fbpx
Now Reading
Bela Kucing Tapi Nak Rumah Kekal Wangi? Ini Tips Yang Korang Patut Tahu

Bela Kucing Tapi Nak Rumah Kekal Wangi? Ini Tips Yang Korang Patut Tahu

Antara masalah dialami pemilik kucing adalah bau tidak mengenangkan dari haiwan peliharaan melekat yang pada persekitaran rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui setiap individu mempunyai cara dan kaedah mereka tersendiri bagi menjaga haiwan peliharaan di rumah.

Sebagai contoh, ada yang meletakkan kucing dalam sangkar dan kemudiannya diletakkan di luar rumah. Segelintir individu melakukan perkara tersebut kerana bulu-bulu gugur yang agak sukar dikawal.

Pun begitu, ramai juga selesa membela kucingnya di dalam rumah atau dalam istilah lain yang selalu digunakan adalah kucing indoor. Hal ini kerana kadangkala pemilik boleh jadi panik jika tidak melihat si bulus di depan mata.

Bau Kucing Antara Masalah Utama Orang Ramai Untuk Bela Si Bulus Dalam Rumah

Bagaimanapun, antara keburukan yang perlu dihadap untuk membela kucing di dalam rumah ini adalah bau mereka. Sama ada bau dari kotak najis (litter box), bulu kucing, makanan dan banyak lagi.

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Arina menerusi laman Threads turut berkongsi tentang dilema yang sama. Menurutnya, dia mahu membela kucing indoor buat kali pertamanya.

Sumber: Pexels

Namun dia agak bimbang tentang masalah bau yang tidak menyenangkan di dalam kediaman.

“Macam mana nak pastikan rumah kekal wangi tapi si bulus tak stres? Tolong kongsi segala ilmu korang dekat sini, perlukan bantuan pakar-pakar ibu bapa kucing,” kata Arina.

View on Threads

Tips Kekalkan Rumah Bau Wangi Buat Mereka Yang Bela Kucing

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian selepas ramai pengguna Threads berkongsi tips bagi menangani masalah ini.

Antara cadangannya adalah seperti berikut, take note!

#1. Guna Cat Deodorant Spray

Deodorant spray (semburan penyahbau khas) bagi kucing digunakan untuk menghilangkan atau mengurangkan bau anda tidak suka di dalam rumah yang datang daripada bulu, badan, atau kawasan tempat si bulus berada.

Ia sekaligus boleh menyegarkan bulu kucing dengan bau wangian yang ringan. Selain itu, ia juga mengawal bau kucing yang menyerap pada kain fabrik sebagai contoh langsir atau sofa.

Deodorant spray ini boleh digunakan sebagai alternatif buat mereka yang jarang memandikan kucing.

Sumber: Pexels
#2. Bersihkan Kotak Najis Dengan Kerap

Segelintir pemilik kucing hanya membiarkan kotak najis haiwan peliharaan mereka sehingga seharian. Ia kemudiannya menyebabkan bau busuk dan tengik melekat dalam persekitaran rumah.

Ramai mencadangkan agar membersihkan litter box daripada sebarang kekotoran sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Namun ia bergantung kepada bilangan kucing dimiliki. Menurut pengalaman penulis yang memiliki enam ekor kucing di rumah, anda perlu membersihkan litter box sebanyak 3 kali sehari. Kalau tidak, mulalah ‘majikan-majikan’ ni buat hal.

Sumber: PawTracks
#3. Sediakan Roller Bulu Kucing

Roller bulu kucing berfungsi untuk mengaut semua bulu yang melekat pada sofa dan juga pakaian anda.

Menurut doktor veterinar yang pernah dijumpai sendiri sebelum ini, keguguran bulu adalah satu situasi yang normal buat kucing. Apa yang anda boleh lakukan agar ia tidak memberi impak besar kepada kehidupan anda adalah membersihkannya secara kerap.

Kalau difikir secara logik, jenuh pula untuk anda tarik satu per satu bulu berkenaan. Oleh disebabkan itu, roller yang mempunyai pelekat ini boleh membantu menghapuskan bulu degil melekat dalam rumah anda itu.

Sumber: The Spruce Pets
#4. Pakai Penapis Udara

Penapis udara adalah pilihan terbaik untuk menyingkirkan bau hapak yang tidak diingini. Ia juga membantu dalam menjaga kebersihan udara dan keselesaan persekitaran, terutama jika anda memelihara kucing indoor.

Bukan itu sahaja, penapis udara juga mampu memerangkap bulu-bulu yang bertaburan atau beterbangan di dalam rumah.

Jika anda sudah mempunyai satu unit barangan elektrik itu, jangan lupa untuk servis dan membuang lapisan filter agar habuk tidak terkumpul.

Sumber: The Spruce Pets
#5. Mop Rumah Secara Kerap

Kadangkala anda tidak perasan kaki kucing-kucing anda kotor selepas memasuki kotak najis. Oleh disebabkan si bulus ini tinggal di dalam rumah, kekotoran tersebut akan tersebar dan melekat pada lantai jika ia tidak dibersihkan.

Bagi menangani masalah berkenaan, pemilik kucing perlulah kerap mop rumah. Menurut seorang pengguna Threads, dia akan mencuci lantai sebanyak tiga kali sehari.

Anda boleh memilih untuk menggunakan sabun pencuci lantai dengan bau bunga bagi mengelakkan bau hapak dari kucing. Tetapi yang paling penting adalah untuk memastikan pencuci terbabit selamat untuk kucing.

Sumber: Freepik

Bagi pandangan kami, antara tips extra lain yang anda boleh lakukan adalah:

  • Memastikan ada pengudaraan di dalam rumah
  • Meletakkan pewangi udara di ruang tamu
  • Beri makanan yang dikhususkan buat kucing indoor
  • Sapu setiap kali ternampak pasir kucing bersepah
  • Rajin berus bulu kucing jika ia jenis yang panjang
Sumber: Pexels

Keburukan Tidak Bersihkan Bulu Kucing Di Rumah

Untuk info, bulu-bulu kucing yang bertaburan dalam masa sama boleh mengudang penyakit kepada manusia.

Contoh mudah yang boleh dilihat berlaku di kalangan masyarakat adalah alahan. Reaksi alahan itu boleh menyebabkan kegatalan, bersin berpanjangan atau lebih teruk lagi kesan tompok merah pada badan.

Sumber: Freepik

Selain itu, ia juga boleh memberi kesan buruk kepada emosi anda. Mana tidaknya, bayangkan selepas seharian penat bekerja tetapi pulang dengan bau yang hapak dari kucing.

Pasti anda akan cepat berubah angin atau dalam erti kata mudah, emosi tidak stabil. Buat mereka yang ingin membela kucing di dalam rumah, jangan lupa cuba tips-tips dikongsikan.

Sumber: Pexels
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.