Penapis Air Sebabkan Badan Kita Lemah? Ini Penjelasan Dr Malar [Video]
Menurut Dr Malar, sumber mineral dan vitamin adalah penting bagi mengelakkan masalah badan lemah, lesu, kekejangan dan sebagainya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berbeza dengan kaedah dahulu, golongan masyarakat di Malaysia lebih memilih untuk menggunakan penapis air berbanding daripada perlu memasak air di dalam cerek setiap kali mahu meneguk minuman.
Rata-rata setiap rumah kini mempunyai sebuah unit penapis berkenaan. Pun begitu, ada pihak yang mendakwa bahawa air daripada mesin tersebut adalah tidak bagus untuk kesihatan.
Seperti sebelum ini, Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran infografik memaklumkan bahawa penapis air boleh membuatkan badan seseorang berasa lemah tanpa sedar.

Betul Ke Penapis Air Punca Badan Jadi Lemah?
Mengambil maklum perkara tersebut, pengamal perubatan Dr Malar Santhi Santherasegapan atau lebih dikenali sebagai celoteh Dr Malar tampil memberi penjelasan tentang kenyataan berikut.
Menurut pakar itu, infografik berkenaan telah membuatkan beberapa golongan masyarakat berasa bimbang. Jelas Dr Malar, seseorang boleh mendapatkan sumber vitamin dan mineral daripada makanan serta minuman yang diambil.
Oleh disebabkan itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan penapis air semata-mata. Menurut Dr Malar, makanan adalah antara alternatif lain bagi individu mendapatkan nutrien secukupnya.
Segelintir Rakyat Malaysia Amalkan Pemakanan Tak Sihat
Namun disebabkan gaya hidup sesetengah masyarakat kini yang kerap mengambil makanan kurang seimbang, mineral dan vitamin tersebut tidak mampu menyerap ke dalam tubuh badan.
“Sarapan makan roti canai, tengahari makan mi goreng, malam makan burger, tak nak makan sayur dan kekacang jadi kita tak dapat mineral serta vitamin.
“Secara langsung dan tidak langsung menyebabkan kita selalu rasa lemah, lemah tak cukup tidur, rasa kejang, jantung berdebar-debar, rasa melayang, semualah! Mungkin disebabkan tak cukup vitamin dan garam galian sebegini,” ujar beliau.
Baca Artikel Berkaitan: PHM Gesa Hentikan Trend Makan ‘Cheese Leleh’, Perangkap Yang Boleh Jejaskan Kesihatan

Penapis Air Singkirkan Mineral Penting Untuk Tubuh Badan
Mungkin ada segelintir yang tertanya apa mengena keadaan badan tersebut dengan penapis air? Dr Malar memaklumkan bahawa penapis air adalah bagus kerana ia membuang kuman dan garam galian daripada air.
Bagaimanapun, ia juga mampu menyingkirkan mineral yang penting seperti kalsium dan magnesium.
“Sejujurnya rumah saya pun ada penapis air. Tapi kalau boleh kita minum la air mineral bila kita keluar dan sebagainya. Boleh je ambil air mineral dan masukkan dalam botol air yang kita bawa pergi kerja tu.
“Sekurang-kurangnya dapatlah seimbangkan antara air daripada penapis dan juga air mineral dalam kehidupan seharian kita. Tapi pada waktu yang sama kena cakna dan celik juga untuk dapatkan vitamin dan garam galian ni daripada makanan juga. Tak boleh nak salahkan minuman sahaja,” ulasnya.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah Sebab Sanggup Beli Air Mineral Botol Berbanding ‘Install’ Mesin Air Di Rumah
@drmalarss Baru-baru ini Public Health Malaysia ada keluarkan satu infografik yang mengatakan… penapis air anda mungkin jadikan anda lemah tanpa sedar! 😱 Ramai minta pendapat saya, “Betul ke Doc? Apa pendapat Doc?” 🤔 Jadi ini penjelasan saya ☺ Uoll kena tengok sampai habis tauu! ✨ #celotehdrmalar #fyp #viral #fyppppppppppppppppppppppp #health ♬ original sound – CelotehDrMalar
Tonton video penuh [DI SINI].
Sumber Mineral & Vitamin Penting Untuk Cegah Anemia
Untuk info, kandungan zat besi, mineral dan vitamin mencukupi juga adalah penting buat mereka yang mempunyai masalah Anemia.
Anemia terjadi apabila badan seseorang kekurangan sel darah merah mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Oksigen ni penting bagi membekalkan tenaga.
Buat anda yang tertanya-tanya, keadaan ini boleh dikenal pasti dengan memerhatikan beberapa simptom atau gejala, sebagai contoh:
- Cepat letih dan badan rasa lemah
- Kulit pucat
- Jantung tidak normal iaitu berdegup laju
- Sukar bernafas secara normal
- Sakit pada bahagian dada
- Tangan dan kaki berasa sejuk
- Sakit kepala

Makanan Yang Tinggi Dengan Kandungan Mineral & Vitamin
Menerusi semakan kami, Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam satu hantaran ada berkongsi tentang jenis pemakanan yang sihat bagi mengatasi masalah Anemia.
Antara jenis makanan yang tinggi dengan sumber mineral adalah:
- Vitamin C: Buah-buahan sitrus (kiwi, beri, nenas dan oren), tomato, brokoli.
- Vitamin B12: Daging merah, ikan tuna, ikan salmon, makanan laut, telur, produk tenusu (susu dan keju).
- Asid Folik: Kekacang, sayuran hijau (bayam), buah-buahan sitrus, makanan yang diperkaya dengan asid folik (roti dan pasta).
Baca Artikel Berkaitan: Badan Kerap Rasa Penat & Lesu Tanda Anda Alami Anemia, Jangan Ambil Mudah!
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Cepat Rasa Lesu Dalam Rutin Harian? Ini Tips Tingkatkan Imun Badan



