fbpx
Now Reading
Selalu Sertai Event Social Seperti Ekspo? Pakar Perjelas Kebaikannya Untuk Emosi Anda [Video]

Selalu Sertai Event Social Seperti Ekspo? Pakar Perjelas Kebaikannya Untuk Emosi Anda [Video]

Menurut Pakar Kesihatan Mental Amirul Ramli, individu yang selalu menyertai aktiviti sosial secara bersemuka akan tidak sedar bahawa masa berlalu dengan pantas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas seminggu masuk pejabat dan bekerja dari siang ke petang, segelintir golongan masyarakat akan memilih untuk berehat di rumah sepanjang hujung minggu dan elak berjumpa dengan orang ramai.

Hal ini kerana mereka tidak mempunyai tenaga lagi untuk berinteraksi dengan individu lain. Oleh disebabkan itu, berehat dan terperap dalam rumah dikatakan adalah penyelesaian terbaik.

Bagaimanapun, berjumpa dengan orang ramai dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebenarnya membantu meningkatkan kesihatan mental seseorang.

Baca Artikel Berkaitan: Tips Untuk ‘Hack’ Hormon Gembira Dalam Tubuh Badan Anda. Jom Try!

Baca Artikel Berkaitan: Asyik Menangis Termasuk Ketika Marah? Ini Penjelasan Jurulatih Psikologi

Baca Artikel Berkaitan: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental

Kebaikan Sertai Aktiviti Sosial Untuk Kesihatan Mental

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang Pakar Kesihatan Mental, Amirul Ramli (@amirul.ramli) yang juga Pengasas Mental Kuat Centre berkongsi tentang fakta mengenai kesihatan mental.

Kalau anda sedar, sesetengah golongan masyarakat yang sering menyertai program-program luar seperti konsert, expo, karnival atau pelancaran akan berasa gembira dan tenang selepas pulang ke rumah.

Sumber: Facebook Ekspo Kucing

“Yang penting ramai orang, suasana meriah, anda jalan-jalan, tengok pameran, borak sikit dengan orang, makan dekat gerai dan balik dengan rasa puas hati.

“Rupa-rupanya, perasaan tu bukan ilusi. Ada sains di sebaliknya,” ulas Amirul.

Menurutnya, kajian terbaharu dijalankan di University of South Australia, mendedahkan bahawa sesiapa yang menghadiri program atau aktiviti sosial secara langsung seperti menghadiri festival, acara komuniti serta pameran secara fizikal mampu meningkatkan dua komponen penting dalam kesejahteraan manusia iaitu emosi positif dan keterlibatan diri (engagement).

Dua elemen utama itu dikatakan penting untuk kehidupan yang tenang dan stabil serta stabil dari segi mental.  

Sumber: Freepik

Aktiviti Sosial Dengan Suasana Yang Pelbagai Kurangkan Masalah Overthinking

Bukan itu sahaja, kajian itu juga mendapati bahawa Default Mode Network dalam otak kurang aktif sekaligus menyebabkan seseorang tidak berfikir secara melampau (overthinking).

“Sebab otak anda memberi fokus kepada program atau pameran yang berlangsung. Deria anda ni sibuk dengan bunyi, visual, dan suasana yang pelbagai.

“Jadi rajinkan diri anda keluar rumah, sertai program dan aktifkan aktiviti sosial anda untuk kesihatan mental yang lebih sihat serta emosi lebih stabil,” kata Amirul.

Sumber: Instagram (@sterkproduction)

Sebab Emosi Positif Penting Bagi Setiap Manusia

Tambah Amirul, emosi positif seperti rasa gembira, tenang, teruja atau seronok adalah penting agar tubuh badan anda dapat menghasilkan hormon dopamin dan serotonin.

Dalam masa sama, emosi tersebut juga mampu menurunkan tahap kortisol iaitu hormon stres seseorang.

Sumber: Yayasan Sukarelawan Siswa

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Tonton Media Sosial? Awasi Tujuh Tanda ‘Dopamine Overload’ Ini

Peserta Selalu Tidak Sedar Masa Berlalu Dengan Cepat Semasa Terlibat Dalam Aktiviti Sosial

Antara perkara lain yang dilalui oleh individu semasa menyertai aktiviti sosial adalah tidak menyedari masa berlalu dengan begitu pantas. Ia sebenarnya bagus untuk kesihatan mental anda.

“Engagement pula merujuk kepada situasi bila kita betul-betul fokus dan terlibat dalam apa yang kita buat sampai tak sedar masa berlalu. Anda pernah pergi event dan tak sedar dah 3 jam berlalu?

“Itu tandanya anda dalam keadaan flow, dan ini sangat baik untuk kesihatan otak. Flow boleh bantu rehatkan sistem saraf, kawal emosi dan beri ruang kepada otak untuk pulih dari tekanan harian,” terangnya.

Sumber: The Smart Local

Keberkesanan Program Online Tidak Setara Dengan Aktiviti Sosial Secara Fizikal

Tidak dapat dinafikan ramai yang memilih untuk melibatkan diri dalam program-program ditawarkan secara atas talian kerana ia lebih menjimatkan masa. Bagaimanapun, Amirul memaklumkan bahawa kesannya adalah tidak sama seperti menghadiri aktiviti sosial secara bersemuka.

Sumber: Freepik

“Mereka hanya dapat sedikit rasa pencapaian, tapi tidak banyak peningkatan dalam emosi positif atau engagement.

“Maksudnya, walaupun webinar, siaran langsung dan kelas online itu bermanfaat, tapi dari sudut kesihatan mental dan kesejahteraan emosi, ia tidak mampu menggantikan pengalaman secara fizikal.

@amirul.ramli Pernah tak anda rasa tiba-tiba emosi jadi tenang lepas balik dari satu event? Tak kisahlah event tu konsert, expo, karnival atau pelancaran apa-apa. Yang penting ramai orang, suasana meriah, anda jalan-jalan, tengok pameran, borak sikit dengan orang, makan dekat gerai dan balik dengan rasa puas hati. Rupa-rupanya, perasaan tu bukan ilusi. Ada sains di sebaliknya. Satu kajian terbaru telah membuktikan bahawa aktiviti sosial secara langsung seperti menghadiri festival, acara komuniti dan pameran secara fizikal mampu meningkatkan dua komponen penting dalam kesejahteraan manusia iaitu emosi positif dan keterlibatan diri atau engagement. Dua benda ni sangat penting kalau anda nak hidup yang lebih tenang dan stabil dari segi mental. Kenapa emosi positif ni penting? Sebab bila anda rasa gembira, tenang, excited atau seronok, tubuh anda akan hasilkan hormon seperti dopamine dan serotonin. Ia bantu turunkan tahap kortisol iaitu hormon stres. Kajian juga tunjuk bila kita hadir event secara langsung, otak kita kurang aktif dalam Default Mode Network. Ini kawasan otak yang biasa aktif waktu kita tengah termenung, overthinking, fikir benda lepas, atau risau tentang masa depan. Jadi bila kita engage secara aktif dengan aktiviti sekeliling, kita kurang fikir benda-benda negatif. Engagement pula merujuk kepada situasi bila kita betul-betul fokus dan terlibat dalam apa yang kita buat sampai tak sedar masa berlalu. Anda pernah pergi event dan tak sedar dah 3 jam berlalu? Itu tandanya anda dalam keadaan flow, dan ini sangat baik untuk kesihatan otak. Flow boleh bantu rehatkan sistem saraf, kawal emosi dan beri ruang kepada otak untuk pulih dari tekanan harian. Sebaliknya, kajian ni juga tunjuk bila orang hanya hadiri event secara online, kesannya tak sama. Mereka hanya dapat sedikit rasa pencapaian, tapi tidak banyak peningkatan dalam emosi positif atau engagement. Maksudnya, walaupun webinar, live stream dan kelas online itu bermanfaat, tapi dari sudut kesihatan mental dan kesejahteraan emosi, ia tidak mampu menggantikan pengalaman secara fizikal. Jadi rajinkan diri anda keluar rumah, sertai program komuniti, karnival, atau apa sahaja event yang beri anda pengalaman secara langsung. Tak perlu tunggu kawan. Kadang-kadang pergi seorang pun boleh jadi terapi. Anda beri peluang kepada diri anda untuk rasa hidup ini lebih bermakna, lebih bertenaga dan lebih stabil dari segi emosi. Kalau anda seorang pelajar, join event kampus. Kalau anda dah bekerja, hadir program komuniti atau anjurkan aktiviti sosial dengan rakan sekerja. Kalau anda seorang ibu bapa, bawa anak ke pameran, taman permainan atau program seni. Semuanya ada kesan positif yang kuat terhadap kesejahteraan mental, bukan saja untuk anda tapi juga untuk anak-anak. Ia boleh jadi sekadar satu acara kecil yang anda hadir. Yang penting, anda hadir secara fizikal dan benar-benar hidup dalam suasana itu. #mentalhealth ♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Tonton video penuh [DI SINI].

Aktiviti Sosial Bersemuka Yang Anda Boleh Sertai

Berikut kami kongsikan antara contoh program yang anda boleh sertai mengikut peringkat umur:

  • Pelajar: Sertai aktiviti yang dijalankan di kampus sebagai contoh Malam Kebudayaan, sukarelawan, program kelab, festival, kem motivasi dan banyak lagi.
  • Ibu ayah dan anak kecil: Bawa anak-anak ke pameran, taman permainan, program seni, bengkel kreatif, festival makanan program komuniti dan lain-lain.
  • Warga emas: Bengkel seni kraftangan, pertandingan mewarna batik, pemeriksaan kesihatan, program perkongsian ilmu dan sebagainya.
Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Mula Kongsi Tips Untuk Pastikan ‘Mental Health’ Kekal Stabil

Baca Artikel Berkaitan: 6 Jenis Kemurungan Emosi & Fizikal Yang Anda Perlu Tahu. Bipolar Disorder Salah Satunya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.