fbpx
Now Reading
Jadi Trend Ramai, UAI Jawab Hukum Cipta Imej Realistik Patung Maya

Jadi Trend Ramai, UAI Jawab Hukum Cipta Imej Realistik Patung Maya

Menurut Ustaz Azhar Idrus jika patung itu di alam nyata ia perlu dilihat pada tujuan benda tersebut dicipta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Tak dinafikan sejak wujudnya media sosial pelbagai trend mula diperkenalkan dan dilakukan oleh orang ramai.

Ada segelintir trend yang dilakukan adalah bagus dan memberikan kebaikan namun tidak kurang juga ada yang mendatangkan keburukan.

Ketika ini di media sosial ramai yang mencipta imej realistik gaya figura (figure) diri sendiri dengan menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) Google Gemini Nano Banana.

Perkara itu dipercayai hanya dilakukan sekadar suka-suka dan mengikut trend terkini, namun ada segelintir tertanya adakah ianya dibenarkan di dalam Islam?

Apa hukum cipta imej realtistik patung maya?

Baru-baru ini pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan mengenai hukum membuat trend patung atau imej tersebut.

Jelasnya ia bergantung kepada tujuan serta bentuk patung berkenaan.

“Nak tengok hukum kena tengok adakah patung itu jadi pada alam nyata atau gambarnya sahaja. Kalau jatuh patung itu di alam nyata, boleh ada bayang, maka tengok tujuan pula.

“Membuat patung ini ada dua hukum iaitu harus dan haram. Harus apabila dibuat untuk tujuan pembelajaran,” jelasnya, lapor Kosmo.

Patung dicipta perlu lihat tujuan, jika untuk pendidikan atau keselamatan hukum adalah harus

Ustaz Azhar turut memberikan contoh seperti patung yang digunakan di kebanyakan universiti atau institut pengajian tinggi adalah bertujuan untuk pembelajaran selain patung yang dibina untuk menjaga keselamatan jalan raya.

“Kalau patung-patung macam tu, hukumnya harus. Ulama’ kata harus dalam kitab Arab, kitab Jawi pun ada (dinyatakan hukum) dalam mukadimah kamus al-Marbawi depan sekali.”

Namun jelasnya, sekiranya patung-patung berkenaan dimuliakan atau diagungkan adalah haram hukumnya dengan ijmak ulama.

“Ada pun kalau tidak menjelma di alam nyata, hanya duduk di alam maya sahaja, sekadar imej untuk simpan dalam album atau dilihat secara suka-suka, tidak jatuh haram melainkan ada rupa yang mengaibkan,” jelasnya lagi.

Dalam satu video yang dikongsikan di YouTube, Ustaz Azhar Idrus turut menjelaskan mengenai penggunaan teknologi AI seperti melukis atau menyunting gambar.

@tuanamli

Hukum Menghasilkan Gambar Patung Menggunakan Platform AI seperti Google Gemini atau ChatGPT. Sila dengar sampai habis. #hukumhakam #hukum #gambarpatung #gemini #chatgpt

♬ original sound – Tuan Amli – Tuan Amli
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.