fbpx
Now Reading
Minyak Bukan Punca Kolestrol, Ini Penjelasan Dr Malar [Video]

Minyak Bukan Punca Kolestrol, Ini Penjelasan Dr Malar [Video]

Dr Malar juga memaklumkan kepada orang ramai untuk mengelakkan menggunakan minyak masak berulang kali kerana ia boleh menyebabkan minyak bertukar warna, tekstur serta mengubah kepada bahan berbahaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui menjaga kesihatan merupakan perkara yang penting buat setiap individu.

Oleh itu, kita bukan sahaja digalakkan untuk bersenam sebaliknya turut memilih makanan yang sihat serta mengikut piramid makanan yang telah ditetapkan sebagai panduan.

Namun tak dinafikan kita juga sering dimomokkan dengan penggunaan minyak kelapa sawit dalam makanan yang boleh memberi risiko kepada masalah kolestrol. Bahkan ada yang memilih untuk menggunakan minyak zaitun sebagai pengambilan yang lebih sihat.

Dr Malar jelaskan minyak bukan punca kolestrol

Menyedari mengenai perkara itu, Dr Malar Santhi yang sering dikenali dengan program Celoteh Dr Malar telah tampil menjelaskan minyak bukanlah punca kolestrol berlaku.

Menurut Dr Malar dalam satu video yang dikongsikan di Instagram, minyak yang digunakan berulang kali sehingga bertukar warna, tekstur serta menjadi likat akan bertukar kepada bahan yang berbahaya seperti polar coumpound.

“Yang mana itu yang akan buat kolestrol dalam darah tinggi, radang dalam badan tinggi. Komplikasinya serangan jantung, strok, penyakit hati berlemak iaitu fatty liver dan macam-macam lagi.

“Semua ini bukan berpunca daripada jenis minyak yang kita gunakan. Tapi ia berkaitan dengan pertama, berapa kali kita ulang guna minyak tu. Kedua, berapa banyak minyak yang kita gunakan dalam masakan seharian.

“Jenis minyak tu kurang penting, kalau kita tengok kajian ni Health Effects of Various Edible Vegetable Oil An Umbrella Review Advances in Nutrion (kesan kepada pelbagai penggunaan minyak sayuran). Ia menunjukkan minyak sawit adalah setanding dengan minyak sayuran lain dalam mengekalkan lipid profile iaitu komposisi kolestrol dalam manusia,” ujarnya.

Malah terdapat satu kajian yang menunjukkan kesan diet minyak terhadap keradangan dan obesiti iaitu minyak sawit dengan minyak zaitun ekstra virgin menunjukkan tiada perbezaan dalam:

  • Kadar keradangan dalam badan
  • Tahap obesiti
  • Tekanan darah

Bahkan keputusan sama turut ditunjukkan dalam penggunaan minyak sawit, minyak kelapa atau minyak zaitun.

“Jadi tak guna tanya minyak yang mana lebih sihat atau lebih bagus dekat mana-mana doktor atau pakar pemakanan.”

Dr Malar turut berkongsi mengenai ciri minyak yang sihat seperti:

#1 Minyak yang segar

Dalam penggunaannya, kita perlulah memilih minyak yang segar dan elakkan daripada menggunakan minyak tersebut secara berulang kali.

Bukan hanya itu, apabila menggunakan minyak adalah baik jika tidak memasak dengan api yang terlalu kuat sehingga menyebabkan keluar asap.

Ini kerana, ia adalah petanda minyak tersebut sudah rosak atau hangus. Bahkan anda juga boleh melihat menerusi perubahan warna minyak berkenaan.

#2 Kuantiti minyak

Kuantiti minyak yang diambil oleh seseorang individu juga memainkan peranan penting.

Ini kerana ia perlu diambil secara terhad, bersederhana dan bersesuaian dengan jumlah keperluan kalori masing-masing.

Dalam setiap hidangan berasaskan lemak mesti kurang dari 30%

Dr Malar juga menjelaskan pengambilan minyak itu perlu namun ia hendaklah mengikut piramid makanan yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jangan terlebih minyak tapi kurang pun tak elok juga. Rujuk pada piramid makanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata Dr Malar lagi.

Jelasnya lagi, dalam setiap hidangan jumlah makanan berasaskan lemak hendaklah kurang daripada 30% atau sebaik-baiknya dua sudu teh sahaja.

“Ingat kita rakyat Malaysia, mestilah kita kena sokong minyak sawit. Lagipun harga minyak sawit mesra poket. Jadi sesuai untuk kita gunakan sekali dua sahaja dan elakkan digunakan berulang-ulang kali.

“Minyak sawit masih segar semasa tempoh begini, yang mana tidak digunakan secara berulang-ulang kali.

“Jangan terpedaya dengan propaganda barat yang selama ni memfitnah minyak sawit. Setiap negara akan agungkan minyak yang mereka gunakan dan kutuk pengeluaran negara lain.”

Galakkan rakyat Malaysia guna minyak sawit kerana ia sihat dan mesra poket

Dr Malar turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk yakin dan bangga menggunakan minyak sawit yang sudah terbukti secara saintifik merupakan minyak sama tara dengan minyak sayuran lain.

Bukan hanya itu, Dr Malar juga mengatakan selain daripada mesra poket ia juga menyihatkan.

Tonton video di sini.

Melihat di ruangan komen Dr Malar turut menjelaskan pada pendapatnya maksimum minyak itu digunakan hanya satu hingga dua kali sahaja. Ini kerana ia boleh dilihat sama ada minya mempunyai berubahan warna atau tidak.

Sekiranya terdapat perubahan warna pada minyak, maka sebaiknya ia tak digunakan lagi.

“Tengok sampai habis guys, jangan malas-malas. Terima kasih kongsi info ni doktor”

“Sokong minyak sawit”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.