fbpx
Now Reading
Betul Ke Rezeki Tak Berkat Jika Tak Solat? Ini Penjelasan UAI [Video]

Betul Ke Rezeki Tak Berkat Jika Tak Solat? Ini Penjelasan UAI [Video]

Jelas Ustaz Azhar Idrus rezeki yang diperoleh suami tidak berkat sekiranya tidak menunaikan solat lima waktu seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui melakukan ibadah solat lima waktu setiap hari merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam khususnya bagi mereka yang sudah akil baligh.

Kita sentiasa ditekankan untuk mengutamakan ibadah solat dalam apa sahaja perkara yang dilakukan. Tidak kiralah sedang berkerja atau melakukan aktiviti yang disukai, solat perlu dilakukan dalam apa jua keadaan.

Bahkan untuk menekankan betapa pentingnya solat, ibadah ini turut dipermudahkan untuk beberapa situasi seperti mereka yang sakit atau uzur, boleh melakukan solat secara duduk atau baring.

Manakala bagi mereka yang berjalan jauh, adanya kemudahan seperti jamak dan qasar untuk memudahkan individu yang sedang bermusafir. Bukan hanya itu, berdosa besar bagi mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja.

Tak berkat rezeki dicari suami jika tak solat

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus turut menjelaskan tidak berkat rezeki yang dicari seseorang itu atau seseorang suami sekiranya tidak mendirikan solat lima waktu.

Katanya setiap rezeki yang dimiliki oleh individu yang tidak solat akan menjadi tidak berkat apatah lagi jika ia untuk makan serta minum.

Setiap rezeki yang masuk ‘akan sumpah dia sendiri’

Ujarnya sebagai contoh seorang suami yang tidak menunaikan solat namun mencari nafkah bagi isteri serta anak-anaknya makan.

“Rezeki (yang diperolehi suami) tidak ada berkat. Sekarang ramai lelaki jenis tak sembahyang, bila tak sembahyang tak berkat, cari makan semua tak berkat.

“Setiap rezeki yang masuk dalam mulut (bila tak berkat), masuk kocek (poket) dia, rezeki itu akan sumpah dia sendiri (pencari rezeki),” ujarnya.

Perkara itu diterangkan oleh Ustaz Azhar selepas ada yang bertanya mengenai hukum suami tak solat namun mencari nafkah untuk keluarganya.

@indah.pelangi7

Suami tak solat rezeki tak berkat 🥺. Allahuakbar. Pimpinlah kami, tunjukkanlah kami jalan yg lurus 🤲🏻. #tazkirah #ustazazharidrus #rezekiberkat #rezekihalal #rezekihalalbuatkeluarga #rumahtanggabahagia

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Hukum tinggalkan solat berdosa besar, sembahyah rukun wajib untuk setiap muslim

Menerusi laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, seorang individu turut bertanya adakah amal ibadah yang dilakukan oleh seseorang anak sia-sia dan tak diterima Allah SWT jika dia meninggalkan solat?

Jelasnya, hukum meninggalkan solat adalah berdosa besar dalam Islam. Ini kerana solat adalah salah satu rukun yang menjadi kewajipan untuk setiap muslim.

“Meninggalkannya akan mengundang kemurkaan dan azab daripada Allah SWT. Menurut pandangan mazhab al-Syafi’i, individu yang meninggalkan solat kerana malas pada masa yang sama tidak mengakhiri kewajipannya maka ia dikategorikan sebagai fasik dan hendaklah bertaubat serta menggantikannya.

“Namun dari segi ganjaran amalan baik yang lain, Allah SWT akan mengambil kira amalan tersebut walau sebesar mana sekali pun sama ada baik atau buruk.

“Hal ini berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah al-Zalzalah ayat 8-9, maksudnya: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8),” jelasnya.

Namun ujarnya lagi sememangnya ada sebahagian ulama yang mengatakan bahawa orang meninggalkan seluruh solat fardu dengan sengaja, maka amalan solehnya yang dilakukan tidak diterima oleh Allah SWT.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.