Ini Susunan Terkini Keutamaan Bendera Di Malaysia Yang Anda Patut Tahu
Untuk info, susunan keutamaan bendera di Malaysia boleh berubah mengikut Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak kebelakangan ini, banyak pula isu melibatkan orang ramai yang tersilap dalam mengendalikan bendera Jalur Gemilang. Seperti sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Terengganu Tengku Haphiz Tengku Putera memohon maaf atas kekhilafan pada rekaan Jalur Gemilang yang kelihatan seperti tidak mempunyai jumlah jalur mencukupi.
Dia juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu berkenaan dan mengakui kesilapan yang telah berlaku.
Kalau anda nak tahu, banyak lagi info lain mengenai bendera-bendera di Malaysia yang perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ketua Pemuda UMNO Terengganu Mohon Maaf Isu Design Bendera Malaysia Tak Cukup Jalur
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Pun Boleh Pasang Dengan Betul”- Influencer Minta OKU Pasang Bendera, Rupanya Ada Mesej Tersirat [Video]
Ramai Baru Tahu Bendera Negeri Mempunyai Susunan Keutamaan
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali Muhammad Syibri berkongsi tentang fakta mengenai bendera-bendera negeri di Malaysia ini.
Dedahnya, setiap bendera dikibarkan perlulah mengikut turutannya tersendiri yang telah ditetapkan.
“Asyik cerita pasal pasang bendera terbalik je. Korang tahu susunan bendera negeri pun ada keutamaan? Jujur aku pun baru tahu, jadi jangan semberono je naik bendera ya. Tak apa kita belajar sama-sama” kata Muhammad Syibri.
Ini Senarai Bendera Mengikut Susunan Keutamaan
Menerusi semakan kami, berikut adalah senarai susunan keutamaan bendera mengikut Jabatan Perdana Menteri Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa.
- Malaysia (Jalur Gemilang)
- Terengganu
- Perlis
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Kelantan
- Perak
- Kedah
- Pahang
- Johor
- Melaka
- Sarawak
- Sabah
- Pulau Pinang
- Wilayah Persekutuan

Memetik Majlis Keselamatan Negara, keutamaan akan diberikan kepada Jalur Gemilang kemudian bendera-bendera mengikut kekananan Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri.
Istilah ‘kekananan’ datang daripada adat istiadat istana yang bermaksud tatatertib atau ranking keutamaan ditetapkan mengikut protokol rasmi negara.
Untuk info, susunan akan berubah jika berlaku sebarang pertukaran keutamaan Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri disebabkan adanya pelantikan baharu.

Susunan Bendera Penting Bagi Hormati Perlembagaan
Mungkin ada yang tertanya mengapa susunan ini adalah penting. Sebenarnya, fungsi susunan keutamaan bendera adalah untuk memastikan tatacara pengibaran bendera mematuhi protokol rasmi negara, agar ia dikibarkan dengan tertib, menghormati perlembagaan, adat istiadat, dan simbol kedaulatan.
Susunan terkini itu terpakai sejak 1 Mei 2025. Bagaimanapun, susunan boleh berubah mengikut Perkara 70 Perlembagaan Persekutuan.
View on Threads
Sekiranya ada bendera perbadanan lain di samping Jalur Gemilang dan bendera negeri, di bawah ini kami kongsikan susunannya:
- Bendera Jalur Gemilang
- Bendera negeri
- Bendera Wilayah Persekutuan
- Bendera institusi (Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun, Syarikat, Pertubuhan, Persatuan dan lain-lain)
- Bendera peribadi
Jalur Gemilang Dilarang Digunakan Sebagai Elemen Kostum
Memandangkan kita kini berada dalam bulan Merdeka, sudah tentu bendera Jalur Gemilang diguna pakai dalam pelbagai acara dan majlis rasmi. Antara program yang sering dianjurkan pada bulan Ogos adalah peragaan kostum tradisional.
Namun perlu diingatkan bahawa Jalur Gemilang dilarang digunakan sebagai elemen kostum.

Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), penggunaan Jalur Gemilang bagi perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat bendera seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, sampin, topi, tuala mandi, alas kusyen dan pelitup muka tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun, penggunaan warna asas dan motif bendera iaitu merah, putih, biru dan kuning masih dibenarkan.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Garis Panduan Penggunaan Jalur Gemilang Yang Rakyat Malaysia Wajib Tahu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bendera Malaysia Dikibarkan Di Chicago Ketika Hari Kebangsaan Buat Ramai Rasa Bangga



