fbpx
Now Reading
Tanya Soalan Berulang Kali & Dua Lagi Tanda-tanda Normal Perkembangan Anak Kecil

Tanya Soalan Berulang Kali & Dua Lagi Tanda-tanda Normal Perkembangan Anak Kecil

Sesetengah ibu bapa kadangkala berasa tertekan dengan kerenah anak kecil walhal ia sebenarnya adalah normal untuk perkembangan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap anak kecil mempunyai ragam dan perangai mereka tersendiri. Ada yang aktif dan suka berinteraksi dengan orang lain meskipun baru ditemui. Namun segelintir anak kecil lebih memilih untuk mendekati kenalan terdekat sahaja.

Pada fasa sebegitu, ibu dan ayah akan melalui pelbagai cabaran dan halangan bagi mendidik anak serta membesarkan mereka dengan baik.

Walaupun ia adalah tempoh istimewa buat mereka yang bergelar penjaga, tetapi ada juga sesetengah daripada golongan itu tertekan melayan kerenah si kecil ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting

3 Tanda-tanda Perkembangan Normal Si Anak Yang Selalu Terlepas Pandang

Baru-baru ini, seorang coach parenting dikenali sebagai Fhais Salim ada berkongsi beberapa tanda perkembangan yang boleh diperhatikan pada si anak anda dalam rutin harian mereka tidak kira di rumah atau di tempat awam.

Meskipun ada di antara perkara dilakukan si kecil boleh membuatkan ibu bapa sakit kepala, namun ia sebenarnya adalah normal bagi usia yang masih dalam fasa membesar.

Sumber: Freepik

Yang penting, penjaga harus banyakkan bersabar. Buat ibu ayah di luar sana, jangan lupa perhatikan tanda-tanda ini:

#1. Anak Suka Tanya Banyak Soalan

Kebanyakan anak kecil suka bertanya pelbagai jenis soalan kepada mak dan ayah mereka. Kadangkala bertanya tentang perkara dilihat di sekelilingnya, tetapi ada masanya juga pertanyaan yang tidak dapat difikir dek akal.

Sesetengah ibu bapa pula tidak mampu menjawab soalan yang begitu KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) itu.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik

Dalam sesetengah situasi lain, si kecil akan bertanya soalan yang sama berulang kali walaupun sudah dijawab.

Jelas Fhais, perkara sebegitu adalah normal kerana anak kecil ini mahukan perhatian daripada orang tuanya.

Walaupun ibu ayah sibuk dengan pekerjaan masing-masing, tetapi adalah penting untuk membahagikan masa yang secukupnya agar dapat berinteraksi bersama anak.

Sumber: Freepik
#2. Anak Tak Suka Berkongsi

Tanda-tanda perkembangan yang kedua apabila anak tidak suka berkongsi sesuatu dengan orang lain sebagai contoh makanan dan minuman atau permainan.

Tidak semestinya bersama rakan sebaya lain, malah ada masanya mereka juga tidak mahu memberikan hak mereka kepada ahli keluarga yang lebih dekat dengannya.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Pexels

Jika dipaksa juga berkongsi, ada sesetengah golongan anak akan tantrum bagi menunjukkan kesedihan atau rasa berangnya.

Ia adalah satu perangai yang normal kerana anak yang masih kecil ini masih tidak memahami dengan jelas konteks dan maksud sebenar berkongsi.

“Dia ingat benda tu (nak) bagi terus. Sebab itulah anak ini tak nak bagi,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik
#3. Kerap Buat Bising

Lumrah sebagai anak kecil, sudah tentu mereka suka mengisi masa lapang mereka dengan bermain atau melakukan aktiviti menyeronokkan.

Keterujaan bermain tersebut boleh dilihat apabila mereka mula membuat bising. Mana tidaknya, dapat pula bermain dengan rakan-rakan, rasa bagaikan tidak ingat dunia dah.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik

Dalam sesetengah situasi, keadaan di mana anak membuat bising ini akan menyebabkan ibu ayah yang kepenatan serta berasa tertekan. Jika tidak dikawal perasaan itu, mungkin sampai tahap memarahi si anak hanya kerana buat bising di rumah.

Menurut Fhais, perbuatan membuat bising itu adalah cara si kecil menunjukkan emosi mereka ketika mereka seronok bermain.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik

“Janganlah kita cakap tu bingit sangat, atau pun sebenarnya kita sendiri yang tidak tenang. Bukan anak tu yang buat kita tak tenang,” tambahnya lagi di akhir perkongsian.

@fhaissalim Rileks, proses perkembangan anak-anak ni memang makin sihat makin sakit kepala kita.. #fhaissalim #parenting #anak #ibu #ayah #parentingtips #habupar #parentingjourney #parentingituindah #gelombangparentingbaru ♬ original sound – Fhais Salim Official

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: “Desperate Sangat Ke Nak Anak Diam?” – Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Tak Kawal Anak Kecil Guna Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: “Ibu Bapa Perlu Tahu Batas Sentuhan Dengan Anak-Anak Semasa Bergurau” – Jurulatih Parenting

Baca Artikel Berkaitan: “Buat Homework Sambil Menangis” – Ibu Ini Luah Rasa Tertekan Urus Anak Ketika PDPR

Perangai Anak Yang Tidak Sepatutnya Difikirkan Normal

Sesetengah anak kecil menunjukkan reaksi yang normal pada umurnya. Namun ada yang bertindak sebaliknya meskipun sudah dididik dengan baik oleh ibu dan ayah.

Sebagai contoh mudah adalah anak-anak yang suka melawan dan kerap mengingkari perintah orang tuanya. Sesetengah penjaga menganggap senario berkenaan adalah normal dan bukan sesuatu yang patut dibimbangkan.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Freepik

Memetik Berita Harian, tabiat sering mengamuk, suka berhujah, sering menentang dan enggan mematuhi aturan dilihat sebagai tanda mereka mengalami gangguan emosi atau ‘Opposition Defiant Disorder’ (ODD).

Gangguan tersebut sekaligus menyebabkan si kecil bertindak menuding jari meskipun ia merupakan kesalahan diri sendiri.

Sikap Baran Anak Mampu Berubah Menjadi Kemurungan

Menurut Pakar Perunding Psikiatri (Remaja & Kanak-kanak), Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Hamidin Awang pula, sifat mudah marah atau ODD itu mempunyai persamaan dengan ‘Disruptive Mood Dysregulation Disorder’ (DMDD).

Jika tidak dirawat sejak kecil, anak akan berisiko mengalami kemurungan sehingga mahu membahayakan diri sendiri.

Tegas beliau, keadaan akan menjadi lebih teruk jika gangguan itu bermula pada usia enam tahun hingga dan sukar dikawal apabila meningkat remaja.

“Remaja yang didiagnosis DMDD, kebiasaannya mengalami baran pada setiap hari selama setahun dan tiga kali atau lebih dalam seminggu apabila kemuncak akan marah besar. Akhirnya anak akan mengalami kemurungan,” jelas Dr Hamidin.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Anak Pertama Kerap Kena Marah? Ini Penjelasan Pakar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.