Anak Buat Benda Pelik Untuk Tarik Perhatian Ibu Bapa? Ini Penjelasan Doktor [Video]
Menurut Dr Adli Hidayat, anak melakukan perkara pelik untuk mendapatkan perhatian ibu bapa atau ia turut dipanggil sebagai ‘attention seeking behaviour.’
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kanak-kanak yang sedang membesar sekitar usia 1-6 tahun pastinya sedang sibuk meneroka dunia mereka.
Ini kerana anak kecil ini sedang berada di fasa ingin tahu, malah mereka juga mungkin dilihat sedang asyik atau fokus kepada sesuatu perkara kerana ingin mengetahui kesan kepada tindakan dilakukan.
Seiring dengan peningkatan usia, mereka juga belajar apakah perkara yang boleh membahayakan diri atau tidak sebagai contoh merasai sesuatu objek dengan memasukkan ke dalam mulut atau membaling objek.
Namun mungkin ada juga ibu bapa yang keliru mengapa ada ketika anak-anak kecil mereka melakukan sesuatu perkara yang pelik.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Anak Sukar Tidur Malam? Ini Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Si Kecil Tidur Lebih Awal
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Kena Tahu! Ini Tips Pilih Multivitamin Sesuai Untuk Anak [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Guna Ubat Gigi & Minyak Gamat! Doktor Kongsi Rawatan Awal Jika Anak Terkena Air Panas [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sukar Nak Asingkan Tempat Tidur Anak? Doktor Ini Kongsi Tips Mudah Untuk Ibu Bapa [Video]
Doktor jelaskan kenapa anak buat perkara pelik untuk dapatkan perhatian ibu bapa
Baru-baru ini seorang pengamal perubatan, Dr Adli Hidayat menerusi TikTok telah menjelaskan mengapa anak-anak melakukan perkara pelik kerana ingin mendapatkan perhatian dari ibu bapa atau orang di sekeliling.
Perkara itu turut dikenali sebagai ‘attention seeking behavior’. Menurut Dr Adli perkara tersebut dilatih oleh ibu bapa kepada si kecil seawal usia empat bulan.
“Benda ni kita yang latih seawal umur 4 bulan, kenapa? Empat bulan ke enam bulan anak (bayi) kita belajar sebab dan kesan. ‘Aku goncang mainan, mainan akan bunyi kcik kcik.’
“Daripada enam bulan hingga sembilan bulan dia dah ada jangkaan mainan akan berbunyi. Jadi dia akan cuba goncang semua mainan. Tapi ‘eh ada mainan yang tak berbunyi’
“Daripada umur sembilan bulan ke 12 bulan, dia (bayi) akan belajar variasi kepada kesan itu,” jelasnya.
Baling mainan untuk lihat respon yang diberikan ibu bapa
Dr Adli turut memberi contoh apabila bayi membaling mainan dan melihat respon yang diberikan oleh ibu bapa atau orang sekeliling.
“Aku baling mainan ni, mak akan bising sahaja. Aku baling mainan cara yang sama kali kedua, mak bising lebih sedikit. Aku baling mainan kali ketiga, mak panggil ayah. Aku baling mainan kali keempat ayah tolong uruskan.
“Maksudnya dia belajar aku buat satu perkara yang sama, hasil dia akan berbeza-beza.”
Ujarnya lagi pada usia 12 ke 18 bulan pula, bayi akan berada dalam fasa ekperimentasi di mana dia akan membuat ‘ujian.’
Sebagai contoh dia akan melakukan sesuatu perkara namun mempunyai pelbagai jenis rupa untuk melihat keputusannya, adakah ia sama atau hasil berbeza.
“Contoh baling mainan ke depan mak marah. Baling mainan ke belakang mak tak perasan. Aku cuba baling ke belakang kuat sikit pula, tengok mak perasan ke tidak.
“Aku baling mainan ke tepi, aku baling mainan ke abang tengok macam mana,” ujarnya.
18 hingga 24 bulan anak dalam fasa ‘pushing boundaries’
Jelasnya fasa ini adalah fasa yang sukar kerana anak kecil akan menggunakan pelbagai kreativiti di dalam pemikiran untuk melakukan banyak perkara.
“Yang paling teruk adalah fasa 18 bulan ke 24 bulan, ini adalah fasa ‘pushing boundaries’ di mana kalau kita tak belajar set boundaries dekat sini, anak memang akan terus menekan sehingga anak dapat perangai yang menyakitkan diri sendiri atau adik-beradik yang lain.
“Contoh dia akan cuba untuk pukul adik sekali tengok mak buat apa.”
Cara ibu beri respon pada anak seawal 4 bulan main peranan
Katanya lagi, mungkin anak akan melakukan sesuatu perkara itu berkali-kali seperti memukul adik berkali-kali sampai mak marah namun dia tidak memahami perkara itu sebagai kemarahan sebaliknya respon.
Oleh itu, Dr Adli mengatakan cara ibu bapa memberikan respon kepada anak seawal usia empat bulan memainkan peranan kepada si kecil.
Di ruangan kapsyen Dr Adli turut mengatakan ibu bapa perlu belajar cara menentukan sempadan dan respon terhadap anak dengan lebih baik.
@dradlihidayat Anak ada attention seeking behavior sehingga menyakiti diri sendiri ataupun orang sekeliling. Benda ni mula seawal umur 4 bulan. Proses berterusan sehingga dua tahaun ataupun terrible two. Belajar set boudnaries dan respon terhadap anak dengan lebih baik. p/s kalau korang nak ebook checklist perkembangan anak umur NB sampai 2yo boleh tekan link kt bio ye #baby #development #behavior #terribletwo #attentionseeking
♬ original sound – Dr Adli Hidayat – Dr Adli Hidayat
Elak beri big respon kepada anak
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, Dr Adli mengatakan semua respon yang diberikan anak akan membina logik di sebaliknya.
Kata Dr Adli, ibu bapa sebaiknya mengelakkan daripada memberi respon yang besar (big response) kepada anak. Ini kerana anak tidak mengetahui sama ada sesuatu respon itu adalah baik atau buruk.
Namun mereka mengetahui big respon sebagai contoh sedih, gembira, marah dan sebagainya.
Oleh itu perkara yang didaftarkan dalam pemikiran mereka adalah jika sesuatu perkara itu dilakukan, mereka akan mendapat big respon dari ibu bapa.
“Daripada seawal umur empat bulan kalau anak jatuh, tak perlu ‘hah anak jatuh’. Kalau anak anda menangis, tak perlu marah orang ke atau marah dia. Kalau anak awak tiba-tiba masuk barang dalam mulut pun perlu ‘hah’ (cepat cepat tarik tangan) macam tu. Tak perlu.
“Elakkan buat big respon ni cuma salah satu daripada berjuta cara kita nak belajar bagaimana respon dengan anak. Cuma ini adalah (cara) paling besarlah sebab anak kita akan compute dekat dia dalam software sebab dan kesan tu hanya dengan big respon,
“Bukan small respon, small respon tu selalunya dia tak compute lagi seawal bayi macam tu,” jelasnya lagi.
@dradlihidayat Replying to @Waniezza Avoid buat big response supaya, sebab itu yang menguatkan cause and effect. Seawal umur 4 bulan benda ni boleh mula. Try and respond dengan chill semampu kita la eh #baby #behavior #response #parenting #attention
♬ original sound – Dr Adli Hidayat – Dr Adli Hidayat



