fbpx
Now Reading
Ragu-ragu Dah Baca Al-Fatihah Atau Belum? Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan [Video]

Ragu-ragu Dah Baca Al-Fatihah Atau Belum? Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan [Video]

Menurut Imam Masjid Kg Nakhoda sekiranya seseorang itu berada dalam keraguan seperti terlupa sama ada sudah membaca surah Al-Fatihah atau belum hendaklah dia kembali mengikut kaedah fiqah yang asas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum pasti mengetahui solat lima waktu setiap hari merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh seluruh umat Islam.

Malah ibadah ini turut dilatih sejak dari kecil agar ia menjadi rutin harian dan tidak ditinggalkan dengan sengaja tanpa sebab yang jelas.

Dalam melakukan ibadah ini, kita juga perlu mengikut rukun solat agar sembahyang yang dilakukan sah.

Namun dalam melakukan solat tak dinafikan adakalanya kita juga berdepan dengan kekhilafan seperti terlupa dan sebagainya.

Apa perlu buat jika terlupa baca Al-Fatihah ketika sedang solat?

Baru-baru ini Geng Masjid Kg Nakhoda di Batu Caves, Selangor turut ada menjelaskan apakah perkara yang perlu dilakukan sekiranya seseorang itu terlupa membaca Al-Fatihah sewaktu sedang mendirikan solat.

Menerusi video sketsa yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan Bilal sewaktu sedang mendirikan solat terleka seketika membaca tulisan pada baju seseorang.

Dia kemudian tersedar dan tidak mengingati sama ada sudah membaca surah Al-Fatihah atau belum sewaktu mendirikan solat itu.

Ekoran daripada perkara itu, dia kemudian membatalkan solatnya kerana tidak pasti sama ada sudah membaca surah wajib berkenaan atau sebaliknya.

Imam yang lalu kemudiannya bertanya apa yang berlaku kepada Bilal kerana dia kelihatan seperti berang dengan diri sendiri.

Jika ragu-ragu hanya perlu ikut kaedah fiqah asas

Sebaik Bilal memaklumkan, Imam menjelaskan sekiranya ada ragu-ragu dalam solat yang dilakukan, individu boleh mengikut kaedah fiqah yang asas.

“Tinggalkan keraguan dan ambil yang yakin. Contohnya dah baca al-Fatihah ke belum? Ambil yang belum, baca sekali lagi.

“Sama juga dalam rakaat, rakaat ketiga ke empat? Ambil yang ketiga, kemudian solat macam biasa dan diakhir solat disunatkan untuk membuat sujud sahwi,” jelas Imam berkenaan.

Mendengar perkara itu, Bilal terasa rugi dia membatalkan solat yang dilakukan sebentar tadi walhal dia sebenarnya boleh menyambung solat tersebut.

@gengmkn

Ragu² didalam solat Jom Pergi Umrah bersama PENAJA RASMI @mursyidalharamain Confirm Puas Hati insyaAllah.#ilmuagama #ilmu #imam #dakwah

♬ original sound – Geng MKN – Geng MKN

Ustaz Azhar Idrus turut jelaskan perkara sama

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus turut menerangkan seseorang perlu membaca semula Al-Fatihah sekiranya berdepan dengan situasi sama.

Jelas Ustaz Azhar Idrus, membaca Al-Fatihah merupakan rukun sembahyang dan ia bukan sunat.

“Apabila hatinya baca atau tak (ragu-ragu), kena buat macam mana? Al-aslu Al-adamu, asal kaedah fiqah kita tak baca lagi. Apabila tak baca lagi, hukum kena baca,” katanya.

Menurutnya seseorang juga disarankan melakukan sujud sahwi sekiranya keraguan tersebut mengambil masa yang lama.

“Kalau syak (keraguan) itu lama, sujud sahwi. Kalau syak itu sekejap tidak perlu sujud sahwi.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.