke seminggu selepas prosedur adalah seperti:
- Jangkitan kuman
- Jahitan luka terbuka sama ada di luar, bahagian perut yang dipotong, atau di antara sambungan usus dan perut
- Darah beku
- Masalah pernafasan

Sumber: Freepik
Kadangkala, ada juga kes di mana pesakit dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama seminggu ke dua minggu ataupun lebih lama disebabkan komplikasi pembedahan bariatrik ini.
“Walaupun tak ramai yang dapat komplikasi seteruk ini, sangat penting untuk setiap pesakit bercakap dan berbincang dengan doktor anda. Fahami setiap faktor risiko untuk diri anda sendiri, barulah buat keputusan dengan rela hati. Sama ada korang sendiri nak buat pembedahan itu ataupun tidak. Jangan buat kerana dipaksa orang lain,” ujarnya.
Dr Malar menegaskan bahawa prosedur klinikal itu juga mempunyai komplikasi jangka panjang seperti:
- Kurang penyerapan vitamin B, D, zat besi dan kalsium
- Rasa muntah
- Loya

Berat Badan Masih Boleh Naik Jika Tak Jaga Gaya Hidup Selepas Pembedahan Bariatrik
Meskipun sudah melakukan pembedahan tersebut, ia tidak menjamin berat badan anda turun selama-lamanya. Sama seperti individu lain, anda perlu mengawal pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Oleh sebab itulah pentingnya kerelaan hati untuk melakukannya.
Jika pembedahan bariatrik ini dipaksa oleh orang lain, pesakit sendiri mungkin tidak faham niat atau matlamat sebenar prosedur terbabit. Selain itu, Dr Malar juga mengingatkan para pesakit untuk berjumpa dulu dengan doktor bertugas bagi mendapatkan nasihat serta konsultasi sebelum pembedahan dijalankan.

Sumber: Freepik
“Pastikan anda faham setiap satu manfaat dan risiko dan niat dengan baik, ikthiar bagi menuju ke arah kehidupan lebih sihat. Kemudian baru buat pilihan yang paling sesuai.
“Tak salah nak buat pembedahan bariatrik, dia bukannya pembedahan untuk cantik. Ia pembedahan yang boleh membantu pesakit menuju ke gaya hidup lebih sihat.
“Tapi jangan salah guna, jangan ambil keputusan salah dan jangan salahkan orang lain setelah keputusan itu dibuat. Tubuh kita, badan kita. Buatlah pilihan yang terbaik,” katanya di akhir perkongsian.
@drmalarss Suami suruh buat pembedahan bariatric potong perut? Boleh ke? Patut ke? #bariatricsurgery #fypage ♬ original sound – CelotehDrMalar
Tonton video penuh [DI SINI].
Wanita Ireland Meninggal Dunia Selepas Lakukan Pembedahan Bariatrik
Sebelum ini, laporan Mayo Clinic dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS UK) mendapati bahawa pembedahan bariatrik boleh mengancam nyawa.
Memetik Harian Metro, seorang wanita dari Ireland dilaporkan meninggal dunia pada November 2022 lalu selepas menjalani pembedahan bariatrik di Turkiye. Namun, punca kematian wanita berusia lingkungan 30-an, dari barat Dublin itu tidak dapat dipastikan.
Jabatan Luar Negeri (DFA) dalam masa sama turut mengesahkan ramai warga Ireland meninggal dunia selepas terbang ke Turkiye untuk prosedur perubatan.
Baca Artikel Berkaitan: Tuntut Ganti Rugi, Wani Comel Dakwa Diperdaya Usahawan Kosmetik



