fbpx
Now Reading
Ini Cara Masuk & Keluar Saf Ketika Solat Berjemaah [Video]

Ini Cara Masuk & Keluar Saf Ketika Solat Berjemaah [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, pengguna TikTok tersebut turut menunjukkan makmum yang lambat perlu menunggu sehingga imam selesai memberikan salam kedua sebelum bangun untuk rakaat seterusnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui solat lima waktu pada setiap hari merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap individu.

Bukan hanya itu kita juga turut digalakkan untuk melakukan solat berjemaah kerana ganjaran pahala yang lebih banyak iaitu sebanyak 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.

Namun dalam ingin mengejar ganjaran pahala ini mungkin ada segelintir yang terlambat tetapi masih tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi makmum dalam solat jemaah yang didirikan.

Sebenarnya terdapat beberapa cara yang perlu dilakukan sekiranya seseorang itu ingin mengikuti solat berjemaah walaupun imam sudah memulakan solat.

Yelah dalam melakukan ibadah pastinya kita tidak mahu mensia-siakan ganjaran pahala yang banyak dan mahu solat yang didirikan sah.

Terdapat cara untuk keluar masuk dan keluar dari saf ketika solat berjemaah

Sebuah akaun yang dikenali sebagai Kamilin Sastoro di TikTok yang dipercayai dari Indonesia ada berkongsi beberapa cara yang boleh dilakukan oleh individu jika ingin masuk ke dalam saf untuk solat berjemaah.

Menerusi video yang dikongsikan beberapa contoh telah diberikan, yang pertama kelihatan seorang jemaah lelaki yang baru sahaja datang telah masuk ke dalam saf dan terus duduk tahiyat akhir mengikut imam.

Angkat takbirahtul ihram sebelum ikut imam duduk tahiyat akhir

Sebenarnya cara tersebut adalah salah, sepatutnya lelaki yang datang lewat itu perlu mengangkat takbirahtul ihram terlebih dahulu sebelum terus duduk pada tahiyat akhir.

Contoh yang kedua pula apabila berada di rakaat akhir, individu yang baru sahaja memasuki saf tidak boleh terus bangun untuk menambah rakaat sebaik imam memberikan salam pertama.

Sebaliknya makmum boleh meneruskan rakaatnya sebaik imam selesai memberikan salam yang kedua.

Cara gantikan imam batal ketika sujud

Manakala contoh yang ketiga pula adalah cara bagaimana menggantikan imam yang batal ketika sujud sewaktu solat berjemaah.

Dalam video tersebut, imam tidak boleh terus keluar daripada posisinya tanpa memberitahu kepada makmum dan makmum juga tidak boleh bergerak terus ke tempat imam untuk menggantikannya.

Cara yang betul adalah imam berundur dan menepuk bahu salah seorang makmum di belakang memaklumkan tentang solatnya batal.

Selepas imam beredar, makmum yang diarah untuk menggantikan imam harus menguatkan suaranya semasa takbir agar diketahui oleh makmum yang lain sehingga qiam. Kemudian barulah makmum tersebut melangkah ke hadapan tidak lebih dari dua pergerakan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Imam Terkentut Ketika Sujud? Ini Cara Makmum Untuk Ganti [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.