fbpx
Now Reading
Pakar Pemakanan Jelaskan 5 Jenis Makanan Bantu ‘Improve’ Masalah Hormon & PCOS

Pakar Pemakanan Jelaskan 5 Jenis Makanan Bantu ‘Improve’ Masalah Hormon & PCOS

Pengambilan makanan atau nutrien yang cukup dapat membantu dalam mengurangkan masalah hormon khususnya mereka yang mengalami PCOS.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap yang bergelar wanita pasti akan melalui kitaran haid sebaik sahaja mencapai umur yang matang.

Oleh itu, hormon pada badan wanita sangat memainkan peranan yang penting dalam kitaran haid ini. Namun ada segelintir wanita yang mengalami gangguan seperti kitaran tidak teratur dan sebagainya.

Apabila pemeriksaan dalaman dilakukan ada segelintir yang mengalami masalah hormon seperti Polycystic Ovary Syndrome atau turut dikenali sebagai (PCOS).

Apa itu PCOS?

PCOS atau sindrom ovari polisistik merupakan situasi di mana terdapat banyak sista (cyst) kecil atau folikel di dalam ovari seseorang wanita. Bahkan ada juga segelintir wanita mempunyai folikel berbentuk seperti rantai mutiara.

Menurut Efferty Mama, sista kecil yang berada di dalam ovari itu menyebabkan ia tidak dapat berkembang ke folikel atau menjadi telur yang matang. Ia kemudian menyebabkan hormon berkaitan kesuburan wanita seperti progestron, estrogen, follicle stimulating hormone (FSH) dan Luteinizing Hormon (LH) tak dapat dirembeskan sewajarnya.

Selain itu, wanita yang mengalami masalah PCOS juga berkemungkinan mempunyai hormon androgen yang tinggi sehingga menyebabkan tumbuhnya bulu pada wajah seperti misai atau janggut.

Memetik Hospital Pantai di laman sesawanganya, penyakit PCOS ini bagaimanapun tiada punca yang tepat mengapa ia berlaku namun ia berkaitan dengan gangguan hormon, faktor genetik, dan rintangan insulin.

Mereka yang mengalami masalah PCOS juga berkemungkinan mempunyai hormon androgen yang tinggi di dalam badan sehingga mempunyai bulu halus pada badan atau wajah seperti misai atau janggut.

Simptom seseorang wanita mengalami PCOS

Antara simptom seseorang itu mengalami PCOS adalah:

  • Kitaran haid tidak teratur atau tiada haid langsung
  • Kesukaran untuk hamil selepas mencuba beberapa tahun tanpa memakai sebarang alat pencegahan kehamilan
  • Tumbuh bulu yang tidak terkawal pada badan atau wajah
  • Pertambahan berat badan
  • Rambut gugur
  • Kulit terlalu berminyak
  • Pertumbuhan jerawat tidak terkawal
  • Cenderung mengalami kemurungan
  • Masalah berat badan berlebihan

Walau bagaimanapun seseorang mungkin mempunyai simptom yang berbeza dan perkara ini boleh diperiksa lebih mendalam dengan berjumpa doktor pakar sakit puan.

Kebiasaannya imbasan ultra sound atau transvaginal (tvs) akan dilakukan untuk melihat keadaan ovari serta ujian darah untuk memastikan seseorang mengalami PCOS atau tidak.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Alami Masalah Obesiti Boleh Menyebabkan Hormon Terganggu

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 Langkah Untuk Kurangkan Gejala PCOS, Masalah Hormon Yang Sering Dihadapi Wanita

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kerap Senggugut Teruk? Ini Mungkin Petanda Penyakit Endometriosis Yang Wanita Patut Tahu

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Doktor O&G Jelaskan Tentang Darah Haid Warna Coklat [Video]

Pakar pemakanan jelaskan makanan yang boleh menambah baik masalah hormon

Baru-baru ini seorang pakar pemakanan, Syaza Nutritionist telah berkongsi beberapa jenis makanan yang boleh membantu untuk menambah baik masalah hormon khususnya mereka yang mengalami PCOS. Berikut kami kongsikan senarainya:

#1 Zink

Pemakanan yang betul dapat membantu dalam mengurangkan masalah PCOS. Bahkan mereka yang tidak mempunyai nutrien zink yang cukup akan menyebabkan badan mengalami rintahan insulin.

Antara makanan yang tinggi dengan zink adalah tiram, makanan bercengkerang, kekacang, sayur kailan, kuning telur, bawang putih dan juga keju.

#2 Magnesium

Segelintir individu yang mempunyai masalah PCOS adakalanya sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Bahkan ada juga yang berjaga sehingga lewat malam, atau mungkin mengalami keresahan, kemurungan, terlalu penat, tekanan darah tinggi dan perkara itu disebabkan mempunyai magnesium yang kurang dalam badan.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini anda boleh mengambil makanan yang mempunyai magnesium tinggi seperti avokado, kacang badam, ikan, kentang, tauhu, chia seed (tinggi protein dan fiber), coklat gelap, pisang, yogurt dan bayam.

#3 Vitamin D

Menurut kajian, wanita yang mempunyai masalah PCOS mempunyai vitamin D yang rendah.

Ekoran itu, ia akan mengundang kepada masalah kitaran haid dan rintangan insulin.

Antara makanan tinggi vitamin D adalah:

  • Salmon
  • Tuna
  • Tenggiri
  • Telur kuning
  • Ikan kembung
  • Susu
  • Oat
  • Tauhu
  • Cendawan

#4 Folate

Ada masanya mereka yang mempunyai masalah PCOS mengalami keletihan yang melampau, sakit kepala, gangguan pernafasan serta kulit yang pucat.

Perkara ini berlaku mungkin juga disebabkan kurangnya kandungan folate dalam badan.

Oleh itu, makanan yang mempunyai folate yang tinggi adalah brokoli, sawi hijau, kobis, kailan, kekacang, pisang serta buah-buahan citrus seperti nenas, oren, dan banyak lagi.

#5 Vitamin B12

Gangguan rintangan insulin juga boleh berlaku disebabkan seseorang tidak mempunyai vitamin B12 yang cukup di dalam badan.

Bukan hanya itu, mereka yang tidak mencukupi vitamin ini turut akan berasa iritasi, keradangan yang teruk, dan tubuh menjadi lemah.

Antara makan yang boleh diamalkan serta mempunyai vitamin B12 yang tinggi adalah kerang, sardin, tuna, salmon, telur, serta sayuran hijau.

Kata Syaza, kelima-lima nutrisi ini adalah penting untuk mereka yang mempunyai masalah PCOS dan ia boleh dipelbagaikan dalam pemakanan setiap hari.

Walau bagaimanapin penjagaan diet keseluruh, aktiviti fizikal serta tidur yang cukup juga boleh memulihkan hormon PCOS.

Sekiranya anda berjumpa dengan doktor, terdapat juga ubat untuk merawat kesuburan turut diberikan dan ia khusus buat wanita yang sedang ikhtiar hamil.

View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.