fbpx
Now Reading
Masih Relevan Ke Pantang 44 Hari? Ini Penjelasan Doktor

Masih Relevan Ke Pantang 44 Hari? Ini Penjelasan Doktor

Ibu yang baru sahaja melahirkan bayi dan dalam proses bersalin perlu mendapatkan sumber makanan dan air yang cukup untuk proses penyembuhan badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Setiap ibu yang baru sahaja melahirkan bayi pastinya berasa gembira kerana insan yang dinanti-nantikan selama sembilan bulan kini sudah berada dalam dakapan.

Namun umum mengetahui apabila melahirkan para ibu kebiasaannya akan melalui proses berpantang untuk menguatkan semula diri.

Jika di Malaysia setiap kaum atau individu mempunyai tradisi berpantang tersendiri. Ada yang perlu berpantang selama beberapa hari atau satu bulan lebih dan sebagainya.

Relevan lagi ke pantang 44 hari? Ini jawapan doktor

Terbaharu, seorang doktor pakar kanak-kanak atau pediatrik, Dr Nisa Khalil telah berkongsi soalan dipercayai dari pesakitnya adakah berpantang selama 44 hari itu masih relevan sehingga hari ini?

Jelas Dr Nisa pada masa dahulu, pantang yang secara tradisionalnya dilakukan selama 44 hari selepas kelahiran kebiasaannya memberi fokus dalam beberapa perkara seperti:

  • Menjaga badan selepas bersalin
  • Mengambil makanan tertentu
  • Banyakkan berehat
  • Ada larangan tertentu seperti tak boleh keluar rumah tak boleh mandi malam dan sebagainya.

Pantang adalah proses untuk berehat dan pulihkan badan

Namun berdasarkan bukti atau kajian dan perkara yang masih relevan sehingga ke hari ini, proses berpantang sebenarnya adalah untuk berehat kerana badan memerlukan masa untuk pulih seperti sedia kala.

Bukan hanya itu, proses mengandung dan bersalin amat memenatkan badan wanita maka terdapat keperluan untuk si ibu mendapatkan rehat yang cukup.

Selain berehat ia adalah amat penting untuk para ibu yang baru sahaja melahirkan bayi mengambil pemakanan yang seimbang dan sihat seperti:

  • Sumber protein yang cukup
  • Iron
  • Cecair (air) untuk proses penyembuhan serta susu badan

Para ibu juga dinasihatkan untuk bergerak seperti berjalan secara perlahan apabila sudah bersedia untuk mengelakkan daripada berlaku pembekuan darah.

Terdapat beberapa perkara boleh dipertimbangkan sewaktu berpantang

Selain itu para ibu juga boleh mempertimbangkan perkara lain mengikut keselesaan diri dan badan sebagai contoh:

  • Mandi air suam kerana ia bagus untuk kebersihan dan juga keselesaan badan.
  • Jamu atau herba boleh diambil jika ia selamat serta tidak mengganggu proses penyusuan atau ubat-ubatan. Sebaiknya dapatkan konsultasi atau nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
  • Bertungku atau bengkung, perkara ini kebiasaannya dilakukan pada awal proses berpantang namun ia perlu dilakukan mengikut keselesaan.

Namun terdapat perkara yang dilakukan oleh orang berpantang namun tiada sebarang kajian mengenainya seperti:

  • Terdapat nasihat si ibu tak boleh minum air banyak. Perkara ini sebenarnya boleh menyebabkan berlaku dehidrasi dan sembelit.
  • Tidak boleh keluar rumah. Setiap individu perlu mendapatkan cahaya matahari dan udara yang segar untuk kesihatan mental.
  • Terlalu strict dengan makanan yang diambil, perkara ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tidak mendapatkan nutrisi yang cukup.

Pantang sebenarnya bukan tidak relevan tetapi ia perlu ditapis seperti ambil perkara yang untuk proses pemulihan dan buang perkata yang memudaratkan kesihatan atau diri sendiri.

Setiap ibu mempunyai perjalanan yang berbeza-beza apa yang penting adalah si ibu sihat dari segi fizikal, mental dan mempunyai ‘bonding’ dengan bayi.

Pantang tidak sepatutnya membuatkan si ibu terseksa dalam diam sebaliknya untuk proses pemulihan.

View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.