fbpx
Now Reading
Apa Perlu Buat Jika Baru Angkat Takbir Dan Masuk Waktu Solat Lain? Ini Penjelasannya [Video]

Apa Perlu Buat Jika Baru Angkat Takbir Dan Masuk Waktu Solat Lain? Ini Penjelasannya [Video]

Menurut Geng Masjid Kg Nakhoda, terdapat dua pandangan mengenai perkara ini antaranya solat itu dikira tunai sekiranya sempat satu rakaat penuh dan ada juga sebaliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui setiap umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu apabila masuk waktunya.

Namun adakalanya leka dengan urusan seharian membuatkan seseorang bergegas menunaikan solat sebelum terlepas waktu sembahyang.

Namun ada segelintir yang keliru sama ada adakah sembahyang didirikan sah atau tidak sekiranya masuk waktu solat fardu lain.

Angkat takbir dan masuk waktu solat lain, Imam jelaskan status solat didirikan

Baru-baru ini, Geng Masjid Kg Nakhoda di Batu Caves, Selangor tidak ketinggalan untuk berkongsi sketsa memaparkan situasi ini dan menjelaskan mengenainya dengan lebih lanjut.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan Bilal, Ahmad Syaqiq Shuhairi dalam keadaan tergesa-gesa ingin menunaikan sembahyang sebelum masuk waktu fardu yang lain.

Sebaik sahaja dia mengangkat takbir kedengaran azan menandakan sudah masuk waktu solat Asar.

Perlu qada solat jika dah masuk waktu solat lain?

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Bilal berhenti solat kerana merasakan solat yang didirikan itu tidak sah dan perlu menggantinya (qada) di waktu lain.

Imam, Zaid Amran yang melihat perkara itu kemudian bertanya mengapa Bilal tidak meneruskan solat.

Haram berhenti solat dengan sengaja

Tambah Imam lagi jatuh haram jika seseorang sengaja memberhentikan solatnya.

Bilal lalu menjelaskan kepada Bilal situasi yang dialaminya dan memberitahu perlu menggantikan solat tersebut semula.

“Eh jangan berhentikan solat, solat sahaja macam biasa. Kata An Nawawi dalam majmuk syarah muhadzab jika seseorang itu sempat takbiratul ihram dalam waktu solat, kemudian tamat waktu solat maka solat itu sah secara ijmak ulama.

“Jadi kalau sempat takbiratul ihram sebelum waktu itu tamat, maka solat itu dikira sebagai solat tunai. Tak perlu qada balik pun solat,” jelas Imam berkenaan.

Mendengar penjelasan itu, Bilal kemudiannya berasa rugi kerana sudah membatalkan solat Zohor yang sedang didirikan sebentar tadi.

Ustaz Azhar jelaskan sempat solat satu rakaat dalam waktu dikira sembahyang tunai

Perkara itu turut dijelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan sesiapa yang sempat solat satu rakaat di dalam waktu kemudian masuk waktu solat yang lain maka dikira sembahyang itu tunai.

“Bukan masalah sah, masalah tunai. Dan sesiapa yang tidak sempat selesai satu rakaat, masuk waktu (solat) lain. Sembahyang itu di namakan qada. Kedua-dua sembahyang ini sah.

“Ia tidak berkait sah atau tidak sah. Ia berkait qada atau tunai. Contoh kita dapat satu rakaat naik kepada rakaat kedua orang bang (azan) masuk waktu Asar dah. Kita sembahyang Zohor tadi, dapat satu rakaat dalam waktu, maka dipanggil tunai.

“Tapi kalau kita baru nak habis al-Fatihah, tengah baca al-Fatihah contoh masuk waktu lain orang azan Asar, maka sembahyang itu dinamakan qada kerana tak dapat satu rakaat dalam waktu Zohor.

“Jangan berhenti, dalam dua-dua kes ini haram berhenti. Teruskan sembahyang sah kedua-duanya,” jelasnya dalam satu video.

Ada 2 pandangan ulama

Melihat di ruangan komen, ada yang meminta Geng Masjid Kg Nakhoda untuk menjelaskan kerana ada yang memahami ia perlu melengkapkan satu rakaat untuk solat dikira tunai.

Geng Masjid Kg Nakhoda kemudiannya menjawab terdapat dua pandangan ulama mengenai perkara itu.

“Ya, memang ada dua pandangan ulama. Ada yang kata kena sempat satu rakaat penuh baru dikira tunai, kalau tak jadi qada. Tapi ada juga ulama seperti Imam al-Nawawi kata cukup sempat takbiratul ihram dalam waktu, solat itu sah dan dikira tunai. Jadi dua-dua ada asasnya, ikut ijtihad ulama.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.