Betul Ke Gigi Ibu Rosak Jika Mengandung Atau Susukan Bayi? Ini Penjelasan Doktor [Video]
Menurut Dr Habib, kerosakan gigi ibu mengandung berlaku disebabkan perubahan hormon yang menyebabkan gusi bengkak, mudah berdarah malah ada yang mengalami tumor atau pyogenic granuloma atau pregnancy epulis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Gigi merupakan salah satu organ pada bahagian badan yang mempunyai peranan penting kepada seseorang.
Bukan sahaja untuk keterampilan, tetapi gigi juga digunakan untuk mengigit, mengunyah makanan dan banyak lagi.
Malah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit agar gigi mereka sentiasa kelihatan cantik, teratur dan sihat.
Betul ke gigi ibu rosak kerana mengandung atau menyusukan bayi?
Baru-baru ini seorang doktor gigi, Dr Habib ada menjelaskan adakah benar para ibu akan mengalami kerosakan gigi disebabkan mengandung atau menyusukan anak?
Ujarnya perkara itu mula menjadi perhatian selepas tular mengenai seorang suami yang membayar sebanyak RM26,000 untuk rawatan implan gigi isterinya disebabkan menyusukan bayi atau mengandung.
Kata Dr Habib, di ruangan komen hantaran itu ramai yang mengatakan perkara itu adalah benar disebabkan bayi mengambil kalsium daripada gigi ibu.
Ibu mengandung alami beberapa perubahan
Jelas Dr Habib perkara itu tidak sepenuhnya tepat, ini kerana bayi sememangnya mengambil kalsium daripada ibu menerusi diet atau tulang dan bukan gigi. Jelasnya tulang dan gigi adalah dua perkara yang berbeza.
Ujarnya antara sebab perkara itu berlaku adalah disebabkan perubahan hormon, yang menyebabkan gusi bengkak, mudah berdarah (pregnancy gingivitis).
Bahkan terdapat segelintir ibu mengandung yang mengalami tumor atau dikenali sebagai pyogenic granuloma atau pregnancy epulis.
Muntah menyebabkan kawasan gigi berasid dan enamel menjadi lemah jika asid terlalu lama dalam mulut
Seterusnya adalah disebabkan alahan atau morning sickness seperti muntah-muntah. Perkara ini membentuk persekitaran berasid pada kawasan gigi si ibu.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan enamel pada gigi menjadi lemah sekiranya asid tersebut terlalu lama berada dalam mulut.
Katanya punca gigi ibu rosak adalah disebabkan mengidam atau snacking seperti terasa ingin makan makanan yang manis, masam secara banyak atau setiap hari.
“Akhir sekali penjagaan gigi yang tidak efektif. Apabila mengandung penjagaan gigi kena lagi rapi.
“Nak berus gigi, floss hari-hari pun susah sebab nak muntah, letih, penat dan macam-macam lagi. Sebab itu kalau awak mengandung dapat buku pink ni kan? Sama ada pada muka surat 9 atau 29 ada bahagian untuk pemeriksaan pergigian,” ujarnya.
@tomato_012 Sian baby kene fitnah curi calcium gigi hahahahahhahah😭😭 #dentist #breastfeeding #implan #drgigi #pregnant
♬ original sound – Dr.habubu🦷 – Dr.habubu🦷
Ibu hamil wajib buat pemeriksaan gigi
Katanya lagi, ibu-ibu yang sedang hamil sememangnya wajib untuk membuat pemeriksaan serta mendapatkan rawatan gigi.
Ini kerana sebarang masalah di dalam mulut boleh memberikan kesan kepada bayi.
“Konklusinya kepada semua suami, tolong bawa isteri anda untuk buat pemeriksaan gigi sewaktu mengandung.”
Di ruangan komen, terdapat juga seorang lagi doktor memaklumkan ibu yang mengandung juga akan mendapat konsultasi dan rawatan secara percuma jika membawa buku pink berkenaan.
Ada juga memaklumkan mereka telah hilang beberapa gigi sewaktu mengandung.
Tak kurang juga ada mengatakan mereka mengambil suplemen atau makanan tambahan sepanjang mengandung.
“Saya pertama kali menjadi ibu, dah lah pakai braces lepas tu gusi pula bengkak. Struggle cuci gigi sampai bersih”

“Terima kasih kerana mengajari saya”




