fbpx
Now Reading
Perkembangan Bayi Terbantut Jika Terdedah Awal Pada Skrin Atau TV? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Perkembangan Bayi Terbantut Jika Terdedah Awal Pada Skrin Atau TV? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Kata Dr Adli terdapat beberapa kesan yang boleh berlaku sekiranya anak didedahkan kepada skrin pada usia terlalu awal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Teknologi yang semakin canggih di masa kini tak dinafikan banyak memudahkan kehidupan harian.

Perkara ini termasuklah dari pelbagai aspek seperti dalam melakukan pekerjaan, pembelajaran dan banyak lagi.

Malah jika dilihat hari ini, bayi atau kanak-kanak juga telah didedahkan kepada teknologi seperti telefon pintar untuk pembelajaran dan banyak lagi.

Namun umum mengetahui kanak-kanak juga tidak boleh terdedah pada skrin atau telefon pintar tanpa kawalan kerana boleh memberikan kesan yang buruk.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Guru Ini Kongsi Apa itu ‘Popcorn Brain’ Berlaku Kerana Terdedah Pada Tempoh Skrin Yang Lama [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ayah Kena Cakna, Ini 3 Tanda Anak Anda Mungkin Alami Brain Rot [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ayah Gen Z Kurang Membaca Kepada Anak, Anggap Hanya Sebagai Subjek Pembelajaran

Doktor jelaskan kesan berlaku jika dedahkan anak pada skrin pada usia terlalu awal

Baru-baru ini seorang pengamal perubatan, Dr Adli Hidayat turut menjelaskan mengenai kesan yang boleh berlaku kepada bayi jika terdedah kepada skrin atau telefon pintar terlalu banyak.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya seorang pengguna telah bertanya kepada doktor berkenaan adakah benar perkembangan bayi boleh terganggu sekiranya terdedah kepada skrin terlalu awal?

Jelas Dr Adli, perkara itu adalah benar malah ia turut dimaklumkan oleh kebanyakan pakar pediatrik.

“Jika ikut lah segala jenis guideline (panduan) semua pediatrik ke semua akan cakap tiada skrin sebelum umur 18 bulan.

“Sebab memang dah terbukti berdasarkan kajian anak boleh ada speech delay (lambat bercakap) dan developmental delay (perkembangan lambat).

“Malah anak juga berkemungkinan mempunyai emotional tantrum (emosi) yang teruk,” jelasnya.

Anak berpotensi alami kesan negatif jika terdedah terlalu awal pada skrin

Kata Dr Adli, dia faham keperluan skrin ada masanya digunakan untuk membantu ibu bapa dalam mengalihkan fokus anak kecil namun mereka akan berpotensi mengalami kesan yang dijelaskan.

Menurutnya umur yang paling awal untuk mendedahkan si kecil kepada skrin adalah di usia 18 bulan.

“Betul ke bagi tengok skrin anak akan speech delay? Betul memang dah terbukti daripada kajian klinikal pun.

“Paling awal? 18 bulan baru boleh bagi kenal,” katanya di ruangan kapsyen.

@dradlihidayat

Replying to @Putri Manda Betul ke bagi tengok skrin anak akan speech delay? Betul memang dah terbukti daripada clinical research pun. Paling awal? 18 bulan baru boleh bg kenal. Kalau tak pasti anak delay ke tak, dapatkan ebook checklist perkembangan baby di bio saya tau. #screen #speechdelay #tantrum #baby #parenting

♬ original sound – Dr Adli Hidayat – Dr Adli Hidayat

Video raih pelbagai reaksi di kalangan pengguna

Melihat di ruangan komen, video tersebut telah meraih pelbagai reaksi di kalangan pengguna TikTok.

Ada yang mengatakan anak mereka boleh berkomunikasi dengan baik meskipun didedahkan kepada skrin pada usia yang awal.

Ada juga yang memaklumkan anak mereka tidak diberikan melihat skrin namun baru pandai menyebut perkataan ibu dan abah pada usia satu tahun lima bulan.

Selain itu, ada yang mengatakan mereka terpaksa memberikan telefon pintar kerana tidak mempunyai individu lain yang boleh membantu untuk menjaga si kecil sewaktu sedang melakukan perkara lain.

Malah ada pula yang berpendapat sekiranya aktiviti skrin dan di luar diseimbangkan mungkin ia tidak menjadi masalah.

“Anak saya 16 bulan tengok Mrs Rachel banyak perkembangan dia, dia boleh sebut banyak perkataan, ball, go, eat, no, yes. Kalau Mrs Rachel nyanyi dia akan ikut sekali pergerakan.”

“Dekat rumah memang tak ada masa skrin. Dekat taska pula cikgu buka aduh, stress betullah.”

“Saya tahu semua ni tapi tak mampu nak halang 100% sebab sambil bekerja sambil jaga anak. Setakat yang mampu saya cuba kawal apa yang dia tengok dan limitkan masa skrin”

“Pada saya kena seimbangkan skrin anak dengan aktiviti di luar. Sebab anak saya banyak juga masa skrin tapi setiap petang saya tak pernah tinggal bawa di pergi main dengan budak-budak lain. Anak saya sekarang dua tahun tujuh bulan, banyak mulut, banyak akal, ingatan juga kuat..”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.