fbpx
Now Reading
2 Tempat Imam Disunatkan Menunggu Makmum Ketika Dalam Solat [Video]

2 Tempat Imam Disunatkan Menunggu Makmum Ketika Dalam Solat [Video]

Menurut Imam, Zaid Amran sekiranya imam menunggu makmum di dalam keadaan lain daripada yang disebutkan maka hukumnya adalah makruh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui solat merupakan tiang agama, bahkan setiap umat Islam diwajibkan menunaikan solat lima waktu sehari.

Oleh itu, sebagai umat Islam pasti kita ingin melakukan ibadah wajib ini dengan baik dan mengikuti setiap hukum-hakamnya.

Namun terdapat beberapa situasi yang adakalanya membuatkan seseorang tertanya apakah hukum atau penjelasan di sebalik perbuatan yang dilakukan.

2 tempat imam boleh tunggu makmum ketika solat

Baru-baru ini, Geng Masjid Kg Nakhoda di Batu Caves, Selangor telah berkongsi mengenai dua tempat yang disunatkan untuk para imam menunggu makmum apabila melakukan solat berjemaah.

Menerusi video sketsa yang dikongsikan Geng Masjid Kg Nakhoda awalnya kelihatan Bilal masjid berkenaan atau nama penuhnya Ahmad Syaqiq Shuhairi sedang rukuk sewaktu mendirikan solat.

Melihat perkara itu Imam, Zaid Amran yang mahu menjadi makmum bergegas berjalan untuk mengikutinya solat berjemaah. Namun baru sahaja Zaid ingin membaca niat untuk memulakan solat, kelihatan Bilal bangun daripada rukuknya.

Malah kelihatan wajahnya seperti sinis seolah-olah tidak mahu Zaid mengikutinya.

Sebaik sahaja kedua mereka selesai menunaikan solat, Zaid kemudian menegur Bilal untuk menunggu makmum apabila ada yang ingin mengikutinya solat berjemaah.

“Imam ni disunatkan untuk menunggu pada dua tempat. Yang pertama ketika rukuk supaya makmum belakang dapat rakaat.

“Yang kedua ketika tahiyat akhir, supaya makmum dekat belakang tu dapat pahala berjemaah.

“Ada pun imam itu menunggu pada keadaan yang lain maka hukum dia adalah makruh,” jelas Zaid kepada Bilal.

Mendengar penerangan itu, Bilal kemudian memohon maaf kepada Zaid atas perbuatannya yang tidak menunggu sewaktu solat jemaah dilakukan.

@gengmkn 2 tempat disunatkan untuk imam menunggu #bilal #ilmu #solat #dendam ♬ original sound – Geng MKN

Ustaz Azhar turut jelaskan perkara sama

Perkara sama turut dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus di mana sunat Imam menunggu makmum yang baru datang ketika rukuk.

“Kita jadi imam, kita pun rukuk. Sunat kita tunggu orang baru datang, sunat. Supaya bila dia takbir, dia rukuk dia dapat rakaat (satu rakaat).

“Yang kedua tahiyat akhir, supaya bila kita tunggu dia. Dia takbir dia dapat jemaah walaupun tak dapat rakaat.”

Walau bagaimanapun, UAI menjelaskan imam hanya boleh menunggu pada kadar yang tidak terlalu lama, sebagai contoh individu itu sudah berada dalam masjid dan ingin masuk ke dalam saf dan ingin mengangkat takbir.

“Tahiyat akhir begitu juga. Kita sampai ‘filalamin nakahamiddun majid’ bunyi dung dung (bunyi kaki) dari belakang nak masuk dalam saf, ha kita tunggu sekejap. Tapi sekejap jangan lama, dia takbir ‘Allahuakbar’ kita pun memberi salam.

“Dia dapat jemaah, dapat berjemaah dengan kita,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.