Apa Nak Buat Jika Terlebih Rakaat Sewaktu Solat? Ini Penjelasannya
Perkara sama turut dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus, katanya sekiranya perkara itu disengajakan maka solat yang didirikan terbatal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Solat lima waktu merupakan ibadah wajib dilakukan oleh setiap umat Islam pada setiap hari.
Malah perkara itu perlu mengikut rukun dan tertib agar solat yang didirikan sah serta diterima oleh Allah SWT.
Namun sebagai manusia, tak dinafikan adakalanya kita juga melakukan kesilapan atau terdapat beberapa insiden yang membuatkan seseorang keliru sama ada solat didirikan sah atau tidak.
Sebagai contoh ada keadaan di mana sesorang itu terlupa melakukan sesuatu perkara dalam solatnya, maka bagaimanakah hukum atau cara yang perlu dilakukan untuk khilaf tersebut.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sah Ke Solat Jika Terlupa Tahiyat Awal? Ini Penjelasannya [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Imam Lupa Tahiyat Awal Ketika Solat? Ini Yang Makmum Patut Dilakukan [Video]
Perlu ke batalkan solat jika terlebih rakaat?
Baru-baru ini, geng Masjid Kg Nakhoda turut tidak ketinggalan untuk menjelaskan mengenai perkara ini menerusi satu sketsa pendek di TikTok.
Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan Bilal sedang mendirikan solat sewaktu berada di masjid berkenaan.
Bilal kemudian bangun dan secara tiba-tiba teringat bahawa ia adalah rakaat terakhir walhal dia sepatutnya duduk tahiyat akhir.
Kelihatan dia berhenti seketika dan terus membatalkan solatnya dengan bergerak serta mengatakan dia terlupa rakaat.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wajib Ke Lafaz Niat Sewaktu Solat? Ini Jawapannya [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Baru Tersedar Kurang Rakaat Selepas Habis Solat? Ini Yang Patut Anda Lakukan [Video]
Tahiyat akhir adalah rukun dalam solat yang wajib dilakukan
Imam yang melihat keadaan itu, kemudiannya menjelaskan kepada Bilal bahawa dia tidak perlu membatalkan solat sekiranya terlebih rakaat. Sebaliknya hanya perlu kembali duduk semula dalam keadaan tahiyat akhir dan menyelesaikan solat tersebut.
“Ni mesti terlebih rakaat kan? Kalau terlebih rakaat, tak perlu batalkan solat pun. Tahiyat akhir ia rukun solat, jadi bila kita tersalah bangun kepada rakaat yang lebih contohnya solat Zohor.
“Kita bangun pada rakaat yang kelima, maknanya rakaat kelima itu adalah perbuatan yang salah sedangkan tahiyat akhir itu rukun.
“Jadi wajib untuk berpatah balik daripada perbuatan yang salah tadi tu, patah balik pergi ke rukun tahiyat akhir.
“Kemudian di akhir solat disunatkan untuk membuat sujud sahwi, tak perlu batalkan solat pun,” terangnya kepada Bilal.
Walau bagaimanapun, perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu berada di tahiyat akhir sahaja.
@gengmkn Terlebih rakaat tapi tak tahu nak buat macam mana😆 Rujukan : Almuktamad fi al-fiqh asy-syafii #imam #bilal #dakwah #ilmu #ilmuagama
♬ original sound – Geng MKN – Geng MKN
Sah atau tak solat jika terlebih rakaat?
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam satu video ceramahnya sah solat seseorang sekiranya dia terlebih melakukan rakaat.
Sebagai contoh melakukan solat Zohor menjadi lima rakaat, ini kerana ia sesuatu perkara yang tidak disengajakan.
“Sah, lapan rakaat subuh sebab tak ingat? Sah. Jika sengaja maka batal. Tak sengaja dan sememangnya terlupa, tak batal dan dimaafkan.
“Nabi SAW kata (sabda) tiga perkara dimaafkan dari umat aku salah satunya, tersalah. Termasuk bab solat, patut subuh dua rakaat, dia sembahyang empat rakaat,” ujarnya.
Malah beliau juga mengatakan ia adalah sunat untuk seseorang melakukan sujud sahwi selepas menunaikan solat berkenaan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Kongsi Lima Tips Buang Rasa Malas Setiap Kali Nak Tunaikan Solat [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sah Ke Solat Jika Ada Kotoran Cat Pada Kaki? Ini Jawapannya



